Thursday, January 2, 2020

DA LAT VIETNAM DISEMBER 2019








Percutian keluarga Disember 2019 ini akak memilih Da Lat sebagai destinasi. kenapa memilih Da Lat dan apa keistimewaannya?. memang pada asalnya Da Lat tiada dalam senarai tempat target perlancongan akak tetapi desakan oleh Kak Normali team Jatidiri membuatkan akak cuba memenuhi hasrat tersebut.
Ini adalah kali pertama kami melancong dengan membawa family. selalunya ber -5 aje atau hanya bawa salah seorang ahli keluarga. Kira punya kira, kami ada 21 orang. Akak anak beranak dah 6 orang, kak mali 5 orang, kak tipah  2 orang, kak Ju 2 orang, Mimi 3 orang dan kami ada ahli baru Kak Raha 3 orang. Maka adalah mustahil untuk perjalanan kami di rancang macam sebelumnya..gaya backpakers...

Tawakal dan memberanikan diri akak cuba menghubungi agensi di Ho Chi Min untuk mendapatkan quatation dan email ke syarikat penerbangan untuk survey harga flight. Bila dah bawa ahli keluarga semestinya kos melambung tinggi jadi akak mengambil keputusan untuk buat group booking bagi penerbangan kami ke Vietnam.

Air Asia menjadi pilihan pergi dan balik menaiki Malindo. Kos akan akak share pada entry yang lain ye..

kenapa Da Lat?

Sesak whatapp group jatidiri dengan gambar gambar bunga matahari oleh kak mali sebagai memancing hati kami ber4. Kami akur dan tergoda.


Da Lat terletak di selatan Vietnam dan juga dikenali sebagai The City Of Eternal Spring. Memang indah dengan bunga-bungaan. Bentuk muka buminya pula ialah tanah tinggi dan suhu nya sederhana sejuk sepanjang tahun.

 Bandaraya Dalat berada pada ketinggian 1500m (4900 kaki) dari aras laut. Suhu di Dalat adalah sekitar 14-23 celsius sepanjang tahun, suhu yg sejuk dan nyaman ini menjadikan Da lat sebagai kawasan tanaman bunga-bungaan dan  sayur-sayuran yg utama di Vietnam. Selain dari ini, Da lat juga terkenal sebagai kawasan pengeluar kopi dan  teh yg utama untuk negara Vietnam.
Bentuk mukabumi kawasan tanah tinggi Da lat ini sangat cantik dan  mempesonakan, selain mempunyai suhu yang sederhana sejuk sepanjang tahun, ianya dikelilingi oleh bukit-bukit & lembah-lembah yang memukau,  air terjun yg cantik, tasik-tasik yg indah, dikelilingi oleh hutan-hutan pokok pain, rumput-rumput yang menghijau sepanjang tahun, taman-taman bunga yg indah, berwarna-warni dan  mempesonakan.
Suhu Dalat yg sederhana sejuk ini menjadikannya sesuai sebagai kawasan tanaman kopi, teh, strawberi dan  sayur-sayuran seperti kobis, kobis bunga, salad, kentang dan lain lain.
Di Da Lat juga banyak tempat yang boleh kita lawati cuma andai kata kita dah biasa melancong ke negara lain ianya tidak lah terlalu istimewa....dah jejak kaki sekali cukuplah. itu pendapat akak.
Hari pertama
Awal kami ke KLIA 2 tapi flight kami delay 1 jam.. ok kena banyak bersabar.Check in semua akak dah uruskan secara on line dan kami ke kaunter khas untuk masukkan bagasi . Ok juga kalau buat group booking ni tak perlu nak beratur panjang dengan penumpang lain. destinasi pertama kami ialah  Tan Son Nhat International Airport yang terletak di Ho Chi Min, Vietnam. Penerbangan mengambil masa 2 jam. Waktu di Vietnam lewat 1 jam daripada Malaysia. Alhamdulillah, penerbangan dan imigration check in berjalan lancar. 

Agen dah siap menunggu kami di luar air port. Karim namanya. Orang tempatan Vietnam yang fasih berbahasa Melayu. Kami naik bas yang boleh memuatkan dalam 25 orang , bas yang selesa ada air cond dan boleh charge handfon . Sim card pula akak dan siap-siap tempah pada agen masa di Malaysia lagi. Sim card yang kami gunakan berharga RM 20 atau 100,000 dong. 

Kenapa tak naik flight terus ke Da Lat?. Oleh kerana ini kali pertama akak ke Da Lat maka akak suka untuk melihat kehidupan masyarakat tempatan di sepanjang perjalanan. daripada Ho chi Min ke Dalat mengambil masa 7 jam untuk sampai. Bayangkan.....tapi kami enjoy aje ambil gambar sebab bas berhenti di beberapa hentian untuk ke tandas dan berehat. cuma kalau nak beli kita kena sediakan duit Dong ye. sebab di Da Lat ni tak sama macam di area Bent Than ,Ho Chi Min. Kita boleh guna duit Ringgit Malaysia. 










Kopi adalah pilihan kami di setiap hentian. Kopi di Vietnam memang terbaik tapi husb akak kata kopi Colombo yang dia beli masa ke New Zealand  juga yang sedap..apa apa ajelah. dah habis pun..
kagum akak pada hentian di sepanjang perjalanan ialah kebersihan tandas memang tip top..rasa macam jalan di Korea dan Jepun. Walaupun tandasnya tidak lah canggih tetapi ianya bersih. 
Kami sampai Da Lat hari dah gelap. Perut pun dah lapar. Bestnye kali ni kami tak perlu masak untuk makan. semuanya dah akak uruskan dengan agen. tempat makan pertama kami ialah Restoran HAWA Halal Food Malaysia. Masakan alhamdulillah sedap. 



Ketika menikmati hidangan kami di kejutkan dengan bunyi hon yang kuat dan panjang di jalanraya. Rupa-rupanya Vietnam menang dalam perlawanan bola sepak melawan Indonesia dalam sukan SEA yang diadakan di Filipina ..meriah sesangat. Tiba-tiba aje family kami yang lelaki sokong Vietnam...aduihhh
Selesai makan kami bertolak ke hotel yang tak sampai 5 minit daripada restoren tersebut.  Sejuk sesangat cuaca.Memang kena pakai baju sejuk. Alhamdulillah, hotel yang kami duduk sangat selesa.Cantik struktur bangunannya. Queen Villa Hotel ...........












Tak sabar pula nak tengok apa yang ada di Da lat ni esok hari...

No comments:

Post a Comment

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...