Monday, March 27, 2017

KOREA - SEOUL -DAY 2- 20 Mac 2017 - 25 Mac 2017 -PERCUTIAN KAMI SEKELUARGA

Bila tengah semangat ni lebih baik akak teruskan penulisan ni. menulis tak boleh berhenti lama-lama nanti terbengkalai...hilang mood dik oooi..

ok akak teruskan dengan perjalanan kami dari Busan ke Seoul. nak tahu macam mana nak jalan sendiri ke Seoul.. dapatkan e book akak ye...contact 017-6850527


HARI KE2 BUSAN KE SEOUL

Awal pagi lagi kami dah bangun nak mengejar ktx jam 8.35 pagi..nasib baik anak-anak ni tak liat nak bangun,.. hanya Aniq aje yang kena di kejutkan berkali-kali.  Akak dah prepare awal nasi lemak n nasi putih untuk anak dan husb bersarapan. ni mesti,kalau tak mereka lapar...jawapnya mengalirlah won...oh tidak....

Tepat jam 7.10pagi, keluar daripada hotel menuju ke Busan Station yang tak jauh ...hanya 5 minit berjalan kaki. Destinasi pertama mestilah ambil train KTX..train ni laju bangat..3 jam dah sampai Seoul..kalau naik Mungawa boleh cecah 5 ke 6 jam....

 sempat possing lagi anak-anak ni...ceria aje...yelah nak pikir apa ..semua tanggung beres....



Ni le rupanya keretapi laju di Korea..namanya KTX.. kalau berhajat nak ke Seoul dengan KTX
 ni pastikan datang 20 minit awal sebab di korea ni terkenal dengan ketepatan masanya...no janji janji melayu ye....pastikan juga anda berada di gerabak atau dipanggil Bus yang betul..ada tertulis no bas (gerabak) dan no tempat duduk ...jangan salah. ...cer tengok kat pintu KTX tu ada tulis .no 10 tulah no bus ....kami sampai si Seoul Station jam11.30 pagi.

Destinasi pertama kami ialah Nami Island..tapi ada perkara nak kena bereskan dulu...beg yang banyak tu..takkan nak angkut ke Nami Island.. so kami bergegas mencari loker kot kot ada rezeki masih ada yang kosong.... terjumpalah loker  berhampiran pintu EXIT 2 ...Nasib baik beg yang kami bawa tak besar...sebab loker besar semua penuh yang tinggal medium dan small aje..belasah lah. kos untuk sewa loker ni kalau small 1000w dan medium3000 w untuk 1 hari...yang besar akak tak perasan lak berapa won.  sangat mudah nak masukkan beg dalam loker. Kita hanya tekan skrin..pilih English . Melainkan kalau anda pandai bahasa Korea ..akak memang nampak tulisan korea tu cam ulat aje...
ok lepastu skrin akan paparkan  perkataan search dan (tuttt..x ingat), so tekan search..akan terpapar no loker yang masih kosong, pilih loker mana yang anda nak....
punya lah buruk perangai..akak dah awal awal masukkan barang dalam loker kosong..sebab loker kalau dah ada barang lampu merahnya menyala...

selepas pilih anda di minta untuk letakkan jari ke tempat jari yang warna merah...mesin akan scan jari kita....ni juga akan digunakan bila nak ambil beg nanti..jangan lak tukar jari orang lain..sah-sah loker tak bukak...
Akhirnya  masukkan bayaran...sediakan duit1000w ye..mesin ni tak terima duit besar ye....lepastu..resit akan keluar...simpan resit ni..sbb ada password kat resit tu...last sekali tekan aje pintu loker, automatik loker akan lock..mudah aje..
 ni le loker kat Seoul Station..actually banyak sangat loker di setiap Subway kat Seoul ni...
 Bebey sedang meneliti loker mana yang kosong...nampak tak lampu merah tu..haa..yang tu tandanya loker telah berpunya...

macamana kalau semua loker dah penuh...senang aje..turun ke tingkat 1 ..namanya Premium Travel Center   http://www.premiumtravelcenter.com/en/service_baggage.asp.... kalau susah nak jumpa ,g je kat kaunter pertanyaan di ruang tengah n tanya..mereka boleh berbahasa Inggeris..ada disedaiakan tempat simpan luggage.. mahal .ikut saiz antara 8000 ke 10000won...
setelah selesai urusan beg dan loker akak sekeluarga menuju ke Nami Island.....sebelum tu..ingat ..nak berjalan di seoul ni kena pakai T Money ..so beli dulu..
T money ni macam kad Touch n Go kita di malaysia..cuma penggunaanya sangat meluas..boleh bayar subway train, teksi dan membeli belah di 7 eleven serta kedai yang seangkatannya...T Money boleh di beli di kedai GS25 atau 7 eleven..tapi akak pilih untuk beli di mesin yang disediakan..baru moden kan..harga sekeping T money 3000won dan kita topup le duitnya ..akak masukkan 20000won setiap kad ..kad tak boleh kongsi tau...20000won tu cukup untuk perjalanan akak sehingga 25 Mac ni...

Cara nak ke Nami Island 

kalau dari dalam Seoul Station cari Exit no 2..keluar daripada bangunan tersebut dan jalan terus menuju ke eskalator , kat bawah tu akan jumpa subway ...kat seoul ni pengangkutan paling efficent ialah subwaynye...

ada beberapa cara tapi sudah semestinya akak akan ambil yang paling murah

Seoul station line 1 - berhenti di Hoegi Station, line 1 ,transfer ke Sangbong Station (Jungang Line) tansfer ke Gapyeng Station(Gyeongchun line)...pastikan station akhir mesti Gapyeong satation. jarak masa dalam 1 jam 45 minit. perbelanjaan dalam 2350won pergi...balik pun sama..total kira sendiri ...

ada juga cara mudah iaitu naik ITX..tapi belanja g baliknya agak mahal ..cecah 9000w...ambil keretapi daripada stesion cheongnyagni dan naik keretapi ITX Cheongchun line dan turun di stesyen Gapyeong. Perjlanan hanya 45 minit je...

keluar daripada stesyen Gapyeong anda boleh ambil teksi ..sebiji teksi muat 4 orang dengan kos pergi 3500w dan balik 3000w per teksi. ..atau ada bas juga 5000w ..simpan tiket bas untuk kegunaan balik..cuma akak rasa kami lebih berbaloi naik teksi...2 teksi tau kami sekeluarga..
Add caption
cakap je kat dereba teksi tu namiseon island..fahamle dia..jangan ngengada nak explain panjang-panjang...
teksi akan berhentikan kita kat berhampiran Nami Island.. cari kaunter tiket yang berada di sebelah kiri...bangunan macam ala-ala kayu... harga menaiki feri ke nami island ialah 8000w seorang...kadang kadang mereka minta passport. Ulur je... sebenarnya harga10000w.. kalau x diskaun. tak lama pun naik feri ni...tapi tulah dalam sejarah feri nipernah tenggelam dan 8 orang maut akibat lemas...ketika tu feri ni membawa pelajar korea....

ni le rupa feri tu...luas gak..n boleh jalan-jalan kat deck tu...






 akak belanja sikit gambar di nami Island yang terkenal kerana cantiknya....ni semua kerana Winter Sonata....
 untungnya anak-anak ni..salji masih ada berbaki di sini.....











kami bukak bekal makan   kat Nami Island ni ............gambar yang sebelah tu..bersama husband mr.helmi..ala-ala manja gitu..
.kalau nak bersantai di Nami ni perlu makan masa setengah hari baru puas..itupun kepada penggemar alam semester..if not ...sejam dah cukup...banyak tempat nak possing sebenarnya..akak silap menjadikan hari pertama di Seoul ke Nami Island sebab tak puas meronda hari dah petang...so yang nak ke Nami Island akak harap pegilah waktu pagi ..baru puas berjalan menikmati pemandangan disini...bukan boleh g selalukan..


kat Nami Island ada Musolah dan tempat makan halal..so tak perlu risau...
Kat sini juga anda boleh mencuba kuih pau kacang yang panas.. harga 1000w..sedap oo makan waktu sejuk ni..
Anak -anak ni bergambar macam-macam gaya....



 Akak memang jatuh cinta dengan gambar -gambar di Nami Island ni....Bab ambil gambar ni husb akak memang pro... cayalah....terutama gambar akak ni..ala-ala model posingnye...

Dah puas di Nami island kami pun berangkat balik menaiki feri dan ambil teksi ke Gapyeong Station dan naik Subway ke Seoul Station. Opps..beg ye jangan lupa ambil...

Now misi mencari Seoul Globel Hostel yang dah di booking melalui Agoda.com....Hostel ni akak bayar dalam RM1280.00 untuk 4 malam.. ada 2 katil queen so pandai-pandai le kami tdo berenam..nak jimat punya pasal... best gak ..sebab dirumah anak-anak sejak kecil dah di asingkan tempat tido mereka...Seoul Globel Hostel  ni tempatnye terletak berhampiran dengan Myeondong Street Exit 3...agak strategik..cuma biliknya kecik...tapi kesemua hotel budget di Seoul ni sebegitu...tak seselesa di Busan...bab nak g shopping kat Myeondong memang best jalan kaki je turun bukit dalam 5 ke 10 minit dah sampai..

.Myeondong adalah tempat Shopping Exclusive di Seoul..setiap hari seramai ramainya manusia kat sini..kalau nak beli kosmetik memang sini le tempatnya..memandangkan akak ni tak pandai benor nak melawa ..jadi tak le teruja sangat dengan kedai kosmetik yang berlambak tu....hanya tempat target akak ialah kedai MISSHA..haa kat sini ada BB Cream yang akak pakai..harga jauh lebih murah daripada malaysia...

ehh..dah lain lak cerita...bab Myeondong ni akak sambung pada perkongsian akan datang ye...
sampai je hostel kami di sambut oleh NK.. macam-macam rules yang diterangkan..memandangkan akak dah letih sangat...suka hati kau le NK...janji aku dapat masuk bilik... bilik kami di tingkat 3..tapi untuk angkat barang..ada lif barang kat hostel ni...so x payah susah nak angkut ye...kalaulah lif ni muat untuk akak..nak akak masuk..kaki dah macam nak tercabut....




BUDGET HARI KE 2 

KTX train  - 68,500w seorang
T money    - 23,000w seorang
loker         -   3,000 w
Teksi ke Nami island  - 3,000 w
feri ke nami Island - 8000w pergi balik 

ok...sampai sini je ye untuk hari ke 2 ni..insyaalah dilain kesempatan akak sambung lagi..

sambungan day 3 :  klik sini













No comments:

Post a Comment

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...