Saturday, June 23, 2018

JALAN-JALAN VIETNAM

Salam sejahtera..lama akak tak menulis. kali ni akak nak kongsi percutian singkat ke Vietnam bersama 3 kawan akak. Kami pergi pada 10 Mei 2018 yang lepas. Actually kami tidaklah pernah berjalan sesama..tiba tiba timbul idea nak berjalan.Tak rancang lama pun,  kebetulan akak memang lom pernah ke Vietnam so terujalah sikit nak pergi. 
Pemandangan Bumi  Vietnam dari udara
Cerita pasal kos . Vietnam tak le mahal untuk ke sana dan taklah banyak tempat untuk dilawat. Apa yang akak perhatikan ,Vietnam adalah syurga membeli belah untuk kaum wanita dan peniaga pakaian. Akak yang bukan kaki shopping ni pun boleh terpengaruh dengan harga yang jauh murahnya kain-kain ela ei.


Persiapan awal akak ke Vietnam ialah menukar duit Dong dan USD. Akak lebih bawa duit RM sebab untuk membeli belah mereka banyak menggunakan RM. Cuma pengalaman akaklah kalau guna duit Dong kita lebih untung. Nak tukar duit di pengurup wang tiada masalah sebab merata di area Ben Than market tu pengurup wangnya. Cuma akak dapati tukaran di Malaysia lebih berbaloi.
Untuk memudahkan kita mengira duitnya . Dong kalau 200,000 kita buang 3 kosong  di belakang . 200 tu bahagikan dengan 6 so dapatlah anggaran duit RM kita. Kalau  di kedai makan kita boleh guna duit Dong. kalau nak bayar teksi atau hotel mereka lebih gunakan USD.


Akak bertolak ke Vietnam dengan menaiki Air Asia dan balik naik MAS. Kos keseluruhan flight pergi balik dalam RM312 seorang. Balik dengan MAS sudah tentu luggage 30 kilo seorang. 

sampai di airport 
Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 50 minit. Perbezaan waktu di Vietnam adalah 1 jam. Bandar besarnya Ho Chin Min.

 Sampai di airport kami terus beli simcard dalam harga antara 13000 dong. Keluar aje daripada pintu airport selepas ambil luggage kita akan nampak deretan kedai untuk beli sim card. Pandai-pandailah memilih harga yang berpatutan.

Untuk ke hotel kami menyewa perkhidmatan teksi. sangat mudah nak dapatkan teksi .keluar aje daripada pintu airport di sebelah kiri ada beberapa booth  car service.


Perkhidmatan bus airport 

kalau merancang untuk naik bus . Bertentangan dengan tempat menyewa teksi ada tempat menunggu bas airport.. warna basnya hijau.


Inilah kawan-kawan akak. yang baju putih tu ..orang Vietnam yang menguruskan teksi kami

Destinasi pertama kami ialah Hotel Tan Lock.. sewa hotel ni di uruskan oleh kawan akak Zain. ok je hotelnya .Bersih dan selesa.Hotel Tan Lock ni betul betul berhadapan dengan Ben Than Market..pagi petang siang malam boleh shopping tapi agenda kami bukanlah shopping semata mata.



akak Kalau g jalan yang penting ialah melawat tempat tempat menarik, mencuba makanan dan melihat budaya di tempat tersebut. Shopping jatuh entah ke nombor berapa. Sebagai pengetahuan anda yang belum pernah ke Vietnam. Tersangatlah elok kalau dapat menginap di kawasan Bhen Than Market ni. makanan halal pun ada 3 ke 4 kedai..so tak susah bab makan cuma harganya agak mahal untuk sekali makan. nasi goreng dalam 50000  dong iaitu bersamaaan  antara RM8 ke RM10 . satu lagi jangan lupa minum kopi Vietnam.. harga tak mahal dalam RM3 rasanya pasti nak lagi.

sampai aje di hotel kami solat dan segarkan diri. Agenda pertama ialah jalan - jalan di area  Bhen Than ..explore dengan berjalan kaki melihat pemandangan waktu hampir senja.  Jom layan gambar



 
Bangunan tinggi  kat belakang tu namanya Bitexco Financial Tower 


Yang ni Saigon Square.. akak tak masuk pun tapi kata kawan kak kat sini ada kalau nak beli jeans murah.


                       Akak tertarik dengan perkhidmatan UBER bermotosikal. Mereka mengenakan baju hijau seragam 


Sepanjang akak berjalan kaki di kelihatan warga tua berniaga di tepi jalan . kebanyakkan barangan yang dijual ialah kraftangan.



Kaki melangkah hingga suasana gelap. maka kami buat keputusan untuk balik ke hotel semula . Dalam perjalanan ke hotel kami melalui night market yang di buka berhampiran Bhen Than market. 


kopi Vietnam ni mesti cuba ye.. banyak aje di tepi jalan . rasanya memang terbaiklah. Boleh beli menggunakan duit Dong atau duit Ringgi Malaysia. Jom layan gambar pasar malam mereka di area Bhen Than market ni.
     

kalau di pasar malam ni hati-hati ye. perempuan penjualnya sangatlah agresif . Jika rasa masih belum nak beli jangan sesuka hati nak tawar tawar atau belek belek . kalau tak jadi beli habis le kena maki hamun oleh mereka. kejadian ni betul betul depan mata akak. salah seorang rakan akak nak beli beg so dia pun bertanya tanya.Tapi jika betul - betul dah suka dengan barang tu tawar gila- gila separuh harga sampai dapat ye. contohnya kalau harga jualnya rm50 tawar sampai dapat separuh. Kat sini penuh dengan orang malaysia aje dan rata-rata penjualnya dah pandai berbahasa Melayu.

Trip ke Sungai Mekong

Hari ke 2 kami ambil pakej ke Sungai Mekong. Mudah sangat sebenarnya nak dapatkan agent yang bawa. just dapatkan daripada hotel dan mereka akan ambil kita mengikut kepada waktu yang mereka tetapkan. akak dan kawan-kawan bertolak ke Sungai Mekong jam 9 pagi. bayaran bergantung kepada berapa tempat yang anda pilih . Antara RM90 ke RM150 seorang.

sebelum tu akak sarapan pagi di kedai aje; 
banyak aje kedai makanan halal di area bent than ni...kos makanan macam nasi goreng dalam 10000 dong .Agak mahal kalau tukar ke duit kita dalam RM30 sepinggan.

 
ni agent yang bawa kami . fasih berbahasa inggeris so tak susah nak berkomunikasi sepanjang perjalanan kami.  sapa nak melancong ke vietnam contact aje guna email yang akak beri ni..


Bas ni yang bawa kami jalan-jalan 1 hari bersama pelancong lain yang pelbagai bangsa .
Paling akak suka bila sepanjang perjalanan tu di bawa menjelajah pasar basah mereka dan dapat melihat kehidupan rakyat mereka.

  



ni tandas awam mereka... macam canggih kan


Sepanjang perjalanan kami melalui lebuhraya yang di kiri kanannya terbentang sawah padi yang luas. Yang lebih menarik lagi.kita akan dapat melihat di setiap satu kawasan padi ada kubur di tengah-tengahnya. Kubur tu ialah tempat bersemadinya si pemilik sawah atau keluarganya.

  

Destinasi pertama bas berhenti untuk berehat setelah 1 jam perjalanan.

 
yang ni adalah destinasi ke 2 iaitu rumah ibadat  mereka. Rata -rata penduduk vietnam adalah penganut agama Buddha.

terendak yang digunakan oleh orang-orang vietnam

Sungai Mekong





feri yang kami naiki 



Destinasi seterusnya melihat bagaimana pemprosesan cocunut candy secara tradisional .
  


  
pembungkusan juga dibuat secara manual

taraaaa.....nilah dia cocunut candy..akak tak beli pun..hehehehehe

bergambar di sebelah bot yang kami naiki 



dalam pakej yang diambil termasuk makan .. tengoklah ikan tu.. besarnye..terkejut akak cara dia hidang...






ni kalau nak massage kaki dengan menggunakan ikan....akak tak buat le....

  
                             yang ni pula bot yang mengangkut pasir melalui Sungai Mekong


   
seterusnya kami dibawa ke tempat penternakan madu untuk melepaskan dahaga..ni semua ada dalam pakej .... apalagi minumle air madu yang disediakan. yang pastinya halwa halia, bunga matahari dan pisang yang di sediakan sangat le sedap.
jika nak beli suvinior belilah di tempat ni.. kat mana tu ?. dah selesai testing madu tu you all jalan kaki ke dalam ada banyak kedai jual suvinior..beli kat area ni sebab lebih murah berbanding di tempat lain. boleh tawar lagi ..
  

Beg kecil tu boleh dapat dengan harga rm10 untuk 5biji.  kalau beg yang bertangkai tu boleh dapat dalam RM10 ke RM 30 satu.



seterusnya kami dihidangkan dengan buah-buahan tempatan sambil dihiburkan dengan nyayian tradisional. yang ni pun ada dalam pakej ye.
  
akhir sekali akak dapat merasi pengalaman menaiki sampan di sungai mekong yang dikayuh oleh 2 orang perempuan VIETNAM. Jaraknya lebih kurang 2 KM.
kalau nak mengikuti trip Sungai Mekong ni memerlukan masa yang panjang oleh itu rancanglah perjalanan dengan baik. Akak memang peruntukkan 1 hari untuk lawatan ini. 

Nak shopping apa kat VIETNAM?.
Syurga  membeli belah untuk kaum wanita. Rata-rata yang datang sini memborong telekung,  tudung, kain lace, baju siap . Harganya memang jauh lebih murah cuma kita mesti pandai memilih kualitinya.  Akak macam biasa tak lah banyak membeli sebab bukan kaki shopping. Puas cari gambar ..rupanya terlupa nak snap gambar ketika membeli belah.  

Secara keseluruhannya bawa RM1000 dah cukup untuk ke VIETNAM ni ..boleh shopping lagi dan jika sekadar nak pergi membeli belah anda tak perlu pun gunakan agent...

ok.harap perkongsian kali ini memberikan idea untuk anda yang nak melancong ke Vietnam....
bye... 


COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...