Tuesday, December 12, 2017

NEW ZEALAND - DAY 1 - NOVEMBER2017


 November 2017  akak n husb bertolak ke Auckland, New Zealand dengan menaiki pesawat MAS. Mak Teh Syaza merupakan salah seorang kru bertugas pada penerbangan kali ini. memang kami telah maklum sebelum ini jadual bertugas mak teh supaya kami kenyang kat dalam flight....10 jam perjalanan tu....opss..lupa lak si cilik Zulaika ada sama..kami panggil cik cik...
Perjalanan singkat akak kali ini semata-mata nak dapatkan gambaran bagaimana kami nak menjelajah New Zealand bersama 4 boys one day nanti...kira macam persediaan awal le...tengok-tengok tempat dan cara melancong  kat sana.


       Macam biasa.. booking tiket waiting list...so berdebar-debar le menunggu nama di panggil.... alhamdulillah dapat tiket...
Penerbangan daripada KLIA International Airport ke Auckland ialah 10 Jam. Direct flight tau... 
Pertukaran matawang ketika ini 1 NZD bersamaan RM2.79.

Bersama Mak Teh Syaza

NZD



kejap-kejap menjengah skrin perjalanan ...lama lagi k nak sampai ni...
makan dan makan dan makan --penerbangan dengan MAS 10 jam ye...

Kami bertolak pada jam 7.00 pagi dan sampai di New Zealand pada 12.00 malam waktu di sana. Jarak masa antara Malaysia dengan New Zealand ialah 5 jam.
Sampai di airport macam biasa kena declair everything yang dibawa pada declaration form.Peraturan membawa makanan ke negara ini agak sulit. So akak just bawa meggi aje...takut juga bila anjing pengesan tu dekat dengan akak...takut terkena air liur nye kat beg akak ni...satu perkara lak nak menyamaknye..cerita pasal anjing pengesan kat immigration ni..besarnya ....seram..

Selesai urusan di immigration, kami pun keluarlah daripada airport. Di Auckland kami akan menginap di ........hotel. Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi..apa cara nak ke hotel ni. So tanpa buang masa akak ke kaunter pertanyaan...tutup... mak teh Syaza dah bergerak ke hotel dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak MAS.. kalau ikutkan hati nak je tumpang bas tu tapi kami agak lewat keluar daripada immegresion check tadi...

Kami masuk ke salah sebuah kedai car rental dan mohon bantuan pekerjanya untuk menghubungi hotel kalau  kalau ada kenderaan yang boleh ambil kami....tiada katanya..kami dicadangkan oleh pihak hotel untuk menaiki bas. Jam dah menunjukkan pukul1.50 pagi..

Akhirnya kami ambil keputusan untuk menaiki bas berwarna kuning yang dikatakan beroperasi 24 jam membawa penumpang yang akan menuju ke beberapa hotel yang berhampiran dengan airport. 

Keluar pintu airport dan menyeberang jalan , dan kita akan nampak tempat menunggu bas . Bas berbeza warna menuju ke destinasi yang berbeza. Untuk membeli tiket bas , kita perlu sediakan duit syiling dan beli di mesin yang terletak berhampiran tempat menunggu . Akak  pun try n error lah ...akhirnya berjaya dapatkan tiket dengan harga 6NZD..so 2 orang 12NZD.
Alhamdulillah kami berjaya sampai ke .hotel.
Dalam kepala ni tak ada fikir lain selain nak meluruskan badan ..bayangkanlah 10 jam duduk.....selesai solat akak pun tidur......mesti rehat sebab esok nak mulakan perjalanan yang agak jauh daripada Auckland.
ni le hotel kami menginap 



suasana ruang lobi Naumi  hotel





Day 1
Memandangkan kami belum lagi mencari kereta sewa untuk berjalan maka bermulalah pagi yang agak tak tentu hala....misi kami mencari kereta sewa semurah yang boleh..
Di hotel ini ada menyediakan perkhidmatan menghubungi kereta sewa tapi kami agak keberatan apabila kereta tersebut macam mahal aje...ok  cari sendirilah...so kami ambil keputusan untuk ke airport.. sebab semalam rasanya macam banyak aje kedai sewa kereta kat airport tu...


Naik bas kuning ke airport 6NZD ..bayar tiket di kaunter hotel.

Rupanya habis dah kereta sewa kat airport ni yang tinggal hanya yang mahal-mahal aje...pastu kena letak deposit lak sampai beratus NZD....akhirnya mak teh Syaza menghubungi LETZ rental...
sambil menunggu van LETZ jemput kami....untuk di bawa ke center ambil kereta ..kami ambil kesempatan possing possing di luar airport.. suasana sejuk pagi ni.. tapi cahaya terang.




Berurusan dengan Juli dan taraaaa.. kami dah dapat kunci... sewa kereta selama 2 hari. kalau nak berjalan kat New Zealand ini elok le kita sewa kereta sebab perjalanan untuk melihat tempat menariknya agak jauh. Kereta sewa ni dah siap-siap diisi minyak penuh, tapi ingat bila kita pulangkan semula mesti penuh juga minyaknye ye.
semasa mengisi borang sewa kereta kita perlu juga mengisi form yang mana mereka akan minta no kad kredit kita..manalah tau kot tiba tiba ada yang tak kena dengan kereta maka mereka senang le nak charge ....pastikan ye sebelum kita start perjalanan dengan kereta sewa..kita dah benar-benar check keadaan kereta tu..calar yang dah sedia ada dan sebagainya...nanti kalau tak memang dia kata kita yang buat......nanti dihujung penulisan ni akak akan ceritakan pengalaman pahit kami ...
nilah kereta sewa kami

Memandu di NZ ni takle payah sebab sama aje macam kat Malaysia..cuma jalannya akak kecil dan dikatakan mereka sangat le ketat undang-undang kelajuan memandunya. Oleh kerana kita ni pelancong maka cik abang akak ni memandu dengan berhemah sekali. kalau tengok org tempatan mereka tak juga patuh dengan had kelajuan tu.

Destinasi pertama kami ialah Hobbiton ..tempat pergambaran Lord Of The Ring yang terletak di Matamata ..tapi sebelum tu mari kita layan gambar sepanjang perjalanan sebelum kami sampai ke destinasinya.






huby sape ni????

akak tak dapat join part yang ni.....kanak-kanak  riang ..mak teh syaza n cik cik 











Akhirnya .. sampai lah kami ke destinasi yang dituju...kami tidak berniat untuk menjelajah ke dalam  Hobbiton kerana nak nikmati memori disini dengan anak-anak  nanti...


















dah puas bergambar di pintu masuk Habbitan so kami teruskan perjalanan.........
kami teruskan perjalanan ke Rotorua. Persinggahan kedua  kami ialah di 
Rotorua.

Bab Rotorua ni akak sambung cerita ye.....

Sunday, December 3, 2017

JEJU ISLAND- DAY 2 - OKTOBER 2017

Assalamualaikum.. akak gagahkan jua menyambung penulisan  kisah kami di Pulau Jeju.  Pada hari ke 2 kami ditemani oleh Mr Kang. Orangnya sentiasa tersenyum.Akak memang rekomen lah si Mr kang ni jika you all nak ke Pulau Jeju.. dia ikut aje mana kita nak pergi dan satu kelebihan Mr Kang ialah pandai ambil gambar.

contact no Mr kang boleh didapati pada page sebelum ni.. 


Kami sebenarnya agak kecewa kerana tak dapat menikmati suasana autumn sebenar. Akak minta Mr Kang bawa kami ke tempat yang ada pokok mapel yang daunnya kemerah merahan.


Mr kang berhentikan kami di satu kawasan berhampiran kaki Gunung Hallasan memandangkan kami tiada niat untuk mendaki gunung tersebut. menurut Mr kang untuk mendaki Gunung Hallasan mengambil masa 8 jam pergi dan balik. Kalau kumpulan kami katanya mungkin 3 hari....sabar jelah.
.

 Kami diturunkan ke sini dan berjalanlah kami mencari dedaun yang baru nak menguning dan kemerah merahan. Operasi memetik daun untuk di laminate.....kata Amalina boleh buat suvenior untuk rakan-rakan di Malaysia. Save budget... betul jugak. maka beria ialah kami memetik daun daun
 

 Akhirnya dalam 5 minit berjalan kaki di satu selekoh terjumpalah  suasana autumn... puas hati ku... TQ Mr kang...



Laluan bawah tu adalah tempat mengalirnya lava gunung berapi yang membentuk seolah-olah sungai yang tanpa air...cantik sangat....

Mysterious Road 

Seterusnya kami di bawa ke Mysterious Road. Jalan yang kelihatan lurus tetapi bila kereta di matikan enjin dan di letakkan di gear nutral., kereta akan mengundur seolah-olah ada benda yang menarik. memang menakjubkan..so kami pun keluar daripada kereta. macam-macam ekperimen yang di buat antaranya menuangkan air di atas jalan, jalan mengundur , letak botol kat jalan..memang serius you..semuanya bergerak ke satu hala. Menurut Mr kang ini sebenarnya kawasan ini adalah kawasan yang mendaki tetapi  mata kita nampak ianya seolah-olah jalan yang rata..Optical illusion...subahanallah kejadian alam yang hanya Allah saja tahu rahsianya.

 Bila kami terlepas dari gengaman keluarga


Sign Board Mula dan akhir ada di letakkan sebagai tanda di mana boleh kita buat ujian kat Mysterious Road ni.




Destinasi seterusnya ialah bergambar dalam semak...ni idea Mr kang. Silver Grass ni menjadi daya tarikan di kawasan perlancongan ni..memang cantik..risau akak kot ada ular. Tapi tak nak menghampakan Mr Kang yang beria-ia suruh kami jadi model...layan ajelah.


Terus terang akak katakan..akak takut masa ni , terbayangkan kot ada ular



Sangumburi Crater nama tempat ni. Bayaran masuknya 6,000 won. Sangumburi Crater adalah sebuah kawah gunung berapi dengan lilitan 2 km, 650m lebar dan 100m dalam yang kini dipenuhi dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang subur. Kalau dilihat dari atas kawah ini seperti berbentuk stadium semulajadi.


Sepanjang laluan naik ke atas menghala ke kawah dikelilingi dengan pokok-pokok lalang. Walaupun perjalanan agak mendaki tapi seperti tak begitu terasa disebabkan dengan pemandangan sekitarnya yang sangat cantik. Ditambah lagi apabila angin bertiup, lalang-lalang ini pun beralun lembut.












Ternyata tanah hasil letusan gunung berapi ni sangat subur


  Tiada perkataan yang dapat nak akak gambarkan pada kalian tentang keindahan tempat ni...memang sangat- sangat cantik


 Kak Ruhil  ..teman berjalan, teman bershopping ,teman makan dan teman segala-galanyalah....

 subahanallah cantiknya 



Lebar senyuman Mr Kang







Kami dah lapar, bab ni akak pening sikit sebab Pulau Jeju ni susah sangat nak cari makanan halal so Mr Kang suggest supaya kami makan di salah sebuah restoran vegetarian..

mana gambar ni......???????

Perut dah kenyang bukan bermaksud kita berehat ye... jom teruskan perjalanan.  







Kawasan laut yang berhampiran dengan tempat kami makan 




S
eonsang Ilchubong : One of The New Seven Wonders of Nature.


Tempat ni memang sangat-sangat cantik. Ramai yang mendaki sampai ke atas. Agak tinggi namun satu kepuasan apabila akak dapat melihat pemandangan yang sangat- sangat indah. Di Sonsang IIchubong ni ada satu tempat pertunjukkan Women divers - penyelam-penyelam perempuan yg kategori di panggil ajuma. Mereka dikatakan menyelam tanpa menggunakan bantuan oksigen... wanita hebat yang mampu menggoncang dunia...malangnya kami sampai lewat di tempat ni show dah habis dan kebetulan juga angin sangat kuat dan laut bergelora entah ada ke tak show hari tersebut, akak tak pasti.





Akak dah naik tau sampai atas tu......







Ala-ala model gitu.....

 signboard ke tempat Women Diver 

 Gambar ni tak terang ..sabotaj ke apa ni ?.Ni oppa yang teman akak turun daripada Seongsan IIlchubong....Oppa ni pelancong juga daripada Seoul..datang sorang katanya... nak jadikan cerita..rupanya masa akak turun tu rakan-rakan sedang menunggu dengan penuh kerisauan  sebab akak naik sensorang ke atas tu.. hari pulak dah gelap.....sorry geng..i know you all love me..love you all too......








kalau hari hari ni gerenti kurus,,, yang bestnya mendaki di sini cuacanya sejuk ...tak rasalah letih sangat.



Seongup Village

Selain tempat -tempat diatas kami juga di bawa oleh Mr Kang ke perkampungan tradisional Jeju. 




 Pintu masuk rumah ajuma ...beliau dan suami memang tinggal disini..
 Cantik betul Ajuma ni...katanya umur dia dah 61 tahun ..kulit dia putih ,licin ..aduhai tertawan kami. Rahsianya ..pakai cream minyak kuda katanya....




Dapur  dulu-dulu







 Kami di beri rasa teh jeju yang dikatakan boleh mengesan penyakit melalui deria rasa kita apabila kita minum. Maksudnya rasa air teh tu berbeza-beza pada setiap orang....oleh kerana dah haus dan tehnya sejuk sedap...akak menikmatinya dengan penuh perasaan....so tak lah akak ingat apa yang disampaikan berkaitan rasa dengan penyakit tu... kalau rasa masam tu penyakit apa ye ?

 Cuba perhatikan gambar atas dan gambar bawah..ada perbezaan pada kedudukan tangan kami... kalau tak silap akak kedudukan genggaman tangan adalah simbol lambang kerjaya seseorang .... gambar atas tentera dan gambar yang bawah tu adalah para akademik..



 Bekas tanah liat yang digunakan oleh wanita jeju untuk mengangkut air..



bakul ni pula digunakan untuk meletakkan bayi ...menurut ajuma ni..perempuan Jeju sangat powerfull. Mereka akan buat banyak kerja dalam satu hari.


 Berhampiran kawasan kampung ini banyak tanaman pokok gandum..so kami ambil kesempatan bergambar dicelah-celah pokok dengan bantuan Mr Kang.






ketika dalam perjalanan kami singgah di setiap tempat yang kami rasa cantik..alhamdulillah Mr kang melayan permintaan kami...




 Mr Kang bersungguh-sungguh bantu kak Ruhil masuk semak tu..semata-mata nak ambil gambar.  kami jumpa bunga kuning ni yang sedang mekar di tepi jalan. 

 Limau ni memang sedap , tapi ladang limau tak buka pada masa ni ..kata Mr Kang November baru buka untuk pelancong...so kami curi -curi bergambar dengan bantuan Mr Kang.


 Amalina..geram le tu.. memang puas kami makan buah kat Jeju ni....

Rasa-rasanya semua tempat yang kami lawati selama 2 hari di Pulau Jeju ni akak dah kongsikan. Sebenarnya banyak lagi tempat yang boleh dilawati . Kalau gi Jeju ni eloklah kiranya pergi dalam 4 ke 5 hari  baru le lengkap...
Akak bercadang untuk ke sini lagi membawa suami dan anak-anak....nak pergi ke Pulau Udo dan gua yang akak tak dapat pergi kerana kesuntukkan masa. Sebenarnya perjalanan ke tempat -tempat lawatan yang terhasil secara semula jadi tak le mahal masukknya, cuma kalau nak pergi ke tempat melawat yang di bina oleh manusia agak makan belanja juga....
satu lagi kalau rajin drive boleh aje kalau nak sewa teksi... 

Bye...jumpa lagi..akak sambung ke Busan pula ye...

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...