Sepi aje blog akak sejak akhir akhir ni..sibuk bebenar..tapi sibuk bukannya beerti akak tak berjalan..Ogos ni ada dua tempat akak pergi. 1 ke Bukit Tinggi n 1 lagi kat Sepang.
Cuti Raya Aidil Adha ni akak spend time bersama mak di sebelah pagi n sebelah petangnya akak, husb n anak anak bercuti merehatkan minda kononnya di Avani Sepang Gold Coast.
Agoda.com
Akak booked family villa melalui agoda.com sehari sebelum..harga 1 malam rujuk agoda ye..sbb berubah ubah. Akak ambil breakfast ..makan yg lain cam biasa tapau drp rumah.
Ramai org kat Avani ni ...check in kami jam 3..so lepak lepak dulu, main basikal n macam biasa kalau tak membeli tak sah budak budak ni..maka makan lah mereka Salmon Sandwich dan Tiramitsu kek..RM10.00 setiap satu...
Kat sini kalau beli makanan..mahal yaallah..air tin aje rm15.00 tak sanggup akak.
Jam 3.15 kami check in...untuk ke bilik no 711 jarak dalam 800 meter drp enterence so kemudahan buggy di sediakan untuk tetamu...tapi kalau tak banyak bawak barang boleh aje kalau nak berbasikal . Kemudahan basikal free di sediakan..tapi yg warna biru aje..yg warna lain ke sewa ye.
So...akak n aniq naik buggy bawak barang barang . Husb n akmal,afqar,adam naik basikal..enjoy betul anak anak n bapaknye ni.
Family Vila
Ok bilik ni selesa n tenang. Terletak di sayap sebelah kanan.
Jom layan gambar bilik ..
Kemudahan yg ada di family villa ni ialah 1 ruang tamu , 2 bilik berserta bilik mandi, 1 katil king dan 2 katil single, 2 balcony..memang owsem..
Suasana atas laut yg sangat le tenang.
Atap pula jerami memang le cantik..
Aktviti
Biasalah kan kalau bawak anak anak g tempat cam ni sure nak berendam.Kat Resort ni ada di sediakan kolam renang..so ni lah aktiviti pagi petang anak akak n papanya.
Akak pula ambil kesempatan g gym...
Gym terletak bersebelahan dengan kolam renang dan sambil bersenam kita nikmati pemandangan laut yg terbentang luas...tenang aje
Oleh kerana akak ambil pakej sarapan aje so tak dapat nak cerita tentang lunch n dinner ye. Sarapannya menu memang le banyak dan bermula jam 6.30 sampai 10 pagi....apa lagi duduk le situ lama lama sampai rasa berbaloi apa yg di bayar.
Di sebelah malam kami ke petunjukkan api. Tempatnya ialah di bahagian depan pintu masuk Avani...belakang restoran perahu. Persembahan di buat di tepi pantai bermula jam 9.00 malam dan dalam tempoh 30 minit. Selesai menikmati persembahan boleh le kalau nak sedekah pada mereka. Menghiburkan...
Sapa yg nak khidmat spa..ada kat resort ni berhampiran dengan kolam renang dan kedai cenderamata...jom layan gambar aktiviti kami
Kami di sini 1 malam je...pada akak cukup tu sebab x ada apa nak tengok lagi kecuali kalau kita nak jalan jalan di area Bagan lalang ni..boleh le keluar drp resort dan menuju k kedai sea food yg banyak kat sini..sampai ke tengah malam tau.
Kalau dah ready nak balik...dial aje 0 ...call for buggy jemput untuk check out....
Ok cukup sampai sini perkongsian percutian kami sekeluarga di Arvani Gold Coast Sepang.....
Bye......
Nora... Pm harga..Mana tahu kut boleh booking juga next holidays..anggaran..nak prepare
ReplyDeletedalam 800 ke 1000 semalam kak..boleh tgok kat agoda kadang kadang offer lagi murah
Deletehai..resort ni mesra oku x??guna kerusi roda
ReplyDeleteBoleh ..x ada masalah puan
DeleteSalam sis, nak tanya utk mandi di swimming pool avani wajib pakai swimwear ke atau boleh pakai tshirt biasa?
ReplyDeleteSaya tlg jwb ye.. mesti pakai swimming suit.. kalau tidak dihambat keluar.
ReplyDeleteterbaik lah
ReplyDeleteKalau kita ada 6 ord dwsa blh ke sewa yg family vila tu tp kita hanya tulis 4dwsa jr..adakah kena byr Yg lg 2org tu..
ReplyDeleteboleh je..tak de xtra bayaran kecuali kalau puan ada sekali dgn pakej makan..kena bayar tambahan m2 untuk makan
ReplyDeletePakej dya termasuk dengan makan malam x?
ReplyDelete