Monday, December 25, 2017

NEW ZEALAND- SAMBUNGAN 2 - NOVEMBER 2017

Assalamualaikum...akak gagahkan jua meneruskan penulisan  percutian singkat akak bersama suami di New Zealand. page kali ni adalh jalan-jalan sekitar bandar Auckland. Hari ni kami bercadang untuk jalan santai-santai aje menikmati suasana bandar Auckland. 
perjalanan daripada naumi Hotel ke Auckland City mengambil masa dalam 35 ke 40 minit.Namun pemandangan sekitar yang cantik menjadikan kami leka dan tidak disedari sampai jua kami di destinasi yang di tuju.

Destinasi pertama kami ialah Mount Eden,  sebuah gunung yang di terbina hasil daripada kawah gunung berapi yang telah lama tidak aktif. Daripada atas Mount Eden kita boleh nampak keseluruhan pemandangan Auckland. sangat lah cantik..akak suka suasana di sini kerana angin yang kuat dan cuaca yang dingin .
Jom layan gambar kami di Mount Eden...
Tempat parking kereta yang disediakan 
pemandangan daripada bawah Mt Eden
mulakan pendakian yang dah tak tinggi pon......tapi kalau tak ada stamina mengah juga..,.

Alhamdulillah masih boleh meniti...balance lah tu...



Lurah tu lah kawah gunung berapi yang tidak aktif lagi

i can fly kononnya....angin memang tersangat lah kuat 
menokah angin...


doakan kebahagiaan rumahtangga kami



pemandangan daripada puncak gunung
Ala-ala cerita  Littel House on the Prairie



Destinasi seterusnya  Queenstown  Road 





Bangunan tersergam indah di bandar Auckland

dulu cuta-cita nak jadi model kut....

akak dah tak sabar nak masuk...banyak   kedai suvenior yang ada di sini .Tapi kita kena bijak memilih ye,,harga mak ai.....demam acik!!!!

haa..ini lah  kedai yang mak teh Syaza bawa kami . memang agak murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai yang lain. macam biasa akak akan cari fridge magnet ...6 NDZ ..so beli lah 1.memang menjadi kegemaran akak mengumpul fridge magnet  ni sebagai tanda akak dah sampai satu-satu tempat. Barulah puas hati berjalan...
 dah selesai bershopping perut pun memanggil-manggil untuk makan.. confius juga apasal cepat sangat lapar?....kami ambil keputusan untuk makan di kedai kebab berhampiran kedai suvenior tadi.
Mak teh n cik cik order pizza 7 NZD ..punya lah besar, akak pula order set burger 6 NZD dan abang order lamb burger 7 NZD...kenyang sangat-sangat pulak....
 
kat kedai ni ada sijil halal


 Kami teruskan berjalan kaki di sekitar bandar sehingga sampai ke Viaduct Harbour iaitu
perjalanan yang menghala ke arah laut..
nak cerita banyak pun payah juga ...gambar boleh bercerita sendiri..so meh layan gambar ...

kalau nak naik Cruise ..boleh le beli kat sini..
kagum dengan persembahan lelaki ni..










 
 
 


 berhadapan dengan kawasan ni ada Maratime Museum tapi waktu ni akak tak pergi kerana dah tutup, hari dah lewat petang. kami pun buat keputusan balik ke hotel untuk berkemas-kemas kerana esok kami akan berangkat pulang.....rindu roti canai.

Insyaallah akak dan suami akan datang lagi ke New Zealand bersama anak -anak dan kami akan ke South New Zealand untuk menikmati keindahan alamnya...

Bye..assalamualaikum...



































Thursday, December 14, 2017

New Zealand- NOVEMBER 2017 -sambungan

Assalamualaikum, akak sambung lagi penulisan perjalanan kami ke New Zealand ye...

Lake Rotorua 

Cuaca di lake Rotorua ni sejuk sangat..so akak tak banyak bergambar di sini..rela duduk dalam kereta..Sementara tunggu cik  abang , mak teh n cik cik puas posing sana sini...jom layan gambar


seluas mata memandang..nyaman aje...






destinasi seterusnya ialah  Kuirau Park tempat geo thermo yang sentiasa mengeluarkan asap. seluruh kawasan berbau sulfur...kalau terjatuh le kat dalam tasik yang menggelegak tu...masak oooo











cuba perhatikan kat celah pokok tu..ada seekor kucing yang setia kat kawasan tu....
Memandangkan hari semakin gelap dan kami tak bercadang untuk bermalam di Rotorua ni maka kami pun bergeraklah pulang ke Auckland. Tapi....mana mungkin nak patah balik secepat itu kan.. maka kami pun singgah le di cabel car dan  MITAI Mouri Village di Rotarua ni . Hanya sekadar untuk bergambar kerana tempat- tempat ni telah pun tutup...




masa kami datang ni show dah pun setengah jam bermula dan kaunter telah tutup...ambik gambar kat luar aje ye




ni pula  kalau nak naik cable car ...boleh melihat pemandangan keseluruhan Rotorua daripada udara...



Agenda yang tak mungkin di lepaskan..siaplah ye NZD mengalir dengan pantas untuk yang satu ni... Countdown ..supermarket  yang banyak terdapat di NZ ni...


macam-macam jenis masakan ada...

rasa nak pengsan tengok harga coklat kat sini...murah you..tengok le troli akak tu....antara sedar dengan tak aje akak ni...ingat Malaysia ke kak oiii...

akak nak tujukan ayat ni pada cik abang tersayang..harap-harap dia bacalah blog kali ni.....sebab satu kelebihan my lovely hubby ni..tak pernah kata tak kalau bab akak nak shopping.....


"next time kalau kita kat oberchee bang..please please lah.. sekat wife you ni daripada memenuhkan troli nak beli itu ini..."


yogert ni akak beli tau ..gilos sedapnye..anak -anak suka sangat...siap akak ckp nanti mama beli lagi tau..uppsss...

ni cheess... sangat sangat lah murah 9.90NZD untuk 1 KG... memandangkan kami 1 family memang makan keju dengan banyaknya ..apa apa nak letak keju...so akak tak lepaskan peluang untuk membelinya...


mana satu nak pilih ni ???...bang i ambil semua ye....!!!!!!

ha..ni mesin self service key in barang yang di beli n bayar ..samada guna card atau cash kan dlm mesin. Ini menunjukkan integriti tinggi masyarakat mereka.

Pieha Beach

Akak rasa sangat sangat jatuh cinta kat pantai ni..kalau you all ke Auckland jangan lupa ke sini ye... cantiknya pemandangan di Pieha Beach ni..rasa tenang, nyaman, udara segar sangat. Perjalanan yang berlekuk-lekuk menuju ke Piha Beach ni memerlukan pemandu yang cekap dan berani. Jalannya agak kecil dan sunyi. 

Mulalah sesi posing sana sini...agak lama juga kami menghabiskan masa disini untuk melihat matahari terbenam. Jom layan gambar..

indahnya suasana matahari terbenam










Iklan shawl Quleen Collections

pasir hitam di Pieha Beach










kalau nak beli shawl  cer pergi le Koleksi Quleen ..FB atau insta..Quleen Collections...



macam nak lama-lama kat sini tapi hari semakin gelap..jom le balik bang....


ok nanti akak sambung lagi ye....












COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...