Saturday, November 11, 2017

COLMA TROPICALE - PERCUTIAN KELUARGA

Assalamualaikum....kali ni akak nak share percutian kami sekeluarga ke Colma Tropicale ..kat Malaysia you..tapi macam kat obersea...kali ni kami bercuti bawa mak akak bersama...percutian kali ni tak lama..2 hari je ..
Bersempena aniversary akak n Husband kami kira-kiranya celebrate kat sini lah....

 Akak booking bilik tru booking.com.. harga bilik yang akak booking on line RM350.00 tapi yang tak bestnya sampai kat Colma Tropicale ni hampir 2 jam menunggu nak dapatkan bilik..entah kenapa bilik x cukup  ..ni yang akak nak marah ni....punyalah ramai orang...kat sini akak dah frust...spoil mood melancong kami...

aniq bukan main gembira...

makanan kat atas bukit ni memang gila mahalnya....harga macam tak masuk akal..so kepada sesiapa nak datang ke sini bawaklah air, jajan n bekal roti bagai banyak-banyak...hakak memang ke mana aje bawak piuk nasi..bagi meal yang wajib tu masak je sendiri. hanya sekali je menikmati makan kat hotel beramai-ramai .nak save budgetlah katakan...takkan nak habiskan  duit dek makan jekan...

tapi suasana yang sangat cantik dengan bangunan yang klasik menghilang
kan kemarahan akak tu...
sabar jelah..

nak jadikan cerita bila dapat bilik...kecik pulak..hanya ada 1 katil..mana mak nak tido..oklah husb akak g ambil bilik baru..
cantik sangat ..

mesti nak bersempit-sempit mereka ber4 ni....

kami berhabis untuk 1 malam Family room ..RM520 semalam..haa kau ...tapi alhamdulillah bilik nya ada 2 satu di bawah n satu di tingkat atas....so far so good boleh lah...tapi semalam aje tau.....ni kira dah over budget ni...sib baik bawak periuk noxxa ....


suasana tempat makan di bawah hotel ..kami duduk 21 jam lebih makan sarapan ....makan segala yang ada...baru bebaloi bayar RM39 pagi tu untuk sorang....


Add cmakanan memang sedap......ulang berkali kali sampai muak...

tengok kat pinggan tu.....




Apa aktiviti disini?sejujurnya akak nak bagi tau..semalam sudah memadai kalau nak stay kat sini...tak banyak apa pun nak di tengok...tapi kalau datang betul-betul nak lari daripada kesibukan kota..boleh duduk lama-lama...














































































Monday, October 30, 2017

Korea lagi oktober 2017 -Autumn season part 1- Seoul

Alhamdulillah..rezeki kali ni nak tengok autumn lak kat korea. Kali ni akak g bersama kawan kawan gurgil ..actualy mak orang n   2 dara masih kosong.. nak ke ?



Kali ni akak nak memburu keindahan alam terutama melihat sendiri daun mapel kekuningan di dahan dan bertaburan daun daun yang konon ei sangat lah cantik. Perjalanan Oktober ini memang agak mencabar, akak langsung tak ada masa nak prepare macam selalu. Packing pon main hentam aje..banyak keperluan tak sempat bawak.


Kenapa akak kata mencabar?. Tiket lambat beli.. rasa cam dah beli rupanya tak beli..???? bila nak beli..mak aiiii...3 kali ganda harganya..tak boleh jadi. Akhirnya akak buat keputusan naik MAS under family MAS trip  RM63 ke Kota Kinabalu. Ni mak teh Syaza tolong belikan...tq Mak teh..jangan berhenti ye drp MAS airline...
Nak jadikan cerita kekalutan.. flight daripada Kota Kinabalu ke Incheon airport jam 12.45 malam 14 oktober 2017. Memandangkan akak masih kojo so akak lewat check in kat kaunter stanby ...so x dapat flight jam 5.40 ...berpeluh jap..RM63 hinggit tu tak po..ni yang kat Easter Jet ke Seoul..boleh domam kalau terlepas...merayu buat muka selamba kat kaunter...please darling tolong akak masuk next flight to KK Sabah jam 6.30 petang.....
akhirnya.......tiket ku......

Akak nekad naik je flight akak nak tdo 2 jam 20 minit. tapi akak hanya mampu merancang..tertekan lak movie Gifted..langsung le sampai Kota Kinabalu...aduhai..ngantuk you.

Dah hampir 4 tahun akak tak ke Sabah.. macam dah lain airportnya. penuh dengan Korean...confuse akak.. aku ni kat mana?. ...
Pusing punya pusing dari jam 9.45 mlm di airport KK akak akhirnya redha yang tak ada apa apa menarik minat .

Tiba-tiba teringat insurance tak boli lagi...ha kalau kita gomen servent.. nak g luar negara 1 kali  setahun je cover insurance. Travel... yg lain kalinye boli sendiri ye. So akak ambil  Insurance untuk 10 hari..axa travel-insurance‎ (klik)

Jam 12.40 berangkat le akak ke Incheon Seoul Naik Easter Jet.. semuo ei Korean dlm flight ni..akak sorang je muslim.. sah sah makanan tak halal..tapi akak dah makan dah sebelum tu..so tido le apa lagi...bangun bangun dah nak sampai...
Sebelum turun pastikan isi declaration form tau ..kat Korea ni tak le ketat sangat berbanding Australia.. tapi jujur declair apa yg bawak...n isi arival card untuk imigration check..
Jam 7.15 pagi waktu Korea akak pon sampai...mak aiiii.. ramainya manusia pergi korea kali ni... satu jam beratur kat kaunter ...akak dah letih ni.


Ni le team akak meronda Korea kali ke 3 ni...mereka sampai jam 5 petang..kematu akak menunggu kat airport Incheon..ada sesuatu terjadi...beg salah seorang daripada kami pecah.....so panic kejap...
Akak ambil keputusan untuk naik teksi aje ke penginapan memandangkan kesukaran kak nani nak mengheret begnya nanti...kos W90000 jumbo taxi
kali ini akak menyewa di Central Apartment..dalam 5 minit berjalan kaki dari Seoul Station Exit 15...

 Kalau nak tau temapt menarik di Seoul boleh rujuk trip akak yang lepas. ... 

Nami Island - cara nak  ke Nami Island anda boleh refer kat page travel akak bersama family sebelum ni  ada akak terangkan. Suasana kat Pulau Nami ni masih lagi awal Autumn.. sikit sikit aje daun yang bertukar warna..kecewa sikit akak  ni...


akak ke pokok mapel ?

unik daun daun kering di kumpulkan oleh pekerja membentuk imej hati... tuuu..perasan feeling sayang menyayang le tu..




Kak Nani  - sentiasa maintain bila bab ambil gambar

Di Seoul kami memang merata tempat ambil gambar beribu  tak mampu akak nak share so akak belanja gambar aje ye..

bab makan .. ni juara.. semua boleh... sotong kurita kot yang sia Amalina ni makan...


kak nani....

Akak suka gambar ni...... Kak nani tu pakai baju maharaja

Hanbok- pakaian tradisional wanita Korea.... Free ye 



Trick eye muzeum and Ice Muzeum









Namsan Tower
Kunci tanda penyatuan dua hati...cewah...


dapat pakai hanbok free sekali lagi - Namsan Tower ...




Masjid Al-Fatah


Kami ambil kesempatan di bumi Seoul ini menunaikan solat di masjid Al Fatah yang terletak di Iteqwon...

Makan di Muree restoran yang terletak di Iteqwon.



ketika di Seoul ni kami memang betul-betul menguji keupayaan kaki masing-masing...kami menjelajah sampai dah tak mampu angkat kaki ,.......Shopping di Myeondong, Dongdanum, Nandenum...sampai tak ingat perjalanan kami masih berbaki 5 hari,,,,


4 hari kami di seoul  dan kami terbang ke Jeju Island dengan menaiki flight Jeju air di Gimpo airport.

nanti akak sambung lagi ye......bye

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...