Tuesday, February 15, 2022

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahnya bila mula dah boleh merentas negeri maka bermulalah semangat untuk meneruskan penerokaan alam... yeaaa.. dah boleh travel. 

27/11/2021 ..Kali ni sis ikut hubby menjelajah dengan motornye.... memang sukar nak ubah cara sis yang suka travel  dengan flight kepada berjam-jam atas motor . Tak cuba tak tau kan. 








Yamaha X Max menjadi pilihan antara beberapa motor yang hubby ada ...kalau nak bawak sis travel jejauh ni tau...selesa n boleh jadi MEM kat belakang...


Perjalanan santai kami bermula daripada rumah jam 4.15 pm . Target kami ke Cameron Highland ..oleh kerana sis tak yakin dengan diri sendiri sejauh mana sis mampu untuk membonceng di belakang ni.. jadi kami tak tempah hotel di Cameron Highland awal. 







Hentian pertama kami... Dengkil Utara..minum sat....

dah nama pun perjalanan santai jadi kami tak target masa untuk sampai....



Perjalanan sejauh 298 KM melalui Simpang Pulai  bermula dengan baik sekali. Ride santai so sesuka hati kami nak berhenti di mana untuk berehat . Cuaca pun tak panas , angin sepoi -sepoi bahasa aje.. kereta pun tak banyak di jalan raya. 



Punyalah happy mamat ni kalau dapat Ride.. hentian pertama kami  R&R.. sis takut-takut gak nak singgah...al maklumlah bukan tau pun sapa yang bawak si covid tu kan...apa pun jaga SOP..



nampak jauh sayup-sayup macam langit mendung nak hujan.  kami berhenti  untuk pakai baju hujan.  bermulalah sis pakai berlapis-lapis...


hai


teruskan perjalanan meredah hujan ke R&R Tapah...





menu Dinner kami di R&R Tapah


Hampir 1jam kami mengharungi hujan lebat yang tersangat lebat ..sampai lah di R&R Tapah.. Ok confirm kita akan naik terus ke cameron memandangkan hari dah pun malam kira -kira jam 8 masa tu. Sis buka Agoda dan tempah bilik di Copthorne  Hotel, Brincang. 





Lega bila dah masuk Tol Tapah...tiba -tiba.. taraaaaa.. laluan ke Cameron Highland di tutup sebab Tanah Runtuh....  Alamak.. nak teruskan ke tak.. sebab..... kalau nak ikut Simpang Pulai jauh lagi ni... 
Ting tong ting tong akhirnya kami buat keputusan jommmm kita redah hujan dan ikut Simpang Pulai..alang alang dah sejauh ni....
Sis ikut jelah dengan hati berbelah bahagi... takkan nak tinggal...

Perjalanan dari Simpang Pulai memang satu pengalaman yang tak dapat nak di ceritakan.. meredah hujan lebat, jalan gelap dan kenderaan hanya sebiji- sebiji aje lalu. Hati sis ni dah teringat kat anak -anak di rumah. Macamana dengan anak-anak kalau terjadi apa apa kat kami.. aduih tiba tiba timbul rasa sesal.

Hubby pulak.. nampak enjoy bukan main meredah malam tu.. siap tunjuk situ tunjuk sini.. menikmati pemandangan yang kononnya menakjubkan dan cantik... sis kurang faham sebab Gelap aje yang sis nampak...

Sesekali kami terserempak dengan motor orang asli penduiduk tempatan di area ni.. bermotor tanpa lampu..

Selekoh demi selekoh.. perjalanan meredah Simpang Pulai untuk sampai ke Cameron Highland ambil masa hampir 3 jam ..perlahan .. serius kalau ajak sekali lagi lalu waktu malam.. sis memang tak akan ikut.. serius sangat takut..

Macam-macam kat benak fikiran ni yang terbayang. Peluk cik Hubby  rapat rapat ... TAKUTT... sesekali pejam mata bila kat depan tu gelap sesangat hanya pakai lampu motor je..
Kalau ada kereta yang lalu sekali.. sis rasa lega.. tapi ada kalanya terbayang cerita .. kereta MISTERI cam yang sis baca perkongsian tentang  Jalan KARAK LAMA. Sebenarnya tak putus-putus kat mulut ni  ..baca aje apa-apa ayat yang terlintas sebagai pendinding diri kami. 

Apapun kagum dengan mat motor kental... cik hubby sayang.. dia nampak tenang aje..

Keadaan hujan yang lebat membuatkan perjalanan kami terpaksa perlahan dan berhati-hati. Itu lebih baik daripada tergesa -gesakan.





Akhirnya jam 11.39 malam kami sampai di hotel.. punyalah lama perjalanan santai ni....sejuk pulak tu kat puncak Cameron ni...

🌘☀

basah Kuyup... 

Walaupun hadapi rintangan hujan dan basah kuyup sis rasa enjoy trip pertama ni...

susana malam di luar hotel ..Sejuk youuuu
mulalah sis feeling ala-ala kat oberchee...hilang  ketakutan tadi....

....................................TIDUR KELETIHAN........................

hari ke 2 :


Suasana di Hotel pagi hari.....








Pagi ni kami rancang nak ke ladang BOH Sungai Palas.. nak menikmati pemandangan indah Ladang Teh.. kalau cik abang dia nak melayan jalan berlengkok - lengkok tu....



Perjalanan mencabar kembali... banyak tanah runtuh berlumpur sepanjang jalan... ada kalanya berselut tebal.. tayar motor tak yah story leeee... memang bersalut .....apa pun pemanduan kena cekap dan hati -hati . Jalan licin bila-bila masa boleh tumbang motor ni.. sis agak risau gak.. bila melalui jalan yang sangat sempit... 


Alhamdulillah akhirnya sampai di Ladang Teh BOH .. teruja melihat bumbung rumah pekerja yang bersalut lumut.. teringat masa di Hobbitan Matamata , New Zeland....



Ada sebuah sekolah di sini.....

Di area sekolah ni ada parking lot untuk menempatkan kenderaan.. toilet awam pun ada...


My Hero....

Nun jauh di belakang kita perlu menaiki tangga untuk menikmati pemandangan luas terbentang Ladang Teh Sungai Palas ni.
Sebenarnya kalau tak nak berjalan kaki ada di sediakan kenderaan ke atas. 



Mulalah sis feeling Honeymoon..




 

Gambar dah cantik dah,,mata lak terpejam...





target sis  kalau ke sini nak makan Scone dan minum teh segar panas-panas... nyaman ...



menikmati menu drp teh... sis lupa part ni..sis ke hubby yang belanja....








ini bukanlah kali pertama kami ke sini so tak delah excited na nak bergambar....










Jom gerak keluar .....




Destinasi seterusnya balik ke Hotel dan Check Out..


area hotel...

Hubby kata jom kita makan dulu kat area depan hotel ni.... 


Serius menyesal ......... tak sedap..........
 sooooo......


..ke nasi lemak  Strawberry .......di Tanah Rata....
kalau g Cameron ni tak sah kalau tak makan kat area Tanah rata yang famous dengan scone  dan nasi lemak strawberry tau...



dah mula hujan renyai.. sis berdoa jangan lah lebat..tak sanggup nak kuyup pula perjalanan balik ni...




sampai di Tanah Rata.. tak  jadi...makan nasi lemak.. rasa perut dah kenyang lak... scone strawberri aje lah



sedap sesangat..order lagi 1 set..lupa perut dah kenyang....................









Selesai menikmati scone kami ambil keputusan untuk balik ...jam menunjukkan pukul 2 petang dah...cuaca pun nampak baik....sis berdoa agar kami tak di duga dengan hujan lagi....


Rupanya panas tak sampai ke petang ..hujan turun lagi..semakin lama semakin lebat ketika kami menuruni Cameron..sis redha..




Berhenti sarung baju hujan 






 berhenti sekali lagi bila rintis hujan semakin menebal... pakai pula sarung untuk kasut ..nak elakkan kasut basah..







sambil ni sis nyanyi lagu filem Sembilu.. mulalah teringat cerita awie n erra tu...





Berhenti selepas tol.. lepaskan dahaga dalam hujan lebat.. kalau tak ada stock air...  menganga mulut tadah air hujan boleh aje.....hujan memang lebat masa ni...dah basah kan takyah lah pikir nak cari tempat berteduh...


kami meneruskan perjalanan balik..dalam hujan lebat ..sekali sekali kedengaran guruh dan kelihatan lintasan petir.... 







Alhamdulillah kami selamat sampai jam 10.22 malam dengan jumlah perjalanan pergi balik sejauh 739.2 kilometer......

satu perjalanan yang menjadi kenangan indah buat sis dan hubby.... 









No comments:

Post a Comment

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...