Monday, December 25, 2017

NEW ZEALAND- SAMBUNGAN 2 - NOVEMBER 2017

Assalamualaikum...akak gagahkan jua meneruskan penulisan  percutian singkat akak bersama suami di New Zealand. page kali ni adalh jalan-jalan sekitar bandar Auckland. Hari ni kami bercadang untuk jalan santai-santai aje menikmati suasana bandar Auckland. 
perjalanan daripada naumi Hotel ke Auckland City mengambil masa dalam 35 ke 40 minit.Namun pemandangan sekitar yang cantik menjadikan kami leka dan tidak disedari sampai jua kami di destinasi yang di tuju.

Destinasi pertama kami ialah Mount Eden,  sebuah gunung yang di terbina hasil daripada kawah gunung berapi yang telah lama tidak aktif. Daripada atas Mount Eden kita boleh nampak keseluruhan pemandangan Auckland. sangat lah cantik..akak suka suasana di sini kerana angin yang kuat dan cuaca yang dingin .
Jom layan gambar kami di Mount Eden...
Tempat parking kereta yang disediakan 
pemandangan daripada bawah Mt Eden
mulakan pendakian yang dah tak tinggi pon......tapi kalau tak ada stamina mengah juga..,.

Alhamdulillah masih boleh meniti...balance lah tu...



Lurah tu lah kawah gunung berapi yang tidak aktif lagi

i can fly kononnya....angin memang tersangat lah kuat 
menokah angin...


doakan kebahagiaan rumahtangga kami



pemandangan daripada puncak gunung
Ala-ala cerita  Littel House on the Prairie



Destinasi seterusnya  Queenstown  Road 





Bangunan tersergam indah di bandar Auckland

dulu cuta-cita nak jadi model kut....

akak dah tak sabar nak masuk...banyak   kedai suvenior yang ada di sini .Tapi kita kena bijak memilih ye,,harga mak ai.....demam acik!!!!

haa..ini lah  kedai yang mak teh Syaza bawa kami . memang agak murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai yang lain. macam biasa akak akan cari fridge magnet ...6 NDZ ..so beli lah 1.memang menjadi kegemaran akak mengumpul fridge magnet  ni sebagai tanda akak dah sampai satu-satu tempat. Barulah puas hati berjalan...
 dah selesai bershopping perut pun memanggil-manggil untuk makan.. confius juga apasal cepat sangat lapar?....kami ambil keputusan untuk makan di kedai kebab berhampiran kedai suvenior tadi.
Mak teh n cik cik order pizza 7 NZD ..punya lah besar, akak pula order set burger 6 NZD dan abang order lamb burger 7 NZD...kenyang sangat-sangat pulak....
 
kat kedai ni ada sijil halal


 Kami teruskan berjalan kaki di sekitar bandar sehingga sampai ke Viaduct Harbour iaitu
perjalanan yang menghala ke arah laut..
nak cerita banyak pun payah juga ...gambar boleh bercerita sendiri..so meh layan gambar ...

kalau nak naik Cruise ..boleh le beli kat sini..
kagum dengan persembahan lelaki ni..










 
 
 


 berhadapan dengan kawasan ni ada Maratime Museum tapi waktu ni akak tak pergi kerana dah tutup, hari dah lewat petang. kami pun buat keputusan balik ke hotel untuk berkemas-kemas kerana esok kami akan berangkat pulang.....rindu roti canai.

Insyaallah akak dan suami akan datang lagi ke New Zealand bersama anak -anak dan kami akan ke South New Zealand untuk menikmati keindahan alamnya...

Bye..assalamualaikum...



































No comments:

Post a Comment

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...