Wednesday, January 9, 2019

Macam mana jalan jalan tanpa tour guide ke Ho Chin Min Vietnam






Salam
Penulisan kali ni akak nak kongsi bagaimana akak g ke Vietnam sendiri tanpa tour guide. Fokus penulisan ini adalah di sekitar District 1 ..tempat haven orang pompuan .....

First you all kena pastikan passport anda masih valid 6 bulan drp tarikh penerbangan.

Tiket penerbangan Ho chin Min Vietnam mudah aje nak beli. Akak seselalunya akan layari web Skyscanner dan cari tiket yg bersesuaian.

Macam biasa akak akan booking bilik dulu melalui Agoda.com. Hotel pilihan akak ialah di
 District 1. Saigon Pink 2 atau Saigon Spakle hotel.

Tapi Saigon Pink 2 hotel paling sesuai sebab terletak berhadapan dgn kedai makan halal dan berada di lorong Malay street gelarannya. Di  lorong yang sama juga ada beberapa hotel lain..bandingkan harga yang sesuai dgn anda.

Di Vietnam kita tak perlu tukar banyak duit dong coz urusniaga banyak dijalankan dgn duit RM. Akak hanya tukar untuk makan dan bayaran teksi sahaja. Teksi dan hotel juga boleh di bayar dalam USD.

Aktifkan pengeluaran ke luar negara kad bank anda.. Just in case perlu keluarkan duit.
Akak selalu buat on line aje untuk aktifkan kad Maybank melalui Maybnk 2u.

Jangan lupa ambil travel insurance..akak selalu beli online aje AXA travel insurance

Jalanan ke Ho Chin Min ambil masa dalam 1 jam 50 minit. Penerbngan yg pernah akak guna untuk ke Vietnam ialah Air Asia dan MAS.

Dari Klia ke  Than Son Nhat Internasional Airport adalah destinasi penerbangan akak bila nak ke Ho Chin Min, Vietnam.

Kenapa pilih Ho Chin Min ..sebab kat sinilah tumpuan rakyat Malaysia untuk shopping.

Macamana nak bergerak sendiri ?

Selesai urusan imigresen  ambil luggage dan keluar drp pintu airport sebelah kanan anda akan nampak deretan booth untuk menyewa teksi. Teksi drp airport ke District 1 dalam 200,000 dong dong untuk 1 teksi..kalau balik dalam 150,000 ke 160,000 1 teksi. Hati hati ketika nak sewa teksi..Jangan sampai kena tipu..buat macam anda dah biasa ke Vietnam..jika tidak mereka akan akan letak harga yang tinggi.




Boleh juga anda ambil teksi sendiri .tapi kena jalan sikit keluar drp airport dan ambil teksi Vinsun...yang ni ni akak x pernah buat.
Atau nak lagi murah..naik bas ..dalam 0.80 sen aje.





Akak  akan beli sim card di booth di luar airport sbb rasanya lebih murah. Harga sim card dgn unlimited internet dalam 200,000 dong.

Pastikan anda print atau simpan alamat hotel..so mudah .Just tunjuk alamat tersebut semasa urusan sewa teksi dan tunjuk juga alamat pada pemandu.

Sampai hotel berurusan dgn awek vietnam kat kaunter..Tunjukkan resit bayaran atau no booking bilik yang anda dah tempah.

Kalau nak jalan jalan ke Sungai Mekong dan lain lain tempat perlancongan....

Di pintu masuk Saigon Pink 2 Hotel ada kaunter travel agent....AMIN Travel..ni sangat recomended coz trip ni diuruskan oleh Muslim..so makan pun di tempat halal.
Pakej ke Mekong 1 hari dalam rm55 seorang.. kalau nak 2 hari ,3 hari punya pakej..deal aje dgn mereka. Sangat mudah.
Kenderaan bas atau van akan ambil anda seawal jam 7.30 pagi untuk pergi jalan jalan ye..senangkan.

Di sebelah Hotel Saigon Pink 2 ada banyak kedai menjual kain dan pakaian yg dikendalikan oleh orang islam.
Di sini juga dekat nak le Benth Than Market.Benth Than Market di buka mulai jam 6 pagi hingga 6 petang.


 Kedai makan halal juga berada di lorong ini.
Akak suka makan di AMIN Restoren..mee soupnya sedap..try ye soup kat Vietnam ni..di hidangkan sekali dgn ulam ulaman.







Pagi-pagi di di lorong ini dalam jam 7.30 ada seorang pak cik yang berniaga nasi lemak dan bingka ubi dgn motor...try bingka ubi nya..terbaik..RM4 sebekas.




Sebelah malam.Bermula jam 7.30 malam akan ada pasar malam di lorong hotel dan di lorong bersebelahan Benth Than Market.

Bolehlah menikmati kopi  vietnam yg sedap sangat. harga RM3. Bayar pakai duit RM aje.
Ada kebab sedap tau kat depan hotel bila bila malam..jangan lupa try ye.

Macamana nak keluarkan duit di ATM mesin.

Di lorong sebelah  belakang deretan kedai makan halal  ada 1 mesin ATM HSBC .Berhampiran dgn 7 eleven.
Boleh keluarkan duit di sini..tapi duitnya keluar dlm dong vietnam ye.
Kalau x silap akak charge pengeluaran tidaklah mahal dalam rm10 aje setiap kali pengeluaran.


Urusan teksi ketika balik

Minta aje hotel tempat anda tinggal call teksi. Harga standard antara 150 ,000 dong ke 160,000 dong untuk 1 teksi. jarak antara Distreet 1 ke Airport adalah 30 minit.. kalau jem..sampai gak ke 1 jam.so rancanglah perjalanan anda.

Berat luggage

Bila dah nak balik baru ingat pasal berat beg ye...
kebanyakkan hotel di area ni memang menyediakan timbang untuk anda timbang beg. kalau berat berlebihan macamana ?
Bayar di kaunter check in airport untuk luggage atau poskan . pos mengambil masa dalam 3 ke 4 hasri untuk sampai ke Malaysia.

mudah kan nak jalan sendiri.....

ok semoga membantu.................























No comments:

Post a Comment

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...