Tuesday, November 28, 2017

JEJU ISLAND, KOREA - day 1 - OKTOBER 2017

Adik beradik wan ni memang super women..tengok le mengheret beg pun masih mampu tersenyum...Jeju kami datang
Memang dah lama akak mengidam nak ke Pulau Jeju  ni.. alhamdulillah akhirnya sampai jua bersama rakan-rakan.. Kami memang redah aje...
Penerbangan kami dari Seoul ke Pulau Jeju, akak ambil Jeju Airline. 40 minit aje perjalanan kami.


muka excited turun flight...


Kak Nani punyalah lebar senyum... akak pulak tengah risau ..baru teringat lupa nak uruskan pengangkutan ke hotel.....so macamana?

Ok..keluar pintu Airport kat depan tu akan nampak deretan teksi so g seberang jalan n beratur le...untuk ke hotel penginapan kami, akak ambil Jumbo teksi..bayarannya 15,000 won.. Dekat aje sebenarnya airport dengan Champion Hotel tempat kami menyewa...

Champion Hotel ni ada menyediakan sarapan pagi  halal so kami menginap di sini 3 malam. Oleh kerana kami sampai pun dah malam so agenda malam tu ialah merehatkan diri....esok akak dah janji dengan Mr Kang driver teksi yang akan bawa kami menjelajah  selama 2 hari di Jeju ni. 

Contact no Mr Kang Chang..+821077288100 boleh wsap dia untuk booking...

Jam 8.00 pagi kami ke cafe yang menyediakan sarapan pagi. Ada seorang ajuma yang menyediakan makanan ..muka serius aje.. lapar, makan aje lah sampai kenyang sebab Jeju ni susah nak dapat makanan halal.


Usai sarapan kami ke lobby hotel..rupanya hari ni kawan Mr kang yang akan jadi tour guide kami .. Mr An.. orangnya tinggi dan mudah mesra..boleh berbahasa inggeris..so tak menyukarkan kami untuk berkomunikasi. Mr An ni bawa kami berjalan sampai ke petang.. memang puas hati..segala tempat yang kita request nak pergi semua dia hantar..mmg kami excited sangat..bayaran sehari 200,000 won. bersamaan RM800.00 ..terbeliak mata kejap...belasah ajelah..nak jalankan tapi malas nak drive.

Kalau kalian nak berjalan di Jeju ni, pengangkutan awamnya  adalah bas.. tak macam di Seoul atau Busan ada train. Itu le akak buat keputusan untuk sewa aje teksi dengan drivernya sebagai tour guide.. boleh aje kalau nak sewa kereta memandu sendiri ..tapi..akak rasa  akak tak nak tension sebab yang 4 orang pengikut ni memang menyerah diri aje..silap hari bulan akak aje yang kena jadi dereba..oh no.....baik akak pilih jalan selamat..call Mr kang untuk arrange perjalanan kami...selesai.

Serba sedikit tentang Pulau Jeju...



Pulau Jeju terletak di selatan negara Korea Selatan. Merupakan sebuah pulau peranginan yang sangat popular di Korea dan juga terkemuka di dunia. Pulau Jeju merupakan lokasi percutian yang sangat menarik.

Pulau ini merupakan pulau yang bergunung berapi dan berkeluasan 1848 km persegi. Ianya merupakan pulau yang menjadi kebanggaan masyarakat Korea. Dianggap sebuah pulau yang suci oleh masyarakat setempat. Pulau Jeju mula popular dikalangan pelancong pada tahun 1940-an dan setelah itu, Pulau Jeju sering menjadi sebutan para pelancong dari seluruh dunia sehingga lah hari ini.


Terbahagi kepada dua daerah utama iaitu Jeju City dan Seongwipo City, yang terletak di utara dan selatan Pulau Jeju. Pengunjung boleh menaiki pesawat dari bandar Gimpo di Seoul dan ini merupakan cara paling mudah untuk ke pulau ini.

Selain menjadi tempat peranginan yang terkenal di serata dunia, pulau ini terdiri daripada beberapa lokasi yang menarik untuk dikunjungi seperti Mount Halla, Ilchulbung Park, Sagumburi Crater, Halim Park dan beberapa lokasi lain yang menarik perhatian.

Pulau Jeju ini juga tersenarai dalam 7 wonders nature of the world dan ini membuktikan bahawa Pulau Jeju ini sememangnya sebuah pulau yang sangat indah. 








Mt Sanbangsan


Gunung Sanbangsan terbentuk daripada aktiviti letusan gunung berapi aktif pada kira-kira 700,000 hingga 800,000 tahun dahulu.
Makna bagi ‘Sanbang’ itu sendiri bermaksud gua di dalam gunung kerana di gunung ini, terdapat gua yang terletak pada ketinggian 150 daripada aras laut.








bergambar dengan rumput  silver grass


Sepanjang perjalanan kami possing aje..sebab Mr An suka nak jadi jurukamera  kami... kejap kejap change! Change!.. 1 tempat mesti ada 2 pose yang berbeza ...itulah Mr An. Sukahatilah janji kami dapat gambar kenangan.





Jusangjeolli  Cliff

Ini adalah satu tempat keajaiban dunia ..akak kagum sangat melihat susunan batu yang terjadi hasil daripada beribu tahun dahulu.


Jusangjeolli Cliffs terbentuk antara 250,000 ke 140,000 tahun lalu apabila gunung berapi Hallasan masih aktif.
Menurut ahli kaji bumi, sewaktu tempoh Pleistocene  (Pleistocene Period), cecair lava yang mengalir daripada gunung yang sedang meletus telah meluncur ke laut. Sebaik saja lava ini menyentuh permukaan air yang sejuk, ia menjadi keras dan membeku.
Apa yang menarik tentang batu-batuan di sini adalah bentuk heksagon yang hampir sempurna di setiap sudut seperti ditempa dengan tangan. 



Tak dapat akak nak ceritakan bertapa indah dan nyamannya berada kat sini ...datang lah sendiri ye..


kami ikut aje arahan Mr Kang...beratur kat tempat pintu masuk muzium teh ni...Change! jerit Mr Kang.. kelam kabut le kami tukar tempat



 



Museum Teh O’sulloc
nak tahu cerita tentang tempat ni sila klik



 







Bergambar le akak n kawan -kawan kat ladang teh ni... actually tak le excited sangat sebab kat Malaysia pun ada...




Oeldolgae

Perjalanan kami di teruskan ke satu lagi tempat yang menakjubkan.. batu ini seolah -olah berdiri tegak kat dalam laut tu..

















Terjumpa sekumpulan Ajuma yang datang melawat di tempat ni...





kami lapar....tapi Amalina aje yang nampak benar-benar menikmati



Cheonjiyeon Falls

 







ramai pengunjung terdiri orang tempatan disini....













Segar sangat tumbuhan di Jeju ni...





Destinasi terakhir kami pada hari pertama bersama Mr Ann ialah ladang kuda. Nama tempat ni akak dah tak ingat tapi pemandangannya sangatlah cantik...luas menghijau. Baru akak tersedar masa kat luar ladang kuda ni ..gambar kami tak ada kudanya....mana pergi gambar kuda kawan - kawan , puas ku cari ??????




























Saturday, November 11, 2017

COLMA TROPICALE - PERCUTIAN KELUARGA

Assalamualaikum....kali ni akak nak share percutian kami sekeluarga ke Colma Tropicale ..kat Malaysia you..tapi macam kat obersea...kali ni kami bercuti bawa mak akak bersama...percutian kali ni tak lama..2 hari je ..
Bersempena aniversary akak n Husband kami kira-kiranya celebrate kat sini lah....

 Akak booking bilik tru booking.com.. harga bilik yang akak booking on line RM350.00 tapi yang tak bestnya sampai kat Colma Tropicale ni hampir 2 jam menunggu nak dapatkan bilik..entah kenapa bilik x cukup  ..ni yang akak nak marah ni....punyalah ramai orang...kat sini akak dah frust...spoil mood melancong kami...

aniq bukan main gembira...

makanan kat atas bukit ni memang gila mahalnya....harga macam tak masuk akal..so kepada sesiapa nak datang ke sini bawaklah air, jajan n bekal roti bagai banyak-banyak...hakak memang ke mana aje bawak piuk nasi..bagi meal yang wajib tu masak je sendiri. hanya sekali je menikmati makan kat hotel beramai-ramai .nak save budgetlah katakan...takkan nak habiskan  duit dek makan jekan...

tapi suasana yang sangat cantik dengan bangunan yang klasik menghilang
kan kemarahan akak tu...
sabar jelah..

nak jadikan cerita bila dapat bilik...kecik pulak..hanya ada 1 katil..mana mak nak tido..oklah husb akak g ambil bilik baru..
cantik sangat ..

mesti nak bersempit-sempit mereka ber4 ni....

kami berhabis untuk 1 malam Family room ..RM520 semalam..haa kau ...tapi alhamdulillah bilik nya ada 2 satu di bawah n satu di tingkat atas....so far so good boleh lah...tapi semalam aje tau.....ni kira dah over budget ni...sib baik bawak periuk noxxa ....


suasana tempat makan di bawah hotel ..kami duduk 21 jam lebih makan sarapan ....makan segala yang ada...baru bebaloi bayar RM39 pagi tu untuk sorang....


Add cmakanan memang sedap......ulang berkali kali sampai muak...

tengok kat pinggan tu.....




Apa aktiviti disini?sejujurnya akak nak bagi tau..semalam sudah memadai kalau nak stay kat sini...tak banyak apa pun nak di tengok...tapi kalau datang betul-betul nak lari daripada kesibukan kota..boleh duduk lama-lama...














































































COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...