Saturday, April 10, 2021

Maggi Ketam di Port Dickson, Negeri Sembilan

 Salam lama dah tak menulis dalam blog ini. Banyak gambar dan memori masih tidak diabadikan.




Port Dickson. Siapa tahu apa ada di Port Dickson selain pemandangan yang cantik serta laut yang terbentang luas..? Port Dickson bukan sahaja cantik tapi ada banyak sangat gerai dan kedai menjual pelbagai makanan untuk kita menjamu selera. 

Hari ini, kami Ibu-ibu jatidiri menikmati keenakkan Maggi Ketam di Port Dickson. Perancangan yang kami buat seminggu yang lepas menjadi realiti. Memang hati meronta-ronta bila pasangan masing masing bagi green light untuk kami bertemu. SELF CARE cara kami.

Jam  3 petang kanda Mali dan Ju dah sedia menanti di rumah.  Mimi pula kami tak pasti. Dia yang memang menetap di Port Dickson akan bersama atau tidak dengan kekangan urusan anak-anaknya.  Kebiasaanya Mimi akan tetap bersama,  pasti jalan bengkang bengkok akan diluruskannya dengan mudah untuk sertai kami. Kak Tipah pula di Pahang, sudah pasti hanya akan kami kongsikan gambar buat hatinya meronta-ronta. 

Perjalanan daripada Seremban ke Kampung Bagan Pinang Port Dickson  ambil masa dalam 30 minit. Seronok berbual dalam kereta tak terasa langsung jarak perjalanan. Lagi seronok bila dapat perkhabaran melalui whats app Mimi dah pun sampai dan sedang menanti kami.



Kami beruntung kerana jalan tidak jem seperti kebiasaan hujung minggu di daerah ini.  Sampai  kami di warung bawah pokok kedai masih belum buka. Warung akan buka pada jam 5 petang hingga 9 malam. Oleh itu, kami ambil kesempatan ini untuk bergambar. 




Teruja dan syukur. 

Deretan bot nelayan menarik perhatian kami. Ya masih banyak tempat di Malaysia ini kami tak terokai.

Oleh kerana Warung Mee Ketam akan buka jam 5 petang. Warung ini di cat bewarna oren dan ada sebatang pokok besar menjadi teduhan pengunjung bersantai di tepi laut untuk menikmati angin laut dan pemandangan indah.

Kesempatan yang ada kami gunakan untuk mengambil gambar. 








                                    Persahabatan Kami penuh dengan memori indah







Menu istimewa yang kami order ialah Meggi Ketam , nasi goreng sea food dan sotong kunyit. Memang terbaik... sedap. Kopi  Be Yang menjadi penambah nikmat makan kami. 

Terima kasih MIMI belanja kami dalam diam. Moga Mimi di murahkan rezeki.






Seronoknya di sini. Ada tandas dan tempat solat yang bersebelahan dengan warung. Apa lagi kami habiskan masa berbual tentang kehidupan harian masing-masing maklumlah kami berempat tidak berada di tempat kerja yang sama. Setelah puas  makan dan berbual kami sambung bergambar. 


Indahnya suasana petang di sini dikala matahari mula mengundurkan diri. 













Alhamdulillah kami pulang ke pangkuan keluarga dengan satu kepuasan . Kerjaya di teruskan,  rutin harian menjadi sumber kekuatan. Moga kami dapat mengumpul kenangan indah bersama lagi.



No comments:

Post a Comment

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...