Friday, February 9, 2018

BRUNEI -DISEMBER 2017 PERCUTIAN KELUARGA




 Assalamualaikum
lama terhenti penulisan akak kali ni, dah masuk pun Januari 2018. Akak mahu terus menulis, berkongsi saat gembira bersama keluarga dan rakan di blog TEMPOKU ini. kalian doakan akak ye. Hidup ini di tangan allah maka akak syukur  dengan segala nikmat  kebahagiaan ini dan redha pada setiap dugaan yang mendatang. Percutian terakhir luar negara untuk tahun 2017 ialah Negara Brunei.

Tahun 2017 adalah tahun ke 21 usia perkahwinan akak dengan pilihan hati anak jati Miri Serawak. Namun 2017 ini juga baru akak dapat jejak kaki ke Brunei. Tak sukar untuk ke Brunei dari Miri ni. so kami pergi 2 buah kereta iaitu akak sekeluarga serta adik ipar bersama isteri dan anaknya echa. pemandu pelancong kami pula ialah Tijah dan kak Azizah . Mereka merupakan kakak dan anak buah kepada adik ipar akak iaitu Yati. Menurut Yati dan Kak Azizah keluarga mereka berasal daripada Brunei.
Brunei Dollar
Pada masa ini tukarannya 1 dollar bersamaan RM3.04. Akak dapati menukar duit di Money Changer Brunei lebih murah berbanding dengan tukaran di Miri.
Muka ceria dah sampai .. walau dalam hujan lebat
bergambar bersama kak Azizah




Hadapan Masjid Hassanil  Bulkhiah


tu kubahnya.. bersalut emas tulin 



Masa lawatan





Jame’ Asr Hassanil Bolkiah
Masjid terbesar di Brunei ini didirikan tahun 1988 dan  dibuka untuk umum pada 1994. Dibangun untuk merayakan kepemimpinan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, yang memasuki tempok kepimpinan Jubli  perak, 25 tahun. Dikenal juga dengan sebutan masjid Kiarong.
Terdapat 29 kubah emas menghiasi masjid ini. Dua kubah emas besar dan 27 buah kubah penutup menaranya yang mengelilingi bangunan utama. Dua sembilan menggambarkan , Sultan Hassanal Bolkiah adalah Sultan Brunei yang ke-29.
Ruang utamanya yang berukiran  kaligrafi  Arab ini mampu menampung lebih dari 3.500 jemaah. Terdapat lampu gantung kristal indah yang dilapisi emas, yang berasal dari Austria. Sementara di sisi timurnya juga terdapat ruang ibadah, tapi hanya cukup untuk 1.000 orang.

Masjid  Omar Ali Saifuddien

kami meneruskan perjalanan ke sebuah lagi Masjid 

Masjid  Omar Ali Saifuddien


Masjid ini menjadi  salah satu masjid terindah di dunia. Dibangun pada tahun 1958 . Pada kubahnya dilapisi emas tulin, dan namanya dinamakan  Sultan Brunei ke-28 yakni, Sultan Omar Ali Saefudin III.










   LAYAN GAMBAR YEE.....







sopan aje..


Kampung Air

Kami mengambil kesempatan menaiki boat untuk menjelajah keseluruhan Kampung Air.  Akak jadi kagum dengan masyarakat disini kerana sudah pastinya ada keterbatasan pergerakkan apabila menjalani kehidupan  di atas air. Namun lagi bertambah kagum apabila kampung ini mempunyai sekolah, pejabat bomba, balai polis, muzium dan pelbagai kemudahan tersendiri. 
Gagasan 42 kampung yang dibina di atas kaki bajang dan laluan pejalan kaki dari kayu diduduki lebih kurang 30,000 orang penduduk dan merupakan kampung air terbesar di dalam dunia. Ia juga digelar "Venice Timur". 

Kampung air sebenarnya terdiri daripada perkampungan kecil yang dihubungkan oleh lebih dari 29,140 meter jambatan kaki, dan merangkumi 4,200 binaan termasuk rumah kediaman, masjid, restoran, kedai, sekolah dan sebuah hospital. Laluan pejalan kaki yang panjang tuntas 36 kilometer menghubungkan bangunan-bangunan kampung ini. Pengangkutan utama di kampung ini ialah sampan yang kebiasaannya dilengkapi dengan enjin bot; teksi air persendirian, ataupun swasta, yang kebanyakannya menyerupai bot laju panjang, menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang pantas. Dari jauh, kampung ini kelihatan seakan-akan kampung setinggan tetapi sebenarnya penduduk kampung ini menikmati kemudahan moden seperti bekalan elektrik, penyaman udara, televisyen satelit, Internet, dan sistem saliran. Beberapa orang kampung juga membela ayam dan bercucuk tanam dalam pasu. Rumah-rumah kediaman daerah ini mempunyai ciri seni bina unik — bahagian dalam rumah-rumah kayu penuh hiasan yang rapi.
Kampong Ayer telah diduduki selama 1,300 tahun. Antonio Pigafetta menggelarnya "Venice Timur" apabila armada Ferdinand Magellan singgah di kawasan itu pada tahun 1521. Dari segi budaya Brunei, daerah ini merupakan daerah yang penting yang mengekalkan asal-usul petempatan tebing sungai penduduknya. Mengikut Profesor Abdul Aziz daripada Universiti Brunei Darussalam, Kampong Ayer merupakan petempatan air yang paling luas dan termasyhur di Asia Tenggara. "Dari segi sejarah, ia merupakan jati diri negara Brunei dan juga sebuah pusat perdagangan terpenting di Borneo."



Sekolah Kluster tau....dalam air

menanti untuk naik bot

berhenti untuk menjejak kaki di perkampungan air



kemudahan yang disediakan 
  
salah sebuah rumah dalam air

Di dalam Muzium ada kedai cenderamata

Add caption
bergambar dengan Pak Ngah Faizal








Actually ada banyak lagi akak nak kongsi.. tapi cukuplah sekadar gambar ini. manalah tau ada masa yang cukup akak post lagi ye....



COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...