Sunday, December 8, 2019

SAGANO ROMANTIC TRAIN DAN BAMBOO FOREST KYOTO ..Hari ke 2





Seawal 6.30 pagi kami dah turun untuk bersarapan di tempat makan  APA Hotel..Sebenarnya tak banyak yang dapat di makan untuk yang muslim..mampu pandang aje..bayaran sarapan pagi di hotel ini ialah 1300yen. Dalam harga RM50 sekali makan.macam tak berbaloi aje menghabiskan yen kat makanan ni .
Jam 8.30 pagi kami dah berkumpul di luar hotel. Hari dah terang baru nampak suasana di Osaka ni. Sangat bersih dan segar suasananya. lengang aje ruang perjalankaki di depan hotel, mungkin sebab hari sabtu. Orang bercuti.
Ada yg menarik perhatian mata akak, terpandang betapa cantiknya perempuan yang sedang menyapu di tepi jalan raya ni.

Kalau kat negara kita  ada ke yang nak buat camni...inilah nilai yang telah diterapkan kepada masyarakat Jepun sejak mereka kecil...kebersihan....dan tidak malu untuk menjaga kebersihan.


Perjalanan kami hari ini ialah ke Kyoto dengan menaiki bas khas yang telah di sewa.
Daripada Osaka ke Kyoto ambil masa 1 jam.





                                                                   Anjing di sini pakai baju
























Bas berhenti di sebuah hentian rehat. Disini banyak bas dan lori parking cuma yang akak heran tiada bau asap atau minyak sepertimana hentian di Malaysia. Bersih suasananya. Kemudahan tandas juga ada di sediakan di sini.








 Vending Machine ada di mana-mana


 Dalam tandas pun bergambar ...



 




























 Tempat pertama yg kami tuju ialah Sagano Romantic Train.  Sagano  Senic Railway atau di kenali sebagai Sagano Romantic Train atau Sagano Torroko  adalah keretapi untuk melihat pemandangan sepanjang sungai Hazugawa antara Arashiyama dan Kameoka. keretapi lama ini menyusuri jalan pergunungan sepanjang 7KM selama 25 minit . Kami bermula di Torokko Kameoka Station.


Jom layan gambar ...........

 di bahagian belakang Stesen Sagano Romantic Train ada lori kecil menjual keledek dan jagung  rebus. yang menariknya lori jualan ni penuh dengan tampalan pelbagai bahasa. manis keledek rebus ni. sedap di makan dalam susana sejuk ni.

Tulisan ni menarik perhatian kami .. rupanya memang penjual makanan rebus ni muka sebiji TMJ..


Relex aje brother yang menggelarkan dirinya TMJ bersantai sambil menjual .







 












 kedai cenderamata. Macam biasa benda terpenting untuk akak bawa balik ialah fridge magnet.

 suasana drp station  keretapi . Pandai husb ambil gambar . cantikkkkk...



cantik sangat pemandangan kiri kanan perjalanan kami ketika berada dalam keretapi ini.






 nilah jurufotonye.. import khas daripada Sarawak..

 yeaa..keretapi dah sampai.






Oleh kerana kami tidak menempah tiket keretapi  awal maka kami berdirilah menikmati perjalanan . Harga tiket ialah 630  Yen seorang .



tempat duduk kayu. keretapi ni sangat bersih walaupun orang turun naik punyalah ramai..



Tiba-tiba datang seorang lelaki Jepun bertopeng hijau menuju ke arah akak..selamba aje dia tarik tangan minta ikut dia ..dah lah topeng hantu..takut akak ...nak minta tolong abang dia nun jauh kat depan...akak tengok husb sengeh aje drp jauh..












 muka lega dapat tempat duduk

Rupanya si hantu hijau ni nak tunjukkan akak tempat kosong..dia suruh duduk. Selamba aje kan si hantu jepun ni ..haram tau pegang tangan ...rasa nak tampar aje..Tapi mengingatkan baik hati bagi duduk tu ..terpadam niat jahat .









 Kami turun di hentian....Saga Arashiyama  Station..





Daripada   station ni kami  berjalan kaki menikmati pemandangan rumah Jepun kedai dan menuju ke Bamboo Forest Kyoto.



 Cuba perhatikan longkang di Kyoto ni..airnya jernih dan tidak ada satu sampah pun ..kesimpulannya bersih.

Pakaian Tradisional Masyarakat Jepun



 Terdapat banyak gerai menjual makanan di sepanjang jalan menuju ke Bamboo Forest.. mampu pandang.

 Bamboo forest di Kyoto ni sangat indah, damai dan  unik.


 Kraftangan daripada buluh 






 unik sebab ianya mampu seimbang 

 sayup-sayu kedengaran irama yang mendamaikan sentuhan daripada pemuda ini menjadikan suasana di hutan buluh ini sangat menenagkan

kalau nak ke sini kena bersedia dengan kasut yang sesuai kerana perjalanannya agak jauh tapi cukup puas hati 




 cuba bayangkan kalau semua daun tu dah berubah menjadi kuning oren...











 macam tak pernah dengar di Malaysia golden ice cream...



ok sampai sini aje dulu ye.. nanti akak sambung lagi tentang trip jepun 2019 ni...
sayonara..



































































T













No comments:

Post a Comment

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...