Thursday, October 11, 2018

Melancong ke Perth Australia Musim Bunga - Hari ke 2

Salam

penulisan ini adalah sambungan pada blog yang sebelumnya
Perth hari 1

Pada hari ke 2 kami bangun awal pagi..excited  nak menjelajah bumi Australia ni....hari ni kami plan nak keluar daripada Perth.  perancangannya nak ke Pinnacles, tasik Thetis , Lencelin Sand Dune  dan  Fremantle sekali lagi.

Macam biasa...pagi yg sejuk mengiggil...tapi kak mali, kak tipah ,kak ju n mimi dah ready awal awal sarapan pagi..termasuk bekalan makan kami kami sepanjang perjalanan hari ni.

Destinasi kami terletak 2 jam 45 minit lebih kuranglah perjalanan nye...Tempat pertama kami ialah Pinnacles .

Kami melalui perjalanan yg panjang ..sesekali terserempak dengan bangkai kangaroo ya g mati di langgar.

Kalau nak rancang ke area ni.pastikan keluar awal pagi dan balik sebelum hari gelap coz sepanjang perjalanan x ada lampu jalan tau. Kecuali anda merancang untuk bermalam.
Perjalanan agak membosankan dengan suasana hutan. Tiba-tiba rasa menyesal tak ikut jalan persisiran pantai.

Kami berhenti seketika di satu tempat yang menyediakan kemudahan tandas. Tapi ingat tau kalau jalan jalan negara orang ni..pasrtikan bawa   tisu dan air .Tandas mereka ni mana ada air you...



 kami mula ceria bila tiba-tiba nampak beberapa lokasi timbunan pasir gurun yang terbentuk secara semula jadi yang cantik sangat. kagum.....



lagi kagum bila kami mula menikmati pemandangan Indian Ocean yang membiru ..

Hampir 2 jam 30 perjalanan sampai le kami di Nambung National Park dimana kat sini lah letaknya Pinnacles. masuk aje kawasan ni , kita perlu bayar parking di  kaunter bayaran... so kami bayar 13aud . Bayaran adalah mengikuit saiz kenderaan. 




"The raw material for the limestone of the Pinnacles came from seashells in an earlier era that was rich in marine life. These shells were broken down into lime-rich sands that were blown inland to form high mobile dunes. However, the manner in which such raw materials formed the Pinnacles is the subject of debate."


Teruja dengan batu berdiri tersebut melenyapkan keletihan perjalanan kami.
tapi nak ingatkan.. jangan terlampau bersandar n pegang-pegang batu tu. sebab permukaannya berlubang-lubang ..pasti ada hidupan dalam tu. takut di sengat nanti...hospital ei jauh dik oiii....


Bawa aje kenderaan  melalui kawasan ni sebab kita boleh explore jauh.. tak larat you kalau nak jalan kaki. cuaca pun terik tapiii sejuk.


Tiba-tiba nampak seekor EMU ..besarnyaaa... hidup liar kat sini.




















kat sini juga ada tandas, Muzium atau information center pasal tempat ni n kedai nak beli souvenir.
























                                                                shopping fridge magnet
















Puas menjelajah di Pinnacles maka kami meneruskan perjalanan ke Tasik Thetis yang letaknya dalam 10 ke 15 minit dari Nambung Park.Melalui bacaan akak Tasik ni terbentuk hasil daripada batu kapur.Bila melihat dalam tasik kita akan nampak seolah olah ada hidupan yang berbentuk bulat dengan pemukaan yang tidak rata. kalau tak pergi sini pun tak apa...cuma dah alang-alangkan.  kat kawasan ini barulah nampak ada rumah rumah kediaman. so kalau nak menginap di sini pun ada chalet dan homestay.





Memandangkan ada diantara kami yang malam tadi tak lena tidur sebab mimpi purse kulit kanggaro maka kami perlu mempercepatkan perjalanan ke Lancelin Sand Dune salah satu tempat tarikan di sini. Jarak perjalanan dalam 1 jam . Cuma kami kena berpatah balik. harapan kami sempat nak ke Fremantle semula balik daripada Lancelin.....sebab Aussin di Fremantle tutup jam 5 petang.

Bila sampai di Lancelin ni terdetik hati akak ingatkan anak-anak ...kalau mereka ke sini sure main gelongsor pasir le....Disini juga boleh menyewa  papan luncur kalau nak main luncur pasir........
..

kagum dengan gurun pasir yang sangat luas dan langit yang membiru...



 cuaca yang terik dan berangin. kalau yang semput tu tak yah la turun..sebab debu pasir yang halus mayb boleh memudaratkan kesihatan.
 macam-macam aktiviti kat sini.. tapi kalau nak menjelajah guru pasir ni . Ada di sediakan tour bas.. bayaran tak silap akak 50 aud


Dah puas main pasir  dan gelap pun kulit. Maka kami pun bertolak pulang ke Perth. kami nak terus ke Fremantle sekali lagi. Memandangkan kami belum menunaikan solat maka setelah selesai di Fremantle kami  berhenti di Park yang berhampiran Cicerellos untuk tunaikan solat. Di sini ada tandas untuk berwudu.



Bergambar di hadapan kedai makan Cicerellos yang menghidangkan fish & Chips. 
Kami makan disini.. macam semalam juga hidangannya besar dan boleh makan 2 orang .




 suasana matahari terbenam yang nyaman , perut ku dah berkeroncong.....



Berhadapan dengan Cicerellos ada landasan keretapi yang masih lagi beroperasi.  kami ada pengalaman best bila masa nak menyeberang  landasan  ada keretapi nak lalu. so automatik pagar akan tertutup dan wow menakjubkan sebab train lalu di tengah-tengah bandar.. macam suasana di Amsterdam n mayb negara lain gak..cuma masa kat Amsterdam dulu tramnya cantik. yang keretapi kat sini macam gerabak kargo aje. 



Lagi teruja kami bila jumpa 2 lelaki yang mayb pengkaji astronomy menjemput kami menyaksikan kejadian jelas JUPITER pada malam ni di langit melalui teropong mereka. 



Time to shopping makanan .....so akak  ke Spudshed , market yang di buka 24 hours. 



Ayam ni adalah adalah antara product halal untuk muslim

Hari ni terasa letihnya so.. jom balik homestay ..rehat sebab esok ada banyak lagi tempat nak cover.. nak g petik buah, nak g jumpa kanggaro nak g beli pastry nak bawa balik..n nak g beli perfume dan vitamin....




1 comment:

  1. A huge set of detailed images with one by one of displaying in this post, could tell the travel plans of others to get some idea. Thanks a lot for the sharing. Long Term Serviced Apartments Perth | Homestay And Accommodation Assistance WA

    ReplyDelete

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...