Wednesday, November 7, 2018

Melancong ke Perth- Hari ke 3 dan ke 4


Sambungan daripada hari ke 2 ni punya lah lama mencari mood menulisnya.

Hari ke 3 ini kami plan nak beramah mesra dengan Kangaroo. kalau kita ke Australia tak sah le kalau tak g tengok Kanggaroo sebab negara kita tak ada bintang liar ni kecuali dalam Zoo kan.

Daripada homestay di Balga hanya mengambil masa 16 minit aje nak sampai ke Caversham Wildlife Park. Jom layan gambar yang ada.

 Masa ni hujan renyai renyai....nampak kat depan tu...orang Malaysia yang ramai ..nak g jumpa kanggaroo




 ni le group jatidiri akak....kalau travel mesti nak g sama -sama..baru happening..kalau sorang tak dapat g..maka tundalah trip gamaknyeee....







Selepas beli tiket kita akan di beri peta dan jadual persembahan , maka pastikan tak terlepas semua show tu ye.
















 Ni show bagaimana mereka mengetam bulu biri-biri....



 Bestnya, kanggaro bebas hidup di kawasan ni. kalau bawa anak anak sure mereka happy....

Sebenarnya banyak lagi binatang yang ada di sini ..
Puas bermain dengan kangaroo maka kami teruskan perjalanan ke Pick Your Own Strawberry.. masa ni hujan dah lebat. Namun husb akak yang penyabar ni..melayan aje kerenah kami nak ke situ nak ke sini....alhamdulillah tiba di tempat petik strawberry, hari tak hujan...yeaaaa








 Oleh kerana ini merupakan hari-hari terakhir kami maka perjalanan kami perlu diteruskan untuk pergi sebanyak mungkin tempat yang belum kami kunjungi. next kami nak ke Perth CDB.. nak ke tempat barangan branded yang dikatakan harganya murah tu...betul ke murah?????

Watertown branded outlet...terletak di CDB Perth.Malangnya kami tak ambil gambar. Ok ..kat sini ada ada banyak  le outlet cam kat MPO atau JPO kat Malaysia.cuma kami tak beli apa apa kat sini..just window shopping aje.

Corica Pastry

Seterusnya kami bergegas ke Corica Pastry untuk beli apple  strudel...sedap sangat tapi harganya boleh tahan gak ...27aud..agak agak berapo tu? ..tapi saiznya besar n panjang...memang boleh makan 6 orang...jadi akak buat keputusan untuk bawa balik ke Malaysia.
Memang..ramai org Malaysia ke kedai ni..sure  cerita blogger punya pasal le ni...
   Teringat ingat sedapnye pastry ni......

Seterusnya kami ke Murray Street...kat sini kami ada agenda masing masing. Kak ju, kak mali ,mimi n kak tipah ke kedai Lush. Membeli kosmetik organik mereka. Akak pula pula ke Chermist Wholesale nak cari minyak wangi n vitamin... chermist ni macam farmasi ..perfume berjenama kat sini memang murah..apa lagi borong ye..CK, Elezeberth Arden, Fifth Avenue macam macam jenama  akak borong....tak ingat dunia . untuk mak , abah  and akak sekeluarga cam biasa vitamin c dan fish oil.. ..beg penuh dengan vitamin n perfume ..puas hati


Last destination kami hari ni ialah Blue Boat House. Hari makin gelap..akak makin x tentu rasanya.sbb kalau hari dah gelap sure tak dapat ambil gambar.

Cuma kami perlu selesaikan solat dulu .Kami ambil keputusan untuk ke Kings Park..salah satu tempat pelancongan juga. Park ni cantik dan  luas . Ketika tercari cari Kings Park kami lalu di Bell Tower yg tinggi dan indah..alhamdulillah dapat 1 tempat lagi.

Aduhai mana gambar Kings Park lagi ni.....
Actually Kings Park ni besar tau..tempat org org Perth beriadah...ketika solat kat sini yaallah sejuk yg amat....

di Kings park ni banyak pokok-pokok besar yang rasanya usia dah beratus tahun.. Taman ni luas,unik dan tenang.



Selesai solat cepat -cepat kami kami menuju ke  Blue Boat House. Hari semakin gelap.akak agak kecewa sikit sebab kalau ikutkan cantik sangat kalau bergambar di
sini. Pujuk diri..next trip ye....
badan pun dah letih..kami balik ke homestay. 
Malam ni kami perlu selesaikan urusan 
 packing barang dah coz esok petang dah nak balik Malaysia.


Hari ke 4 Last day di Perth

Kali ni bangun pagi akak yang masak. Kami  sama sama kemaskan homestay supaya dapat di  pulangkan pada owner dalam keadaan bersih. Jam 10 pagi kami keluar dari homestay n terus kan jalan jalan di
area  Miraboka. Target kamia ialah benda benda yg boleh dibawa balik. Destinasi pertama pagi ni ialah Miraboka Square yg terletak dalam 10 minit aje daripada homestay. Akak still lagi x puas shopping perfume and vitamin so..terus cari Chermist kat sini.Actually di Miraboka square ni ada banyak supermaket Coles, Big W, KMart dan  macam macam lah lagi. Kalau Kalau nak shopping Corell set pun ada cuma pada pandangan akak tak banyak pilihan aje.Hampir terbeli..tapi nasib baik ada kewarasan apabila teringat yg ada 2 set kat rumah tu pun pakai sekali sekala aje.








Suasana di Miraboka Square..sempat akak shopping baju sejuk . Harga dalam 5aud aje...murah gilaaaa....kat Malaysia dalam RM90.

Di mirabooka square ni banyak kedai makanan halal...area food court.Kalau nak beli daging n ayam mentah juga ada  kedainya.









Dah puas shopping akak teruskan perjalanan ke airport yang terletak dalam 30 minit aje .Perlu ingat ye...kalau kita sewa kereta mesti pulangkan dengan minyak penuh.



selesai check in kami solat dulu di prayer room yang disediakan di airport ni. Bestnya ada tempat mengambil wuduk di sediakan  di dalamnya. cuma tempat ni bercampur lelaki perempuan so bergilirlah ye.
kat mana?

Bersebelahan pintu keluar arrival hall sebelah kiri. Berhampiran tandas.

Happynya nak balik Malaysia.....


Alhamdulillah ..satu perjalanan yang sangat berharga pada akak n husb .kesyukuran yg amat pada allah kerana memberikan kami kesempatan ini. Insyaallah kami akan ke Perth lagi bersama anak anak pula...

 Balik Malaysia...................Rindu 4 boys .....................Rindu masak lemak cili api....

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...