Thursday, December 14, 2017

New Zealand- NOVEMBER 2017 -sambungan

Assalamualaikum, akak sambung lagi penulisan perjalanan kami ke New Zealand ye...

Lake Rotorua 

Cuaca di lake Rotorua ni sejuk sangat..so akak tak banyak bergambar di sini..rela duduk dalam kereta..Sementara tunggu cik  abang , mak teh n cik cik puas posing sana sini...jom layan gambar


seluas mata memandang..nyaman aje...






destinasi seterusnya ialah  Kuirau Park tempat geo thermo yang sentiasa mengeluarkan asap. seluruh kawasan berbau sulfur...kalau terjatuh le kat dalam tasik yang menggelegak tu...masak oooo











cuba perhatikan kat celah pokok tu..ada seekor kucing yang setia kat kawasan tu....
Memandangkan hari semakin gelap dan kami tak bercadang untuk bermalam di Rotorua ni maka kami pun bergeraklah pulang ke Auckland. Tapi....mana mungkin nak patah balik secepat itu kan.. maka kami pun singgah le di cabel car dan  MITAI Mouri Village di Rotarua ni . Hanya sekadar untuk bergambar kerana tempat- tempat ni telah pun tutup...




masa kami datang ni show dah pun setengah jam bermula dan kaunter telah tutup...ambik gambar kat luar aje ye




ni pula  kalau nak naik cable car ...boleh melihat pemandangan keseluruhan Rotorua daripada udara...



Agenda yang tak mungkin di lepaskan..siaplah ye NZD mengalir dengan pantas untuk yang satu ni... Countdown ..supermarket  yang banyak terdapat di NZ ni...


macam-macam jenis masakan ada...

rasa nak pengsan tengok harga coklat kat sini...murah you..tengok le troli akak tu....antara sedar dengan tak aje akak ni...ingat Malaysia ke kak oiii...

akak nak tujukan ayat ni pada cik abang tersayang..harap-harap dia bacalah blog kali ni.....sebab satu kelebihan my lovely hubby ni..tak pernah kata tak kalau bab akak nak shopping.....


"next time kalau kita kat oberchee bang..please please lah.. sekat wife you ni daripada memenuhkan troli nak beli itu ini..."


yogert ni akak beli tau ..gilos sedapnye..anak -anak suka sangat...siap akak ckp nanti mama beli lagi tau..uppsss...

ni cheess... sangat sangat lah murah 9.90NZD untuk 1 KG... memandangkan kami 1 family memang makan keju dengan banyaknya ..apa apa nak letak keju...so akak tak lepaskan peluang untuk membelinya...


mana satu nak pilih ni ???...bang i ambil semua ye....!!!!!!

ha..ni mesin self service key in barang yang di beli n bayar ..samada guna card atau cash kan dlm mesin. Ini menunjukkan integriti tinggi masyarakat mereka.

Pieha Beach

Akak rasa sangat sangat jatuh cinta kat pantai ni..kalau you all ke Auckland jangan lupa ke sini ye... cantiknya pemandangan di Pieha Beach ni..rasa tenang, nyaman, udara segar sangat. Perjalanan yang berlekuk-lekuk menuju ke Piha Beach ni memerlukan pemandu yang cekap dan berani. Jalannya agak kecil dan sunyi. 

Mulalah sesi posing sana sini...agak lama juga kami menghabiskan masa disini untuk melihat matahari terbenam. Jom layan gambar..

indahnya suasana matahari terbenam










Iklan shawl Quleen Collections

pasir hitam di Pieha Beach










kalau nak beli shawl  cer pergi le Koleksi Quleen ..FB atau insta..Quleen Collections...



macam nak lama-lama kat sini tapi hari semakin gelap..jom le balik bang....


ok nanti akak sambung lagi ye....












Tuesday, December 12, 2017

NEW ZEALAND - DAY 1 - NOVEMBER2017


 November 2017  akak n husb bertolak ke Auckland, New Zealand dengan menaiki pesawat MAS. Mak Teh Syaza merupakan salah seorang kru bertugas pada penerbangan kali ini. memang kami telah maklum sebelum ini jadual bertugas mak teh supaya kami kenyang kat dalam flight....10 jam perjalanan tu....opss..lupa lak si cilik Zulaika ada sama..kami panggil cik cik...
Perjalanan singkat akak kali ini semata-mata nak dapatkan gambaran bagaimana kami nak menjelajah New Zealand bersama 4 boys one day nanti...kira macam persediaan awal le...tengok-tengok tempat dan cara melancong  kat sana.


       Macam biasa.. booking tiket waiting list...so berdebar-debar le menunggu nama di panggil.... alhamdulillah dapat tiket...
Penerbangan daripada KLIA International Airport ke Auckland ialah 10 Jam. Direct flight tau... 
Pertukaran matawang ketika ini 1 NZD bersamaan RM2.79.

Bersama Mak Teh Syaza

NZD



kejap-kejap menjengah skrin perjalanan ...lama lagi k nak sampai ni...
makan dan makan dan makan --penerbangan dengan MAS 10 jam ye...

Kami bertolak pada jam 7.00 pagi dan sampai di New Zealand pada 12.00 malam waktu di sana. Jarak masa antara Malaysia dengan New Zealand ialah 5 jam.
Sampai di airport macam biasa kena declair everything yang dibawa pada declaration form.Peraturan membawa makanan ke negara ini agak sulit. So akak just bawa meggi aje...takut juga bila anjing pengesan tu dekat dengan akak...takut terkena air liur nye kat beg akak ni...satu perkara lak nak menyamaknye..cerita pasal anjing pengesan kat immigration ni..besarnya ....seram..

Selesai urusan di immigration, kami pun keluarlah daripada airport. Di Auckland kami akan menginap di ........hotel. Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi..apa cara nak ke hotel ni. So tanpa buang masa akak ke kaunter pertanyaan...tutup... mak teh Syaza dah bergerak ke hotel dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak MAS.. kalau ikutkan hati nak je tumpang bas tu tapi kami agak lewat keluar daripada immegresion check tadi...

Kami masuk ke salah sebuah kedai car rental dan mohon bantuan pekerjanya untuk menghubungi hotel kalau  kalau ada kenderaan yang boleh ambil kami....tiada katanya..kami dicadangkan oleh pihak hotel untuk menaiki bas. Jam dah menunjukkan pukul1.50 pagi..

Akhirnya kami ambil keputusan untuk menaiki bas berwarna kuning yang dikatakan beroperasi 24 jam membawa penumpang yang akan menuju ke beberapa hotel yang berhampiran dengan airport. 

Keluar pintu airport dan menyeberang jalan , dan kita akan nampak tempat menunggu bas . Bas berbeza warna menuju ke destinasi yang berbeza. Untuk membeli tiket bas , kita perlu sediakan duit syiling dan beli di mesin yang terletak berhampiran tempat menunggu . Akak  pun try n error lah ...akhirnya berjaya dapatkan tiket dengan harga 6NZD..so 2 orang 12NZD.
Alhamdulillah kami berjaya sampai ke .hotel.
Dalam kepala ni tak ada fikir lain selain nak meluruskan badan ..bayangkanlah 10 jam duduk.....selesai solat akak pun tidur......mesti rehat sebab esok nak mulakan perjalanan yang agak jauh daripada Auckland.
ni le hotel kami menginap 



suasana ruang lobi Naumi  hotel





Day 1
Memandangkan kami belum lagi mencari kereta sewa untuk berjalan maka bermulalah pagi yang agak tak tentu hala....misi kami mencari kereta sewa semurah yang boleh..
Di hotel ini ada menyediakan perkhidmatan menghubungi kereta sewa tapi kami agak keberatan apabila kereta tersebut macam mahal aje...ok  cari sendirilah...so kami ambil keputusan untuk ke airport.. sebab semalam rasanya macam banyak aje kedai sewa kereta kat airport tu...


Naik bas kuning ke airport 6NZD ..bayar tiket di kaunter hotel.

Rupanya habis dah kereta sewa kat airport ni yang tinggal hanya yang mahal-mahal aje...pastu kena letak deposit lak sampai beratus NZD....akhirnya mak teh Syaza menghubungi LETZ rental...
sambil menunggu van LETZ jemput kami....untuk di bawa ke center ambil kereta ..kami ambil kesempatan possing possing di luar airport.. suasana sejuk pagi ni.. tapi cahaya terang.




Berurusan dengan Juli dan taraaaa.. kami dah dapat kunci... sewa kereta selama 2 hari. kalau nak berjalan kat New Zealand ini elok le kita sewa kereta sebab perjalanan untuk melihat tempat menariknya agak jauh. Kereta sewa ni dah siap-siap diisi minyak penuh, tapi ingat bila kita pulangkan semula mesti penuh juga minyaknye ye.
semasa mengisi borang sewa kereta kita perlu juga mengisi form yang mana mereka akan minta no kad kredit kita..manalah tau kot tiba tiba ada yang tak kena dengan kereta maka mereka senang le nak charge ....pastikan ye sebelum kita start perjalanan dengan kereta sewa..kita dah benar-benar check keadaan kereta tu..calar yang dah sedia ada dan sebagainya...nanti kalau tak memang dia kata kita yang buat......nanti dihujung penulisan ni akak akan ceritakan pengalaman pahit kami ...
nilah kereta sewa kami

Memandu di NZ ni takle payah sebab sama aje macam kat Malaysia..cuma jalannya akak kecil dan dikatakan mereka sangat le ketat undang-undang kelajuan memandunya. Oleh kerana kita ni pelancong maka cik abang akak ni memandu dengan berhemah sekali. kalau tengok org tempatan mereka tak juga patuh dengan had kelajuan tu.

Destinasi pertama kami ialah Hobbiton ..tempat pergambaran Lord Of The Ring yang terletak di Matamata ..tapi sebelum tu mari kita layan gambar sepanjang perjalanan sebelum kami sampai ke destinasinya.






huby sape ni????

akak tak dapat join part yang ni.....kanak-kanak  riang ..mak teh syaza n cik cik 











Akhirnya .. sampai lah kami ke destinasi yang dituju...kami tidak berniat untuk menjelajah ke dalam  Hobbiton kerana nak nikmati memori disini dengan anak-anak  nanti...


















dah puas bergambar di pintu masuk Habbitan so kami teruskan perjalanan.........
kami teruskan perjalanan ke Rotorua. Persinggahan kedua  kami ialah di 
Rotorua.

Bab Rotorua ni akak sambung cerita ye.....

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...