Saturday, October 6, 2018

MELANCONG KE PERTH AUSTRALIA MUSIM BUNGA - DAY 1


Salam sejahtera... terima kasih baca blog akak. Cabaran betul menulis kali ni. sebenarnya perkongsian tentang Perth ini telah siap pada 21 Sept 2018 yang lepas , malangnya akak tertekan delete..delete..delete.......musnah terus

Ini merupakan percutian pertama akak ke negara Australia dan akak memilih Perth sebagai  destinasi pertama di bumi kangaroo ini. Jika anda inginkan alamat serta contact no urusan awal  akak ada kongsi di  sini
klik...
Persediaan ke Perth

Percutian kali ini akak pergi bersama kak mali,kak tipah,kak jue, mimi serta husb akak.  Group ini kami namakan Jatidiri sebabnya kami lebih suka travel tanpa tour guide tapiiiiii...cam biasa akak lah yang kono study banyak ..booked itu..booked ini ..sampai sana ..mereka pula main peranan ..memasak
Kami merancang nak ke Perth ini pada bulan 3 sebaik sahaja balik daripada Korea. Memandangkan cuti hanya ada 4 hari tapi kami nak g semua tempat yang di darat maka timbul idea untuk akak memujuk husb jadi driver kami....yeaaaa berjaya.




Penerbangan ke Perth kali ini akak menggunakan Malindo air. So far ok tak ada apa apa yang tak best.Pramugari eiii comel n seksi. sib baik husb tido sepanjang penerbangan....
Kos penerbangan akak pergi balik dalam RM1300. Agak mahal tapi oklah sebab beli last minute kan.
perjalanan ke Perth mengambil masa 5 jam dan waktu di Perth sama dengan Malaysia. So tak perlu nak adjust jam ye.
Memandangkan penerbangan kami pada hari  Jumaat dan  di sebelah malam, siangnya bekerja...sure letih gila sebab perlu  terkejar- kejar ke airport. Macam-macam berlaku pada hari nak terbang tu..termasuklah tiba -tiba tersesat di highway klia...macamanalah boleh berlaku. Sampai kat gate 3 ..kawan kawan akak dah bersila duduk ..sure dah lama tunggu...sorryyy i sesat...entah pecaya ke tak mereka...tiap bulan g airport...hhehehehe.
 Alhamdulillah check in semuanya tiada masalah maka berlepaslah kami menaiki 2 penerbangan. akak n husb dengan Malindo ..yang lain naik MAS.Dalam kepala akak ni ..duduk aje dalam flight nanti..akak nak tdo puas- puas coz sampai aje kat Perth nanti kami akan mulakan perjalanan yang panjang pada hari pertama. dah pergi pon 4 hari je kan. nak cover semua tempat di darat.. memang leee...


Alhamdulillah selamat mendarat.. kawalan keselamatan di kastam Perth memang ketat tapi jangan risau. isi aje dengan jujur declaration form yang diberi masa dalam flight. akak jujur je...tick  semua yang dibawa..jangan panik bila di suruh buka beg makanan yang kita bawa.Tunjukkan senarai makanan yang dah di buat...maka kastam tu taklah beria iya sangat nak check satu satu makanan yang akak bawak.
Husb yang ada bawak ubat dah siap-siapkan surat doktor ..just tunjuk aje kat kastam tu..everything jadi mudah .  tercari- cari juga kelibat anjing pengesan,  tak pula kelihatan...sebab awal pagikan . masih tidur agaknya.


Image result for declaration form kastam australia

Yang bawak ubat ,makanan dalam tin just pangkah aje kat yes tu...kalau tak jujur tu yang kena soal jawab banyak..silap-silap kena denda. 

Nampaknya sistem checking kastam kat Perth ni sama masa akak g New Zealand dulu, memang agak ketat n teliti...tapi mereka ni ramah aje menegur sapa kita.

Sebaik aje selesai pemeriksaan kastam akak terus keluar ke arrival hall ..nak cari sim card. memandangkan perjalanan di Perth ni memang tak gunakan tour guide. so google maps adalah aset terpenting untuk akak berjalan selama 4 hari ni. 
Bertentangan pintu keluar anda akan nampak 2 buah kedai iaitu vandafone dan optus.. akak beli Optus sim card  10 aud dgn kemudahan 5gb dah memadai. Pada akak vandafone agak mahal charge nya.




 Sambil menunggu Dr. ferry datang menyerahkan van yang kami sewa akak jalan-jalan le kat airport ni. Tak le besar mana ruangannya . Banyak aje kaunter sewa kereta yang buka 24 jam. kemudahan surau juga ada di sediakan, tempat mengambil wuduk ada di sertakan. Surau terletak di lorong bersebelahan kaunter sewa kereta di sebelah kiri pintu arrival .


Inilah van yang kami sewa. Besarkan. boleh muat 12 orang...oleh kerana kami tak le ramai so sangat le selesa...tempat beg pon besar.
untuk drive di Australia , tak susah . kita tak perlu buat international lesen sebab lesen kita memang boleh digunakan terus. memandangkan husb dah biasa bawak ah pad nye so tak kekoklah dia nak drive van ni. kalau sewa kenderaan mereka akan isi minyak penuh tau semasa serahkan kenderaan dan dah semestinya bila kita pulangkan kenderaan tersebut juga perlu diisi dengan minyak yang penuh. Kat Perth ni kalau nak isi minyak..rajin rajin le survey filling station yg murah..setiap hari harga minyak berbeza dan tak sama harga untuk setiap station..
Cara isi minyak pula...g kaunter ckp ..pastu isi dan bayar.


Destinasi pertama kami ialah homestay yang terletak di BALGA. tak jauh pun dalam 27 minit daripada Perth Airport.
jom layan gambar homestay  ...sapa yang berminat nak sewa homestay ni boleh klik kat link di atas tadi.



Foto Azra Perth homestay.

Foto Azra Perth homestay.

Foto Azra Perth homestay.

Foto Azra Perth homestay.


Foto Azra Perth homestay.

Foto Azra Perth homestay.



Homestay ni memang bersih dan yang paling penting ianya kepunyaan orang Islam Malaysia  so tak payah nak susah-susah nak samak segala peralatan. kemudahan mesin basuh serta dapur ada di sediakan.

 sepanjang berada di perth kami masak sendiri memandangkan kalau beli makan dah siap kat sana ..boleh tahan mahalnya. tapiiii kalau nak beli bahan mentahnya tak le mahal. daging, ayam sayur n buah-buahan boleh aje beli kat market yang berhampiran dengan homestay ni..  di Miraboka square ada supermaket namanya cole dan ada stall juga  jual ayam dan daging halal... Miraboka square  letaknya dalam 16 minit drive daripada homestay.  kalau malas nak ke kedai yang besar ..drive dalam 4 minit boleh le ke kedai  IGA . cuma kat Perth ni kedainya buka sampai jam 5 aje. so pandai-pandailah ye ..search kedai yang buka malam , kalau tak sempat nak shopping barang sebelah siangnya. 

kami sarapan di homestay ala kadar sahaja pada hari pertama sebab nak mengejar masa ...masa itu emas..memang terasa bila kita berjalan dalam tempoh masa yang singkat . ok.. destinasi di hari pertama ialah Araluen Botanical Park. perjalanan mengambil masa 45 mnit daripada area Homestay di Balga.

kagum menikmati pemandangan dan tertibnya pemandu-pemandu di jalan Perth ini menjadikan perjalanan tak terasa jauhnya. kalau memandu di sini ikut kepada had laju., jangan le buat perangai cam kat Malaysia. buat-buat tak nampak kalau sign board ada paparkan 35 km/j...60 km/j...silap hari bulan melayang 300aud . peraturan jalan raya di sini memang ketat. satu lagi akak nak ingatkan. sentiasa pakai tali pinggang  termasuk penumpang. sebab itulah jika menyewa kereta di perth .,kanak-kanak perlu diletakkan car seat kalau tak kena denda tau.. tak boleh main pangku-pangku. denda untuk tak pakai tali pinggang 100aud seorang. boleh nangis kalau kena ....



Araluen Botanical Park





sebelum masuk bayar dulu ye ...cer tengok mamat tu..ada berani ????


bayaran masuk rm15 aud seorang tapi kalau pergi lebih daripada 9 orang so dapat discount 10 aud seorang.. jauh tu bezanya...
kalau pergi waktu spring, Araluen ni tempat yang wajib dikunjungi sebab kat sinilah kalau nak tengok tulip berkembang. baru puas rasa hati akak..sebab dulu masa g Amsterdam tak dapat tengok sebab tulip ei lom musim lagi...

 terasa ayunya akak bila berdiri kat bunga tulip yang macam-macam warna ni.....






















 ni tandas tau....




Dah puas bergambar kami menuju pula ke Fremantle. Frementle ni terletak di bandar Perth so jarak daripada Araluen makan masa 1 jam 20 minit le lebih kurang. kami mesti pergi hari ni sebab ada beberapa tempat di Fremantle hanya di buka pada hari jumaat, sabtu dan ahad . Tempat tujuan utama kami ialah e shed market. jarang akak buat kerja shopping souvenir pada hari pertama. memandangkan e shed market di fremantle hanya di buka hari jumaat, sabtu dan ahad terpaksa lah akak adjust betul-betul iternary kami. 

Tempat pertama di Fremantle ialah Round House . Ianya terletak di persisiran pantai.Pemandangan daripada atas Round House sangatlah cantik.Laut yg terbentang luas sangat mengujakan.
Jom layan gambar








 Pemandangan daripada atas Round House .Jalur kuning tu adalah seni yang dihasilkan pada bangunan di Fremantle


 Light House yang bewarna hijau tu juga salah satu  tempat kunjugan pelancong apabila berada di Fremantle.

 Kenalkan...ni le buah hati akak, merangkap driver kami ketika di Perth................





Perut dah bekeroncog menandakan tibanya waktu makan......kalau kalian daripada Round House boleh nampak tempat makan yang sentiadsa disebut-sebut oleh blogger iaitu  Kailis ....kat sini lah kedai fish &chip yg famous di blog g rakyat Malaysia. Akak dan kawan kawan makan disini...cara nak order fish & chip ialah beratur di kaunter dan buat pilihan. Sebenarnya untuk 1 hidangan boleh makan 2 orang. Harganya dalam 17 aud. Bila dah bayar di kaunter mereka akan bagi kita 1 alat penggera. alat tu bila bunyi menandakan makanan kita dah siap so boleh le g ambil kat klaunter.



 Beratur kat sini..atas tu ada menu





  bestnye makan kat sini ialah pemandangan bot-bot mewah yang betul betul bersebelahan restoran ini.



Inilah alat penggera bila kita order makanan 

Shopping ..............
Kalau nak shopping souvenir murah di Perth . pergilah ke kedai Aussin di e shed market. 3 helai baju kanak-kanak boleh dapat dalam 25 aud. kalau nak fridge magnet boleh dapat dalam 2.75 aud untuk 1 pax.  Memang jauh murah jika di bandingkan di kedai lain. Akak cam biasa..fridge magnet adalah bukti akak dah sampai di satu satu negara....
kedai aussin ni adalah kepunyaan seorang lelaki indonesia yang dah menetap di perth selama lebih 30 tahun. 










Mana nak parking kenderaa? ada banyak aje tempat parking di e shed ni.. tapi ingat mesti bayar parking di mesin parking yang di sediakan . pastu kertas parking tu letak kat dash board kereta ye.. jangan lak tak pamerkan. penjaga parking kat sini..sentiasa aje lalu lalang. 
untuk bayar parking kena sediakan duit syiling sebab slot untuk duit kertas memang tak ada. kalau tak ada duit syiling boleh guna kad kredit anda... seram. akak memang dah sediakan siap-siap duit syiling. Harga sejam lebih kurang 2.20aud sejam  tapi ada tempat yang sampai 5.00aud sejam. parking kat sini memang agak mahal kalau di kira dengan duit rm kita.


Selesai di E Shed kami menuju ke Rainbow  Sea Container..............




memandangkan hari dah menunjukkan hampir jam 4.30 petang maka bersolatlah kami di kawasan lapang yang ada di sini.

Seterusnya ke  Fremantle market. Tujuan utama ialah nak beli barangan mentah untuk masak sepanjang berada  di sini. Fremantle market juga hanya di buka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kalau nak beli cenderahati nak bawa pulang memang ada di sini juga. 
Jom layan gambar..............


Pintu ni nampak macam kecil aje kan Fremantle Market ni...











 kedai menjual kraftangan



 di sini ada sebuah stall Kebab halal ...apa lagi belilah. Harganya antara 7 aud - 10 aud.

Keletihan dah terasa...maka kami ambil keputusan untuk balik ke homestay merehatkan diri...........

Saturday, September 15, 2018

Persediaan ke Perth Australia- SEPT2018

Salam
Akak nak kongsi pengalaman kami di Perth ,Australia kali ni.Perjalanan kali ni ketika musim bunga di Perth.Perancangan akak buat bermula Mac 2018 sebaik aje balik drp korea.Macam biasa akak ada group mokcik bawang yg terdiri daripada kak tip,kak mali,mimi and kali ni kak ju ikut. Oleh kerana cuti yg ada tak panjang so akak rasa sewa kereta adalah pilihan terbaik...Pujuk punya pujuk berjaya mengajak husb jadi driver...yahooooo.

Persediaan

1. Mesti apply visa sebelum beli tiket coz banyak kes visa tak approve..harubiru nanti
Akak apply visa melalui Farisya drp ARBA Travel..0149188455. Secara wsap aje..
Seorang RM20. Yang perlu kita sediakan ialah duit n passport hantar melalui wsap aje....kalau x ada masalah dalam 1 jam dah dapat ETA kelulusan visa perlancongan selama tempoh 1 tahun.

2. Akak beli tiket Malindo direct ke Perth..Kalau musim cuti ni tiket dlm RM1300 pergi balik.. grab aje ....
Kalau nasib baik boleh dapat bawah daripada harga tu.

3.Imiggresion Perth memang KETAT sangat tentang makanan yg kita bawa masuk so declare apa yg kita nak bawak.Barangan macam tenusu,bijirin,daging..tak yah le bawak.Banyak aje makanan halal mudah nak dapat kat sana...Daging ayam halal pun ada. Akak sediakan senarai makanan yg akak bawak..mudah bila sampai kat pegawai kastam sana tunjuk aje .dan syaratnya dalam borang declaration tu mesti tanda yes.. ubat pun mesti declaire tau.dapatkan surat daripada doktor.

3. Ambil travel insurance..akak cam biasa on line aje kat AXA travel....murah n mudah.

4.Booking Kenderaan dan Homestay.
Akak sangat suka dengan perkhidmatan yg di sediakan

Homestay
Azra Perthhomestay. .+61478557499
Awfiya Homestay  +61435066434

5. Tukar duit AUD
Masa akak tukar RM3.02 untuk 1AUD..agak tinggi sebenarnya

6. Passport pastikan masih valid sekurangnya 6 bulan drp tarikh ke Perth



Wednesday, August 22, 2018

Avani Sepang Gold Coast ,percutian keluarga Ogos 2018

Asaalamualaikum kawan kawan
Sepi aje blog akak sejak akhir akhir ni..sibuk bebenar..tapi sibuk bukannya beerti akak tak berjalan..Ogos ni ada dua tempat akak pergi. 1 ke Bukit Tinggi n 1 lagi kat Sepang.

Cuti Raya Aidil Adha ni akak spend time bersama mak di sebelah pagi n sebelah petangnya akak, husb n anak anak bercuti merehatkan minda kononnya di Avani Sepang Gold Coast.
Agoda.com

Akak booked family villa melalui agoda.com sehari sebelum..harga 1 malam rujuk agoda ye..sbb berubah ubah. Akak ambil breakfast ..makan yg lain cam biasa tapau drp rumah.
Ramai org kat Avani ni ...check in kami jam 3..so lepak lepak dulu, main basikal n macam biasa kalau tak membeli tak sah budak budak ni..maka makan lah mereka Salmon  Sandwich dan Tiramitsu kek..RM10.00 setiap satu...
Kat sini kalau beli makanan..mahal yaallah..air tin aje rm15.00 tak sanggup akak.


Jam 3.15 kami check in...untuk ke bilik no 711 jarak dalam 800 meter drp enterence so kemudahan buggy di sediakan untuk tetamu...tapi kalau tak banyak bawak barang boleh aje kalau nak berbasikal . Kemudahan basikal free di sediakan..tapi yg warna biru aje..yg warna lain ke sewa ye.






So...akak n aniq naik buggy bawak barang barang . Husb n akmal,afqar,adam naik basikal..enjoy betul anak anak n bapaknye ni.

Family Vila

Ok bilik ni selesa n tenang. Terletak di sayap sebelah kanan.

Jom layan gambar bilik ..







Kemudahan yg ada di family villa ni ialah 1 ruang tamu , 2 bilik berserta bilik mandi, 1 katil king dan 2 katil single, 2 balcony..memang owsem..
Suasana atas laut yg sangat le tenang.

Atap pula jerami memang le cantik..


Aktviti

Biasalah kan kalau bawak anak anak g tempat cam ni sure nak berendam.Kat Resort ni ada di sediakan kolam renang..so ni lah aktiviti pagi petang anak akak n papanya.




Akak pula ambil kesempatan g gym...

Gym terletak bersebelahan dengan kolam renang dan sambil bersenam kita nikmati pemandangan laut yg terbentang luas...tenang aje


Oleh kerana akak ambil pakej sarapan aje so tak dapat nak cerita tentang lunch n dinner ye. Sarapannya menu memang le banyak dan bermula jam 6.30 sampai 10 pagi....apa lagi duduk le situ lama lama sampai rasa berbaloi apa yg di bayar.



Di sebelah malam kami ke petunjukkan api. Tempatnya ialah di bahagian depan pintu masuk Avani...belakang restoran perahu. Persembahan di buat di tepi pantai bermula jam 9.00 malam dan dalam tempoh 30 minit. Selesai menikmati persembahan boleh le kalau nak sedekah pada mereka. Menghiburkan...



Sapa yg nak khidmat spa..ada kat resort ni berhampiran dengan kolam renang dan kedai cenderamata...jom layan gambar aktiviti kami



Kami di sini 1 malam je...pada akak cukup tu sebab x ada apa nak tengok lagi kecuali kalau kita nak jalan jalan di area Bagan lalang ni..boleh le keluar drp resort dan menuju k kedai sea food yg banyak kat sini..sampai ke tengah malam tau.

Kalau dah ready nak balik...dial aje 0 ...call for buggy jemput untuk check out....
Ok cukup sampai sini perkongsian percutian kami sekeluarga di Arvani Gold Coast Sepang.....










Bye......

Saturday, June 23, 2018

JALAN-JALAN VIETNAM

Salam sejahtera..lama akak tak menulis. kali ni akak nak kongsi percutian singkat ke Vietnam bersama 3 kawan akak. Kami pergi pada 10 Mei 2018 yang lepas. Actually kami tidaklah pernah berjalan sesama..tiba tiba timbul idea nak berjalan.Tak rancang lama pun,  kebetulan akak memang lom pernah ke Vietnam so terujalah sikit nak pergi. 
Pemandangan Bumi  Vietnam dari udara
Cerita pasal kos . Vietnam tak le mahal untuk ke sana dan taklah banyak tempat untuk dilawat. Apa yang akak perhatikan ,Vietnam adalah syurga membeli belah untuk kaum wanita dan peniaga pakaian. Akak yang bukan kaki shopping ni pun boleh terpengaruh dengan harga yang jauh murahnya kain-kain ela ei.


Persiapan awal akak ke Vietnam ialah menukar duit Dong dan USD. Akak lebih bawa duit RM sebab untuk membeli belah mereka banyak menggunakan RM. Cuma pengalaman akaklah kalau guna duit Dong kita lebih untung. Nak tukar duit di pengurup wang tiada masalah sebab merata di area Ben Than market tu pengurup wangnya. Cuma akak dapati tukaran di Malaysia lebih berbaloi.
Untuk memudahkan kita mengira duitnya . Dong kalau 200,000 kita buang 3 kosong  di belakang . 200 tu bahagikan dengan 6 so dapatlah anggaran duit RM kita. Kalau  di kedai makan kita boleh guna duit Dong. kalau nak bayar teksi atau hotel mereka lebih gunakan USD.


Akak bertolak ke Vietnam dengan menaiki Air Asia dan balik naik MAS. Kos keseluruhan flight pergi balik dalam RM312 seorang. Balik dengan MAS sudah tentu luggage 30 kilo seorang. 

sampai di airport 
Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 50 minit. Perbezaan waktu di Vietnam adalah 1 jam. Bandar besarnya Ho Chin Min.

 Sampai di airport kami terus beli simcard dalam harga antara 13000 dong. Keluar aje daripada pintu airport selepas ambil luggage kita akan nampak deretan kedai untuk beli sim card. Pandai-pandailah memilih harga yang berpatutan.

Untuk ke hotel kami menyewa perkhidmatan teksi. sangat mudah nak dapatkan teksi .keluar aje daripada pintu airport di sebelah kiri ada beberapa booth  car service.


Perkhidmatan bus airport 

kalau merancang untuk naik bus . Bertentangan dengan tempat menyewa teksi ada tempat menunggu bas airport.. warna basnya hijau.


Inilah kawan-kawan akak. yang baju putih tu ..orang Vietnam yang menguruskan teksi kami

Destinasi pertama kami ialah Hotel Tan Lock.. sewa hotel ni di uruskan oleh kawan akak Zain. ok je hotelnya .Bersih dan selesa.Hotel Tan Lock ni betul betul berhadapan dengan Ben Than Market..pagi petang siang malam boleh shopping tapi agenda kami bukanlah shopping semata mata.



akak Kalau g jalan yang penting ialah melawat tempat tempat menarik, mencuba makanan dan melihat budaya di tempat tersebut. Shopping jatuh entah ke nombor berapa. Sebagai pengetahuan anda yang belum pernah ke Vietnam. Tersangatlah elok kalau dapat menginap di kawasan Bhen Than Market ni. makanan halal pun ada 3 ke 4 kedai..so tak susah bab makan cuma harganya agak mahal untuk sekali makan. nasi goreng dalam 50000  dong iaitu bersamaaan  antara RM8 ke RM10 . satu lagi jangan lupa minum kopi Vietnam.. harga tak mahal dalam RM3 rasanya pasti nak lagi.

sampai aje di hotel kami solat dan segarkan diri. Agenda pertama ialah jalan - jalan di area  Bhen Than ..explore dengan berjalan kaki melihat pemandangan waktu hampir senja.  Jom layan gambar



 
Bangunan tinggi  kat belakang tu namanya Bitexco Financial Tower 


Yang ni Saigon Square.. akak tak masuk pun tapi kata kawan kak kat sini ada kalau nak beli jeans murah.


                       Akak tertarik dengan perkhidmatan UBER bermotosikal. Mereka mengenakan baju hijau seragam 


Sepanjang akak berjalan kaki di kelihatan warga tua berniaga di tepi jalan . kebanyakkan barangan yang dijual ialah kraftangan.



Kaki melangkah hingga suasana gelap. maka kami buat keputusan untuk balik ke hotel semula . Dalam perjalanan ke hotel kami melalui night market yang di buka berhampiran Bhen Than market. 


kopi Vietnam ni mesti cuba ye.. banyak aje di tepi jalan . rasanya memang terbaiklah. Boleh beli menggunakan duit Dong atau duit Ringgi Malaysia. Jom layan gambar pasar malam mereka di area Bhen Than market ni.
     

kalau di pasar malam ni hati-hati ye. perempuan penjualnya sangatlah agresif . Jika rasa masih belum nak beli jangan sesuka hati nak tawar tawar atau belek belek . kalau tak jadi beli habis le kena maki hamun oleh mereka. kejadian ni betul betul depan mata akak. salah seorang rakan akak nak beli beg so dia pun bertanya tanya.Tapi jika betul - betul dah suka dengan barang tu tawar gila- gila separuh harga sampai dapat ye. contohnya kalau harga jualnya rm50 tawar sampai dapat separuh. Kat sini penuh dengan orang malaysia aje dan rata-rata penjualnya dah pandai berbahasa Melayu.

Trip ke Sungai Mekong

Hari ke 2 kami ambil pakej ke Sungai Mekong. Mudah sangat sebenarnya nak dapatkan agent yang bawa. just dapatkan daripada hotel dan mereka akan ambil kita mengikut kepada waktu yang mereka tetapkan. akak dan kawan-kawan bertolak ke Sungai Mekong jam 9 pagi. bayaran bergantung kepada berapa tempat yang anda pilih . Antara RM90 ke RM150 seorang.

sebelum tu akak sarapan pagi di kedai aje; 
banyak aje kedai makanan halal di area bent than ni...kos makanan macam nasi goreng dalam 10000 dong .Agak mahal kalau tukar ke duit kita dalam RM30 sepinggan.

 
ni agent yang bawa kami . fasih berbahasa inggeris so tak susah nak berkomunikasi sepanjang perjalanan kami.  sapa nak melancong ke vietnam contact aje guna email yang akak beri ni..


Bas ni yang bawa kami jalan-jalan 1 hari bersama pelancong lain yang pelbagai bangsa .
Paling akak suka bila sepanjang perjalanan tu di bawa menjelajah pasar basah mereka dan dapat melihat kehidupan rakyat mereka.

  



ni tandas awam mereka... macam canggih kan


Sepanjang perjalanan kami melalui lebuhraya yang di kiri kanannya terbentang sawah padi yang luas. Yang lebih menarik lagi.kita akan dapat melihat di setiap satu kawasan padi ada kubur di tengah-tengahnya. Kubur tu ialah tempat bersemadinya si pemilik sawah atau keluarganya.

  

Destinasi pertama bas berhenti untuk berehat setelah 1 jam perjalanan.

 
yang ni adalah destinasi ke 2 iaitu rumah ibadat  mereka. Rata -rata penduduk vietnam adalah penganut agama Buddha.

terendak yang digunakan oleh orang-orang vietnam

Sungai Mekong





feri yang kami naiki 



Destinasi seterusnya melihat bagaimana pemprosesan cocunut candy secara tradisional .
  


  
pembungkusan juga dibuat secara manual

taraaaa.....nilah dia cocunut candy..akak tak beli pun..hehehehehe

bergambar di sebelah bot yang kami naiki 



dalam pakej yang diambil termasuk makan .. tengoklah ikan tu.. besarnye..terkejut akak cara dia hidang...






ni kalau nak massage kaki dengan menggunakan ikan....akak tak buat le....

  
                             yang ni pula bot yang mengangkut pasir melalui Sungai Mekong


   
seterusnya kami dibawa ke tempat penternakan madu untuk melepaskan dahaga..ni semua ada dalam pakej .... apalagi minumle air madu yang disediakan. yang pastinya halwa halia, bunga matahari dan pisang yang di sediakan sangat le sedap.
jika nak beli suvinior belilah di tempat ni.. kat mana tu ?. dah selesai testing madu tu you all jalan kaki ke dalam ada banyak kedai jual suvinior..beli kat area ni sebab lebih murah berbanding di tempat lain. boleh tawar lagi ..
  

Beg kecil tu boleh dapat dengan harga rm10 untuk 5biji.  kalau beg yang bertangkai tu boleh dapat dalam RM10 ke RM 30 satu.



seterusnya kami dihidangkan dengan buah-buahan tempatan sambil dihiburkan dengan nyayian tradisional. yang ni pun ada dalam pakej ye.
  
akhir sekali akak dapat merasi pengalaman menaiki sampan di sungai mekong yang dikayuh oleh 2 orang perempuan VIETNAM. Jaraknya lebih kurang 2 KM.
kalau nak mengikuti trip Sungai Mekong ni memerlukan masa yang panjang oleh itu rancanglah perjalanan dengan baik. Akak memang peruntukkan 1 hari untuk lawatan ini. 

Nak shopping apa kat VIETNAM?.
Syurga  membeli belah untuk kaum wanita. Rata-rata yang datang sini memborong telekung,  tudung, kain lace, baju siap . Harganya memang jauh lebih murah cuma kita mesti pandai memilih kualitinya.  Akak macam biasa tak lah banyak membeli sebab bukan kaki shopping. Puas cari gambar ..rupanya terlupa nak snap gambar ketika membeli belah.  

Secara keseluruhannya bawa RM1000 dah cukup untuk ke VIETNAM ni ..boleh shopping lagi dan jika sekadar nak pergi membeli belah anda tak perlu pun gunakan agent...

ok.harap perkongsian kali ini memberikan idea untuk anda yang nak melancong ke Vietnam....
bye... 


COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...