Saturday, September 15, 2018

Persediaan ke Perth Australia- SEPT2018

Salam
Akak nak kongsi pengalaman kami di Perth ,Australia kali ni.Perjalanan kali ni ketika musim bunga di Perth.Perancangan akak buat bermula Mac 2018 sebaik aje balik drp korea.Macam biasa akak ada group mokcik bawang yg terdiri daripada kak tip,kak mali,mimi and kali ni kak ju ikut. Oleh kerana cuti yg ada tak panjang so akak rasa sewa kereta adalah pilihan terbaik...Pujuk punya pujuk berjaya mengajak husb jadi driver...yahooooo.

Persediaan

1. Mesti apply visa sebelum beli tiket coz banyak kes visa tak approve..harubiru nanti
Akak apply visa melalui Farisya drp ARBA Travel..0149188455. Secara wsap aje..
Seorang RM20. Yang perlu kita sediakan ialah duit n passport hantar melalui wsap aje....kalau x ada masalah dalam 1 jam dah dapat ETA kelulusan visa perlancongan selama tempoh 1 tahun.

2. Akak beli tiket Malindo direct ke Perth..Kalau musim cuti ni tiket dlm RM1300 pergi balik.. grab aje ....
Kalau nasib baik boleh dapat bawah daripada harga tu.

3.Imiggresion Perth memang KETAT sangat tentang makanan yg kita bawa masuk so declare apa yg kita nak bawak.Barangan macam tenusu,bijirin,daging..tak yah le bawak.Banyak aje makanan halal mudah nak dapat kat sana...Daging ayam halal pun ada. Akak sediakan senarai makanan yg akak bawak..mudah bila sampai kat pegawai kastam sana tunjuk aje .dan syaratnya dalam borang declaration tu mesti tanda yes.. ubat pun mesti declaire tau.dapatkan surat daripada doktor.

3. Ambil travel insurance..akak cam biasa on line aje kat AXA travel....murah n mudah.

4.Booking Kenderaan dan Homestay.
Akak sangat suka dengan perkhidmatan yg di sediakan

Homestay
Azra Perthhomestay. .+61478557499
Awfiya Homestay  +61435066434

5. Tukar duit AUD
Masa akak tukar RM3.02 untuk 1AUD..agak tinggi sebenarnya

6. Passport pastikan masih valid sekurangnya 6 bulan drp tarikh ke Perth



COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...