Saturday, March 31, 2018

Percutian singkat sekeluarga ke Langkawi -budget


Assalamualaikum..lama akak tak update blog ni. Bukan akak tak berjalan cuma tiada kesempatan. Sebenarnya akak baru aje balik daripada Korea-entah keberapa kalinya melancung ke negara kegemaran akak ni - Jeju Island and Seoul. 5 hari akak di sana.

Landing kat Malaysia Jam 6.00 pagi 22 Mac 2018 ..sampai rumah cik abang plan nak ke Langkawi bawak anak-anak. opssss.... sebenarnya 8 tahun yang lepas pernah akak n husb ke Langkawi berdua..Honeymoon kali ntah ke berapa ..Kalau ikutkan badan memang le letih..so akak ikutkan hati.

Bermula lah perjalanan ke Langkawi tanpa booking penginapan dan feri. Memang tawakal aje...kali ini hanya 3 orang aje anak akak yang ikut. so trip kami ber5 lah. Oleh kerana akak memang betul-betul penat maka awal-awal lagi akak dah bagi tau husb yang akak akan tidur sepanjang perjalanan. maksudnya dia kena drive soranglah .

Jam 6 petang kami bertolak daripada Seremban . Maka bermulalah episod tidur akak yang nyenyak dalam kereta. Dipendekkan cerita kami sampai di Kuala Perlis pada jam 12.30 malam setelah beberapa kali berhenti di hentian R&R. Husb akak kata kalau ambil feri di Kuala Perlis lebih dekat nak ke Langkawi  berbanding ambil feri di Kuala Kedah. Akak ikut aje..

Oleh kerana dah lewat malam dah tentulah tiada perkhidmatan feri ke Langkawi  maka kami redah aje hotel yang betul -betul berhadapan dengan Jeti Kuala Perlis. T Hotel  yang masih buka dan alhamdulillah ada bilik superior yang masih boleh sewa. Sewa akak malam tu untuk 1 bilik ialah RM134.00..kalau ikutkan akak memang le mahal sebab nak tidur tak sampai 6 jam pun  kerana kami rancang nak dapatkan feri awal pagi...tapi redha aje keluarkan duit..nak bercutikan.

Macamana dengan kereta ? Di sini ada sediakan perkhidmatan parking kereta ikut hari.tak susah pun nak cari parking ada aje penjaga parking yang akan datang pada kita bila mereka nampak kereta daripada luar datang ke Jeti.


Perbelanjaan hari 1

Sewa Hotel RM134
Makan dalam perjalanan RM75 - 5 orang untuk 3 kali berhenti
Minyak kereta RM180
Tol - RM60 - lebih kurang
Parking kereta 2 hari - RM20.00 


bergambar di hadapan Jeti Kuala Perlis.

Punyalah liat rasanya nak bangun pagi tapi oleh kerana anak ber3 ni semangat nak naik feri maka kami pun bangun awal. usai solat kami bersiap untuk check out daripada T Hotel. T hotel ni bersih walaupun biliknya kecil.. tapi akak bagi 5 bintang sebab semua bersih .Sesuai kalau nak duduk sekadar persinggahan sebelum ke Langkawi. Boleh juga booking bilik T Hotel kat agoda n booking.com

Husb ambil tiket jam 9.00 pagi harga tiket RM18 seorang sehala untuk perjalanan selama 45 minit. so sementara menunggu masa untuk berlayar maka kami pun ambil kesempatan breakfast di kedai yang sebaris dengan hotel. Jangan risau pasal makan . ada je kedai kat sini kalau kelaparan.

Masa breakfast akak  uruskan sewa kereta di Langkawi. so dapat le Axia biru  untuk 2 hari dengan bayaran RM120 . Actually kalau you all rajin mencari sure boleh dapat harga lebih rendah.

Gambar dari dalam feri tapi ni bukan feri yang kami naik...ni bot nelayan tau....

Adam
 Ni le bujang ber3 akak..yang sulung tak ikut


Muka excited dah sampai... akak dah segar sebab dalam feri memang akak pulun sambung tidur

Ni siti yang sewakan kereta untuk kami...apa lagi jom jelajah Langkawi

Kami berhenti dulu di Dataran Lang untuk bergambar . Kalau datang langkawi mesti ambil gambar kat sini..wajib tau. 


Dataran Lang





Dah puas melayan budak ber3 tu bergambar kami   terus menuju ke Pantai Cenang sebab akak dah uruskan tempah resort di area pelancongan tu. Hajat hati nak check in dulu pastu baru nak jalan-jalan .Akak booking Caloma Axis Century Resort melalui agoda dalam perjalanan dalam feri. so dapatle harga yang akak rasa cukup selesa dengan kemudahan yang disediakan. Resort ni tenang aje- Mula -mula pelik gak sebab mat saleh aje ramai kat sini tapi bila penyambut tetamunya bagi tau.. "Jangan pelik no kalau nampak seksi seksa kat sini sebab sini mat salleh ramai menyewa" ada yang sampai berbulan. mereka suka suasana sunyi dan tenang kat resort ni. Actually resort ni letaknya 5 minit daripada Under Waterworld. Anak ber 3 tu memang le terlebih excited bila belakang bilik kami ada swimming pool...


Destinasi seterusnya ialah makam mahsuri. bayaran masuk dewasa RM12.00 seorang. hanya anak ber 3 ni aje yang masuk seabab akak n husb dah pernah masuk dulu. so kami just tunggu di luar sambil shopping kat kedai yang ada di luar. 















Destinasi seterusnya ialah Underwater World yang terletak di tengah-tengah kesibukan Pantai Cenang. Kos masuk untuk seorang  RM35 dewasa. Anak-anak nampak teruja berada di sini sebab banyak juga spesis ikan laut yang cantik-cantik serta melihat telatah penguin yang nampak cute aje..terkedek-kedek...














Selesai di Underwater World kami shopping coklat  di Duty Free. Oklah harganya..tak semahal airport. Terbang lah duit akak melayan kerenah membeli anak-anak ni..katanya untuk jajan mereka di Langkawi. 
Di Pantai Cenang ni memang haven dengan gerai -gerai menjual pakaian dan suvinior..bawa aje duit .Aniq macam biasalah sure ada aje yang nak di beli..husb pulak tak boleh nampak T shirt yang ada perkataan RIDE...

Oleh kerana kami dah mula rasa kepenatan maka balik ke resort adalah keputusan yang terbaik setelah masing-masing dapat apa yang dihajatkan. 


Pemandangan merabunkan mata di Pantai Cenang.... so kami tidak le turun ke pantai.Tak manis untuk anak-anak ni,





Maka bersenang-senanglah kami di resort yang kebetulannya sangatlah tenang suasananya. Akak ambil kesempatan tidur dan anak-anak n husb mandi manda di kolam renang. Jom layan gambar resort.




Bersantai di depan bilik 
kolam renang 


gambar dalam bilik rupanya akak tak ada ambil so tengok ajelah apa yang ada ye untuk menggambarkan ketenangan resort ni.

Sebelah malamnya kami keluar mencari makan . Perancangan husb nak makan seafood... ialah dah duduk kat pulau takkan asyik nak cari daging aje kan...Untuk pengetahuan kalian. Area Pantai Cenang ni tak susah nak cari restoren Seafood tersangat lah banyak..harganya boleh tahan le,,,


wajah-wajah kesayangan 




Perbelanjaan hari ke 2

Tambang Feri sehala RM18.00 x 5 orang 
Tambang Feri balik untuk 5 orang RM90
Makan siang  RM 100
Shopping Coklat RM59.00 di Duty Free
Penginapan di Caloma Axis Century Resort  2 bilik - RM 265  untuk 1 malam 
Deposit Resort RM100
Breakfast esok di resort RM30.00
Makam Mahsuri  RM12.00 x 3 orang 
Island Hopping RM 35 x 5 orang
Under water world  RM35 x 5 orang
Makan malam sea food RM110.00

Hari ke 3

Awal pagi kami dah bersiap untuk Island Hopping. Di resort ni ada sediakan perkhidmatan menguruskan tempahan boat so kami just ambil pakej di sini aje. Sangat mudah. dan yang bestnya ada pemandu akan ambil kami di resort dan bawa ke Jeti. Kosnya ialah RM35 seorang dan akak dah pun buat bayaran semalam.  Akak ke..oppsssss...cik abang le bayar...

Apa-apa pun kami breakfast dulu ye di resort...jom layan gambar 

saje je kan buat muka camni...


suasana tempat makan di resort



Jam 9.10 pagi kami di bawa ke Jeti untuk Island Hopping ....Jom layan gambar ye.


kami menggunakan perkhidmatan syarikat ini untuk menjelajah pulau ..ok perkhidmatannya dengan pemandu yang sentiasa tersenyum 

suasana di jeti- boat yang kelihatan dalam gambar ni adalah boat yang akan bawa pelancong meronda Island

Destinasi hentian yang pertama ialah Pulau Dayang Bunting. Di sini kalau nak masuk kena bayar RM 3 seorang dan kalau nak mandi di tasik perlu sewa life jaket RM3 seorang. Anak ber3 tu ambil kesempatan mandi manda, akak n abang pula sewa le macam kereta yang boleh kayuh dalam air tu ... apatah namanya .... RM15 untuk sebuah ..
Add caption
Add caption
dalam perjalanan nak ke tasik , perlu melalui jalan yang ada monyet liar. Monyet ni tak menganggu pun cuma kalau kita ada pegagng makanan atau air ..sure dengan lajunya  dia menerkam..ahhhhhhh..akak dah kena you...nyaring jeritan akak ...air akak dirampas..
teror tau monyet ni. siap pandai buka penutup air dan basahkan roti yang ada ditangannya sebelum dia makan roti tu....terpegun akak melihat kepintaran monyet ni..tak jadi marah..





Perjalanan yang agak jauh dan perlu turun tangga yang banyak tau....


Berharap sangat lemak ku mencair dengan banyaknya.................



Tasik Dayang Bunting








Berkayuh di tasik dayang Bunting



kami diberi masa selama 1 jam untuk menikmati suasana di sini sebelum boat datang mengambil kami untuk ke destinasi seterusnya.


Pulau yang seterusnya ialah Pulau Beras Terbakar rasanyalah.....disini ada di sediakan peralatan snokling cuma kata Adam.. tak nampak apa pun.Coralnya banyak dah mati dan airnya tidak le jernih... tu kata si Adam yang dah berpengalaman ber snokling di laut dalam masa kat Tioman . Sewa perslatan RM20 satu set.  Sewa jelah..nak suka suka dalam laut tu. 







Di Pulau ni adalah 1 gerai yang menjual makanan  seperti nugget RM4, Burger RM5, Maggi RM4 dan air. So no choice kalau dah kelaparan kat pulau ni ...beli dan makan ajelah.


Di pulau ke 2 ini juga kami di beri masa selama 1 jam dan seterusnya kami di bawa ke 1 lagi destinasi dimana kelihatan banyak sangat burung Helang beterbangan . memang sangat le indah suasananya.

Puas akak cari gambar helang tu...takkk adddddaaaaaaa.......

kami di hantar semula ke resort jam 1.3 petang. Sebenarnya agak lewat kerana kami perlu check out jam 12 sebenarnya. Apalagi..sampai aje resort cepat-cepat le kami mandi,bersiap dan berkemas untuk keluar..takut nanti kena extra charge....kami ambil keputusan untuk tidak ke Cabel car kerana anak-anak telah pun ada pengalaman menaikinya..oleh kerana tiket feri yang akak beli jam 6 petang so kami jalan-jalan lagi di sekitar Langkawi, Kali ni di Pekan Kuah ke kedai Idaman Suri dan Komplek Haji Ismail memborong coklat lagi.Memang le akak terlupa ambil gambar part ni. 

dah tak sabar nak balik


Kami sampai di Kuala Perlis Jam 7.00 petang. Husb kata jom le kita menikmati pemandangan n makan seafood lagi di food court yang berhampiran dengan Jeti..so layan leee Akhirnya hampir jam 9.3 malam baru kami bergerak balik ke Seremban.  
Alhamdulillah kami selamat sampai di Seremban jam 9.20 pagi - kira santai le perjalanan balik sebab  kami berhenti menikmati tidur dalam kereta di R &R sampai ke pagi dan usai solat subuh baru sambung perjalanan.

Perbelanjaan Hari Ke 3

Bayaran masuk Tasik Dayang Bunting            RM3 x 5
life jaket           RM 3 x 3 helai
Kereta kayuh  dalam air   RM15
Snokling Set  RM20 x 4
Makan di Pulau   RM28
Coklat RM215
Makan 65
Minyak kereta RM60
Tol balik RM60 - anggaran 

terima kasih kerana sudi membaca blog akak dan ianya adalah hanya sekadar perkongsian pengalaman .moga dapat membantu anda yang nak bercuti ke Langkawi tanpa tour guide.

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...