Tuesday, February 15, 2022

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahnya bila mula dah boleh merentas negeri maka bermulalah semangat untuk meneruskan penerokaan alam... yeaaa.. dah boleh travel. 

27/11/2021 ..Kali ni sis ikut hubby menjelajah dengan motornye.... memang sukar nak ubah cara sis yang suka travel  dengan flight kepada berjam-jam atas motor . Tak cuba tak tau kan. 








Yamaha X Max menjadi pilihan antara beberapa motor yang hubby ada ...kalau nak bawak sis travel jejauh ni tau...selesa n boleh jadi MEM kat belakang...


Perjalanan santai kami bermula daripada rumah jam 4.15 pm . Target kami ke Cameron Highland ..oleh kerana sis tak yakin dengan diri sendiri sejauh mana sis mampu untuk membonceng di belakang ni.. jadi kami tak tempah hotel di Cameron Highland awal. 







Hentian pertama kami... Dengkil Utara..minum sat....

dah nama pun perjalanan santai jadi kami tak target masa untuk sampai....



Perjalanan sejauh 298 KM melalui Simpang Pulai  bermula dengan baik sekali. Ride santai so sesuka hati kami nak berhenti di mana untuk berehat . Cuaca pun tak panas , angin sepoi -sepoi bahasa aje.. kereta pun tak banyak di jalan raya. 


Saturday, April 10, 2021

Maggi Ketam di Port Dickson, Negeri Sembilan

 Salam lama dah tak menulis dalam blog ini. Banyak gambar dan memori masih tidak diabadikan.




Port Dickson. Siapa tahu apa ada di Port Dickson selain pemandangan yang cantik serta laut yang terbentang luas..? Port Dickson bukan sahaja cantik tapi ada banyak sangat gerai dan kedai menjual pelbagai makanan untuk kita menjamu selera. 

Hari ini, kami Ibu-ibu jatidiri menikmati keenakkan Maggi Ketam di Port Dickson. Perancangan yang kami buat seminggu yang lepas menjadi realiti. Memang hati meronta-ronta bila pasangan masing masing bagi green light untuk kami bertemu. SELF CARE cara kami.

Jam  3 petang kanda Mali dan Ju dah sedia menanti di rumah.  Mimi pula kami tak pasti. Dia yang memang menetap di Port Dickson akan bersama atau tidak dengan kekangan urusan anak-anaknya.  Kebiasaanya Mimi akan tetap bersama,  pasti jalan bengkang bengkok akan diluruskannya dengan mudah untuk sertai kami. Kak Tipah pula di Pahang, sudah pasti hanya akan kami kongsikan gambar buat hatinya meronta-ronta. 

Perjalanan daripada Seremban ke Kampung Bagan Pinang Port Dickson  ambil masa dalam 30 minit. Seronok berbual dalam kereta tak terasa langsung jarak perjalanan. Lagi seronok bila dapat perkhabaran melalui whats app Mimi dah pun sampai dan sedang menanti kami.



Kami beruntung kerana jalan tidak jem seperti kebiasaan hujung minggu di daerah ini.  Sampai  kami di warung bawah pokok kedai masih belum buka. Warung akan buka pada jam 5 petang hingga 9 malam. Oleh itu, kami ambil kesempatan ini untuk bergambar. 




Teruja dan syukur. 

Deretan bot nelayan menarik perhatian kami. Ya masih banyak tempat di Malaysia ini kami tak terokai.

Oleh kerana Warung Mee Ketam akan buka jam 5 petang. Warung ini di cat bewarna oren dan ada sebatang pokok besar menjadi teduhan pengunjung bersantai di tepi laut untuk menikmati angin laut dan pemandangan indah.

Kesempatan yang ada kami gunakan untuk mengambil gambar. 








                                    Persahabatan Kami penuh dengan memori indah







Menu istimewa yang kami order ialah Meggi Ketam , nasi goreng sea food dan sotong kunyit. Memang terbaik... sedap. Kopi  Be Yang menjadi penambah nikmat makan kami. 

Terima kasih MIMI belanja kami dalam diam. Moga Mimi di murahkan rezeki.






Seronoknya di sini. Ada tandas dan tempat solat yang bersebelahan dengan warung. Apa lagi kami habiskan masa berbual tentang kehidupan harian masing-masing maklumlah kami berempat tidak berada di tempat kerja yang sama. Setelah puas  makan dan berbual kami sambung bergambar. 


Indahnya suasana petang di sini dikala matahari mula mengundurkan diri. 













Alhamdulillah kami pulang ke pangkuan keluarga dengan satu kepuasan . Kerjaya di teruskan,  rutin harian menjadi sumber kekuatan. Moga kami dapat mengumpul kenangan indah bersama lagi.



Tuesday, March 10, 2020

ACEH 22 -25 FEBRUARI 2020 - KEMBARA JIWA SPsK HARI 1



Aceh ???? seribu satu perasaan bila keputusan mengadakan kembara Jiwa ke sana. Pertama Aceh tidak pernah ada dalam senarai perjalanan akak. Ke 2 , tempat tsunami tu..seram.  ke 3 tengah ada virus menyerang ni.. Covid-19.  Apapun keputusan sebulat suara nak atau tidak akak perlu rasional dalam membuat keputusan. Akhirnya akur dengan keputusan rakan-rakan. Objektif kami ialah nak merapatkan ukhwah antara kami memandangkan daripada 11 orang  6 adalah ahli baru.

Tiket penerbangan kami beli 2 bulan sebelum dengan harga pergi balik antara RM467 ke RM 560 pergi balik. Sudah pastinya penerbangan Air Asia menjadi pilihan sebab hanya Air Asia dan firefly aje yang terbang ke Aceh daripada Malaysia. Tarikh pilihan 22 Feb hingga 25 februari 2020.

 Imam Travel menjadi pilihan kami. Layanan yang sungguh cemerlang.

22 Februari 2020

Seawal jam 5.20 pagi kami dah ada di klia 2. Rombongan kami terdiri daripada 13 orang.




Penerbangan ke Lapangan Terbang Bandaran Aceh mengambil masa 1 jam daripada KLIA 2. Waktu di Aceh lewat 1 jam daripada Malaysia.


Ketibaan kami disambut oleh 2 pegawai daripada Dinas Kebudayaan dan  Pariwisata Aceh dan 2 orang yang mungkin jua pegawai dengan pakaian tradisional mereka. Kalungan kain selempang di leher di sediakan untuk kami seramai 13 orang.  


Begitu indah sekali budi bahasa mereka melayan tetamu.  Kami turut di perkenalkan dengan tour guide yang akan bersama kami sepanjang berada di Aceh. LUL panggilannya. Bermulalah kembara kami di bumi Aceh dengan bas parawisata yang telah disediakan, Sepanjang perjalanan LUL tidak berhenti henti menceritakan tentang sejarah Aceh dan kejadian Tsunami. Hati mula tertaut pada Aceh.
  
Aceh atau  disebut juga Acheh adalah sebuah wilayah Indonesia yang besar di penghujung Pulau Sumatera. Aceh terletak di barat laut Sumatera dengan keluasan kawasan 57,365.57 km per segi atau merangkumi 12.26% pulau Sumatera. Aceh memiliki 119 buah pulau, 73 sungai besar dan 2 buah tasik. Tasik Laut Tawar di Takengon, Aceh Tengah dan Tasik Aneuk Laot di Kota Sabang. Aceh di kelilingi oleh Selat Melaka di sebelah utaranya, Wilayah Sumatera utama di timur dan Lautan Hindi di sebelah selatan dan baratnya.Ibu kota Aceh ialahj Banda Aceh.

Destinasi pertama kami ialah di Sareng Kupi. Menikmati Kopi Aceh yang sangat sedap. kalau Kopi susu di panggil Sanger iaitu daripada singkatan saling mengerti . Kopi kosong tanpa gula atau susu pula di panggil Black Kopi.  Aceh adalah pengeluar kopi terbaik dunia. Banyak kedai kopi berjenama antarabangsa menggunakan kopi dari Aceh. Gayo di Aceh Tengah adalah kawasan penanaman kopi terbesar Aceh.






Kopi Sanger









Destinasi seterusnya kami di bawa ke Kuburan Massal di makam Siron. Sebuah tanah perkuburan tanpa nisan yang menempatkan seramai 46,718 orang korban  tsunami pada tahun 2004. Dianggarkan seramai 230,000 nyawa terkorban ketika kejadian Tsunami tersebut.

Tekun kami mendengar cerita LUL bagaimana mayat-mayat ini di kumpul dan di tanam di tanah perkuburan ini. Hati mula berdetik syukur berada di bumi Aceh ini melihat dan mendengar sendiri ujian berat yang menimpa mereka.
ketika berlakunya Tsunami ramai yang kehilangan ahli keluarga dan hidup sebatang kara tanpa tempat berlindung. kalau dikira logik akal pasti ramai yang akan mengalami gangguan jiwa di sini. Namun menurut LUL rakyat Aceh bangkit dengan menanamkan dalam diri bahawa ada ikhmah di sebalik kejadian Tsunami. Menurut LUL berkemungkinan tidak terjadinya tekanan jiwa yang boleh menyebabkan berlakunya mental disorder pada mangsa Tsunami yang hidup adalah kerana mereka disibukkan dengan aktiviti mengumpul dan membersihkan kawasan persekitaran. Kerajaan Arab menawarkan 100,000 rupiah (RM30)  kepada sesiapa yang membawa mayat atau dapat mengutip mayat dan di bawa ke tempat pengumpulan. Akak belajar sesuatu hari ini.

Seterusnya kami di bawa ke Muzium Rumoh Aceh untuk menghayati sejarah bumi Aceh. Sepanjang perjalanan akak dapati Aceh ini bersih dan banyak masjid. Tidak hiranlah jika Aceh turut di gelar sebagai Serambi Mekah.

 jom layan gambar .... 






 Oleh kerana semuanya suka bergambar celah-celah tingkap pun jadi..














Sejarah Aceh di kongsikan oleh Pakcik yang akak dah lupa namanya. Bersungguh pakcik ni menerangkan.
Radhi dan Azza adalah 2 orang yang paling tak tekun mendengar..

Perut dah lapar , cadangan LuL untuk makan tengahari kami sambut dengan gembira. Rumoh Aceh nama restoran pilihan travel agent ini. Makanan tersangat sedap . Kopi sudah pasti kami nikmati untuk kali ke 2.




Di Rumoh Aceh ni ada jual kopi , teringatkan Mr. Helmi penggemar kopi bila g travel . Akak beli yang bungkusan merah tu. baunya tersangat lah sedap . Harga 75,000 rupiah .








nampak macam banyak sangat lauknya tapi 10 minit kemudian selesai semua. Safar siap tambah nasi lagi....


Air timun ni tersangatlah nikmat di minum

Makan sudah dan mengopi pun sudah. Kami meneruskan perjalanan ke Masjid Baturrahman yang terletak di tengah-tengah Banda Aceh. Cantinya masjid ni tersergam indah mengingatkan akak seolah-olah berada di Masjid An Nabawi, Madinah. Masjid ini tidak musnah ketika berlakunya Tsunami 2004.



Menurut sejarah Masjid Baturrahman direka seorang ahli seni bina Itali dan dibina pentadbiran kolonial Belanda sebagai tanda perdamaian berikutan kemusnahan masjid lama oleh Belanda semasa berlakunya Perang Aceh . Pembinaan masjid bermula pada tahun 1879 dan selesai pada tahun 1881. Masjid terlepas daripada kemusnahan besar-besaran Banda Aceh semasa berlakunya tsunami pada tahun 2004.  Dikatakan ketika ombak Tsunami melalui masjid ini airnya terbelah dua dan ianya disaksikan oleh seorang bangsa cina yang berada di atas masjid ketika itu untuk mendapatkan pelindungan. Kerajaan Arab Saudi membiayai proses membaik pulih masjid ini selepas kejadian Tsunami 2004.

Sungguh ramai pengunjung di Masjid ini . Oleh kerana kami yang perempuan berseluar panjang maka jika ingin masuk masjid kami perlu berkain.
taraa...kain yang telah disediakan oleh pihak masjid kami pakai dengan konfiden. Siap berangan-angan lagi seolah -olah sedang mengerjakan umrah. Di Masjid ini ada orang yang menawarkan diri untuk mengambil gambar dengan bayaran RM10 sekeping.Hasil gambarnya memang cantik berlatar belakangkan Masjid. Akak tak beli....


Setelah selesai menunaikan solat maka kami di bawa menuju ke Hotel Medan. 


Hotel Medan ini memang strategik lokasinya untuk pelancong. Mesin ATM ada, seberang jalan pula tempat shopping suvinior. Jangan beli di tempat lain sebab memang murah. Daripada tak beli apa-apa terus terbeli. Terbaiklah Imam Travel...

Memandangkan hasrat kami untuk berjumpa dengan mangsa-mangsa Tsunami Aceh maka kami keluar pada sebelah petang untuk ke kawasan  Tsunami yang dijadikan tempat tarikan pelancong.  Kami ke lokasi Kapal atas rumah.

Monumen Kapal di atas rumah

Kehadiran kami di sambut oleh seorang perempuan muda dan beliau menceritakan bagaimana berlakunya Tsunami di kawasan tersebut .  Tsunamai pada 26 Disember 2004 telah menghanyutkan sebuah kamal seberat 20 tan dan tersangkut di sebuah rumah penduduk di kawasan Gampong Lempulo. Rumah ini kepunyaan Misbah dan Abassiah.Kapal ini sepanjang 25m dan lebar 5.5 m di perbuat daripada kayu. 


Ditempat ini ada menjual buku-buku kisah benar perkongsian mangsa Tsunami. 


Akak menghampiri seorang makcik. Beliau beria- ia mengajak kami untuk masuk dan naik ketingkat atas rumah agar kami dapat melihat gambar-gambar yang di pamerkan. Makcik ini tak banyak berbicara tetapi raut wajahnya menampakkan kesedihan dan keperitan jiwanya. Tidak langsung ada senyuman dalam bicaranya. Berlinang air mata bila mak cik ini berkongsi cerita tentang bagaimana dirinya dibawa ombak ketengah laut dan di daparkan ke tepi pantai yang penuh dengan mayat dan timbunan kayu kayan yang pecah. Ini benar-benar menginsafkan kami. Erti Kembara Jiwa makin dihayati. 




 Makcik ini menunjukkan tempat dimana beliau di jumpai dan diselamatkan oleh pasukan penyelamat

Senyuman yang membawa seribu erti 


Seterusnya kami di bawa ke tepi laut berhampiran dengan Jeti Ulee Lheue untuk menikmati suasana petang di Aceh. Keadaan anak panas tetapi keterujaan kami melihat laut terbentang luas memadamkan rasa panas tersebut. Hari ini laut agak bergelora maka kapal ke Pulau Sabang tidak dapat meneruskan perjalanan. 


Maghrib telah pun tiba . Kami mengambil kesempatan sembahyang di Masjid Baiturrahim  Ulee lheu. masjid ini dikatakan Masjid Ajaib kerana masih berdiri kukuh semasa kejadian Tsunami sedangkan bangunan disekitarnya habis musnah. Ianya  terletak di tepi pantai . Masjid ini mengikut sejarahnya telah dibina pada abad ke 17 lagi dan pada ketika itu bangunanya di perbuat daripada kayu. Kerja-kerja membaikpulih struktur bangunan telah beberapa kali dilaksanakan dan pada tahun 1922 ketika penjajahan Kolonial Belanda telah di bangunkan semula dengan struktur bangunan konsep Eropah.


Besar sungguh kuasa Allah  dalam memperlihatkan dan mengingatkan  manusia kepadanya. Jika difikir pada logik akal, persoalannya sekukuh manakah bahan binaan ini sehingga ianya tidak ranap dek tsunami yang mengganas apatah lagi bangunan disekitarnya musnah . Inilah yang ingin Allah tunjukkan kepada kita yang hidup agar sentiasa bersyukur dan mengingati kuasanya.

 Destinasi terakhir kami pada hari pertama ini sebelum balik ke hotel ialah makan malam. Tengoklah gambar tu.Sebanyak-banyak jenis lauk di hidangkan daripada ikan, sotong, udang, ayam telur, keropok binjai, sayur dan banyak lagi. Sampai tak terhabis dek kami 13 orang. Terbaik Imam travel...
alhamdulillah........kenyang......................

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...