Sunday, November 17, 2019

JALAN -JALAN OSAKA,KYOTO,KOBE,NARA- KANSAI TRIP 2019 hari pertama





Salam  Sejahtera
Kali ni akak nak kongsi perjalanan terkini ke Japan. Ini merupakan kali pertama akak menjejakkan kaki ke negara matahari terbit.

Bak lagu menghitung hari Krisdayanti. Trip ke Kansai ,Japan ini dah dirancang sejak bulan 12, tahun 2018 lagi. Bezanya kali ini perjalanan akak bukan backpakers , bukan berdua , bukan ber 6 dan bukan jua dengan group jatidiri. melancong kali ini bersama 26 orang rakan sekerja yang terdiri daripada Pengarah Pelajaran, Ketua dan Timbalan PPD, Pengetua dan guru besar serta pegawai PPD. Misi utama kami ialah ingin belajar dan berkongsi ilmu mereka menguruskan sekolah serta membudayakan penerapan nilai murni disekolah.

Bermula dengan kertas cadangan yang akak usulkan kepada Timbalan PPD Hj K dan dipersetujui langkah diteruskan dengan mencari travel agent yang boleh menguruskan perjalanan ala-ala VIP ini.

Mana mungkin akak dapat buat macam perjalanan sebelum ini.. baca dan redah...

Pengurusan sebelum terbang akak dan jawatankuasa kak Ruhil, Zarina dan En.Azman cuba uruskan sebaik mungkin. Kali ini akak belajar macamana nak buat tempahan tiket penerbangan secara kumpulan. Cara nak tempah tiket kumpulan penerbangan Air Asia akak kongsikan di sini.Tiket penerbangan kami memang mahal kerana tarikh yang di pilih jatuh pada hari perayaan Deepavali ..Malaysia cuti seminggu. Anggaran tiket dalam 1.7++K termasuk makan ,pilihan tempat duduk dan bagasi.

Kak Ruhil uruskan sijil dan urusan pengkeranian, Zarina selaku bendahari menguruskan bab kewangan dan En Azman adalah individu yang sangat memainkan peranan untuk perjalanan ini kerana beliau bertindak sebagai pemandu pelancong ketika berada di Jepun. Kelebihan beliau ialah pandai berbahasa Jepun.

Rakyat Malaysia nak melancong ke Jepun tak perlukan VISA ye. 

Mata wang Jepun pula ialah YEN. Tukaran pada ketika ini  RM 3.95 untuk 100 yen. Akak tak banyak tukar duit sebab akak gunakan kad Big pay untuk urusan beli barang di kedai kat Jepun ni. Lebih murah tukarannya.




.....

Kad Big Pay - Kad ni macam kad debit .Kita isi duit dan boleh pakai di serata dunia. Dalam post yang sebelum ni akak ada share apa itu Kad Big Pay. klik link di bawah.

Apakah Kad BigPay.tekan sini..

Hari 1.. 25 Oktober 2019

Seawal jam 7 pagi akak dah siapkan segala keperluan rumah sebab anak-anak akan tinggal bersama mak.  Husb pun ikut sama tau.. mana boleh tinggal katanya. memandangkan mr husb akan balik sehari awal maka dia ke airport dengan moto aje. Akak menggunakan khidmat Nisah Harun sebagai pemandu Grab untuk hantar akak ke KLIA 2. Rakan-rakan yang lain ada yang datang sendiri dan ada yang menaiki bas yang di sediakan.

Sampai di KLIA 2 tempat pertama akak tuju ialah ke kaunter  samurai di aras 2 berhampiran pintu 1  nak ambil portable wifi yang di tempah. sewaan sebanyak RM120 untuk 6 hari.

link samurai.              www.samuraiwifi.com.my  poket wifi ni sangat membantu akak terutama masa nak ke airport menemankan en husb nak balik ke Malaysia

Penerbangan kami menaiki kapal terbang Air Asia jam 2.00 petang dan mengambil masa selama 6 jam untuk sampai ke kansai, International Airport di Osaka.

Macam biasa sebelum landing kita kena declair apa barang yang bawa  menggunakan borang yang disediakan. Jangan lupa bawa pen ye bila naik flight . Borang ni serahkan di kaunter imigresen

 

Perjalanan mengambil masa 6 jam dan waktu di Osaka awal 1 jam daripada Malaysia.

Sampai di Kansai International Airport dalam jam, 9 malam. Macam biasa kena melalui pemeriksaan kastam dan tidaklah secerewet di Australia. Alhamdulillah berjalan lancar.


En Azman dah sedia menunggu kehadiran kami di ruangan ketibaan dengan bendera Negeri Sembilan.

Destinasi pertama kami ialah APA Villa Hotel dengan menaiki bas yang di sewa. Di dalam bas di Jepun penumpang mesti pakai tali pinggang keledar. Berkali-kali En.Azman mengingatkan kami. Jika tidak pemandu boleh disaman.



Perjalanan dari Airport ke APA Villa Hotel mengambil masa dalam 30 minit.

Keistimewaan APA hotel ini ialah berhampiran dengan station subway Tanimachi 4 Chome Station jadi memudahkan pergerakkan kami untuk berjalan-jalan meneroka OSAKA dengan keretapi. Akak memang cadangkan jika nak senang menginaplah di sini. Nak kemana-mana sangat mudah. Nak ke pejabat pos pun 2 minit aje daripada hotel. Family Mart pun kat sebelah aje... senang nak cari nasi yang dalam pack tu..

Muka ceria ..tangan penuh dengan kertas dokumen penting perjalanan kami...

Sebelum masing-masing berehat di bilik kami di taklimatkan tentang perjalanan program hari esok oleh En Azman.

ok meh akak share gambar bilik single di APA Villa Hotel ni.. Jepun adalah  negara mahal, jadi bilik hotelnya kalau nak luas bayarnya kena juga mahal. 
Gambar bilik single ye..double lupa nak ambil.



 Set  penjagaan diri yang lengkap disediakan. berus gigi, getah rambut, sikat ..macam macam ada.
Baju tidur pejamas pun ada, hari -hari ganti. Tuala mandi besar dan kecil juga di sediakan.
Tandas bersih ,  amat lengkap serba serbi tapi kecil 

     ni pakai tekan-tekan ye, semua tandas di Jepun yang akak pergi menggunakan sistem macam ni..





Panjang ceritanya kenapa akak duduk kat bilik single ni, nasib baik katilnya Super single so muat le 2 orang. Actually kalau ke luar negara jangan sekali-kali buat kerja camni. Ni memang kes darurat husb lambat declair nak g atau tak..akhirnya ...camnilah...
Bilik yang kecil macamni paling masaalah nak solat. Akak solat kat depan pintu bilik,  sebelah dalam lah muat-muat letakkan sejadah. 
Di  hotel ni ada di sediakan sarapan. 1500 Yen sekali makan dalam RM60...mahalnye....tapi memang tak berbaloi sebab bukan boleh pun nak makan semua. 2 hari aje akak sarapan di cafe hotel selebihnya akak makan roti yang dah siap-siap bawa daripada Malaysia. Lagi sedap.
Air.. jangan risau ada cerek elektrik di sediakan. Peti ais pun ada di dalam bilik. Jepun sebenarnya sangat bersih air paipnya dan di APA Villa Hotel ni drinking water boleh ambil aje daripada paip dalam toilet..siap ada tag lagi perkataan drinking water...lupa lak nak ambil gambar.

Ok setakat ni aje untuk hari pertama...nanti ada masa sambung lagi ye. Bye...............



COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...