Monday, April 3, 2017

7/3/2013- AMSTERDAM , HOLLAND AKU DATANG

Mengimpikan segulung Sarjana /Master memang akak dah semat kat fikiran ni sejak akak kat sekolah lagi, dalam usia yang tak berapa nak muda ni akak further study gak..anak dah 4 dik oii ..tapi bukan lah jadi penghalang besar pada akak bila mana husb n family semuanya memberikan galakkan..tanpa mereka impian akak pastinya terpendam aje..

Tu mukadimah kali ini...penulisan ni memang backdated sebab ei..akak g Holland ni masa tahun 2013, salah satu program pengantarabangsaan yang akak lalui...akak adalah AJK yang menguruskan program ni kononnya..muka den ni mano poie aje jadi setiausaha...hasil dorongan Prof Abdul Halim dengan bantuan Dr Rushdan ketika itu..now Dr Rushdan pon dah bergelar Prof....mereka membawa satu pengalaman besar pada akak n kawan -kawan mendalami bidang Penyalahgunaan dadah ni... so selain melihat penularan kebinasaan dadah kepada manusia di Malaysia, Singapore,Indonesia , kami juga di dedahkan ke Holland .   Amsterdam adalah satu tempat yang legal Marijuana...

AMSTERDAM AKU DATANG - 7/3/2013

Bestnya trip ni akak bawa sekali Husb (sibuk sangat nak ikut...macam-macam dia tempuh..sanggup ! janji poie) dan abah akak....dua lelaki yang sangat memberikan akak kekuatan selama ni..tq Allah...selain tu kawan-kawan akak dan Dr Rushdan mengiringi kami..last-last dah macam tour guide dia....sama ye dr..dah student pon semuanya hampir sebaya..sukar dikawal.

Kami naik KLM ..kapal yang besar n yang bestnye makan tak berhenti. Perjalanan ambil masa yang agak lama..tak silap akak 8 jam...kematu you...tapi excited punya pasal, kami tempuh.alhamdulillah abah ok...husb lagi ok...

Schipol Airport tempat kami menjejakkan kaki di bumi Holland...yaAllah sejuk amat..now memang musim penghujung salji..nak ke spring..



ni dia..KLM flight..biru
ni le group kami..SPADA USIM
muka terlebih gumbira
yang berdua ni memng g melancong..so x yah mengkaji..pose aje sana sini....
basikal adalah pengangkutan utama di sini...pakai cantik cantik ..naik basikal..tak pelik di negara mereka..kalau negara kita..org pandang lain macam aje..ni satu budaya sihat yang patut diamalkan kat negara kita..barulah rakyat hidup cergas...
Ni depan Hostel yang kami sewa..longkang besar ...x tau nak panggil apa..pagi-pagi ada Swan besar-besar berenang --cantik sangat..
kesejukkan..serbu kedai jual kopi....

bergambar dengan abah diruang menunggu
kami menginap di Heart Of Amsterdam dalam kawasan Red Light District









 Di kawasan nilah kami di dedahkan dengan pelbagai jenis ragam pilihan manusia . Social Worker memainkan peranan menghidupkan suasana di Red Light District ni...nauzubillah....
kopi ganja..apa -apa sahaja ada ganja /marijuana..kek ,piza ...segala-galanya....tengok ,perihati dan ...kaji

 posing lagi...


 abah kesejukan....kata abah..abah sekolah sampai darjah 6 aje..tapi abah dapat g Amsterdam...aku terharu sangat....uwaaaa sedih........

..sepanjang masa bau Marijuana kat dalam dan luar kawasan hotel ni...



sini dia ambik gambar....jangan masuk tau...

segala produk berasaskan ganja dijual secara terbuka di lorong ni..

sebenarnya di kawasan ni adalah kawasan pelacuran..tepat jam 7 akan ada..perempuan pelbagai saiz, warna kulit   dalam keadaan separa bogel berdiri di setiap bilik kaca dan di pasangkan lampu merah...ini lah cara mereka menarik pelanggan..terlentok sana- terlentok sini....yang mengherankan..tiada lagi segan silu mereka..seramai-ramai lelaki melalui lorong ni untuk menikmati pemandangan indah le konon...jangan sekali - kali nak ambil gambar..BONZER ada di mana-mana...
cara melanggan mereka ni..just ketuk kaca tu n nego harga....semudah itu....jika dah dapat pelanggan lampu akan di tutup.....aktiviti ini berlarutan sehingga ke pagi...n sebelah paginya lorong ini sepi seolah-olah tiada apa yang berlaku malam tadi.....
SILA JANGAN BAWA ANAK ANDA MELANCONG KE KAWASAN INI.....KENAPA?
mak mertua n bapa mertua akak..pernah ke sini..ikut travel agent...kebetulan adik ipar masa tu masih di sekolah rendah..ikut.mereka melalui lorong ni..sebagai salah satu kawasan perlancongan..puas mak mertua akak dik oiii..nak tutup mata adik...kesian....
kenapa kami sewa kat sini?
kat sinilah kawasan kami kena pergi ..kata prof Halim...tengok..kaji...nilai..bagaimana dadah itu mempengaruhi manusia....

ok..cukup untuk hari pertama yang memeranjatkan ni...beku otak akak dek sejuk....




No comments:

Post a Comment

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...