Wednesday, January 9, 2019

PANDUAN TRAVEL KE KOREA TANPA TOUR GUIDE

Salam sejahtera
kebelakangan ini ramai yang bertanya akak macamana nak ke negara K-POP tanpa tour guide. Actually akak banyak poskan cara pada penulisan blog yang lepas. Klik link di bawah ye untuk tahu

PERCUTIAN SEKELUARGA KE KOREA- MAC

PERCUTIAN KELUARGA KE KOREA HARI KE 2

PERCUTIAN KELUARGA KE KOREA HARI 3 DAN SETERUSNYA

AUTURM DI SEOUL BERSAMA KAWAN -KAWAN

JEJU, KOREA

JEJU ISLAND , KOREA HARI KE 2 - AUTURM

BUSAN KE SEOUL- WINTER

SEOUL 2015- WINTER


17 Oktober 2018 yang lepas akak bersama best friend Puan Sri Rahayu  ke Seoul. Kali ni semata-mata memenuhi janji akak pada kawan ni yang mana apabila beliau bersara akak akan jalan-jalan korea bersamanya. Orangnya masih muda tapi rezeki bersara awal...Tauke Shena Medi spa...

Perjalanan akak kali ni menaiki penerbangan Malaysia airline. Alhamdulillah..keindahan Auturm di Seoul ni tak dapat nak akak gambarkan. berkali-kali pergi pon tak juga puas -puas ye.......

Kali ini akak menginap di K Seoul Guest House yang akak booking melalui Agoda. Guest house ini di kendalikan oleh Mrs Kim. seorang yang sangat baik . Bilik agak kecil tetapi sangat bersih. Tiada lif agak terkejut juga sebab kali ni akak bawa beg agak besar. Kitchen di sediakan di tingkat 3.. comel aje ..memang akak suka dengan guest house ni...yang bestnya anda boleh pakai Hanbok free....satu lagi selesai daftar Mrs Kim akan bagi pinjam sejadah. katanya ada guest from Malaysia pesan ..jika ada muslim Guest serahkan Sejadah untuk kegunaan mereka. Mrs Kim ni kelebihannya ialah beliau pandai berbahasa Inggeris.
Guest house ini terletak 10 minit berjalan kaki daripada Seoul Station. Lokasinya amat strategik kerana berhampiran dengan LOTTE shopping mall dan 5 minit jalan kaki untuk mendapatkan bas  pergi balik ke Incheon Airport.

Bagaimana nak ke K Seoul Guest House daripada Incheon Airport?

Menaiki subway METRO atau AREX.
Subway Metro kos dalam 1250 won ambil masa dalam 1 jam dan banyak tempat berhenti.
AREX- beli tiket di mesin ambil line 1 (biru tua) perjalanan singkat tetapi kos 4900 won sehala.

Turun train di Seoul Station dan keluar melalui EXIT 15.
Belok Kanan dan terus jalan sehingga jumpa shopping LOTTE Mall entrance dan jalan lagi dalam 2 minit jumpa trafic light dan melintas.
selesai melintas belok ke kanan dan jalan terus dalam 3 minit dan akan jumpa 1 lorong kecil bersebelahan farmasi. masuk lorong tu sampailah guest house.

Cara paling mudah nak ke K Seoul Guest House pada akak ialah menaiki Incheon Airport Transit Bus . Kos agak tinggi tapi memang tak payah nak susah-susah mengheret Beg.
15,000 Won seorang.


Makan malam bersama Mrs Kim Owner yang sangat baik hati. Beliau masakan kami nasi dan makan kimchi organik . Di hostel ini ada di sediakan dapur untuk memasak dan mesin basuh untuk basuh baju. Macam biasa akak akan bawa kelengkapan pinggan dan cawan serta sudu dannnnn... periuk serbaguna akak sendiri, Yang hanya akak pakai daripada dapur ini ialah....dapur gas memasak aje. kenapa bawak peralatan sendiri?..malas nak samak peralatan mereka....






Ahjusi ni baik hati belanja kami naik bas pastu ajar akak macamana nak g Seoul Station..akak buat- buat macam tak pernah pergi kos nak jaga hati ahjusi ni....

Gwanjang Market...shopping kain .....



                                                       Mampu tengok.....makan tak sanggup..




                                                         Organik Kimchi...





Bagaimana nak pergi ke satu-satu tempat perlancongan di Seoul.. sila baca ye penulisan yang sebelumya....

bye...............








No comments:

Post a Comment

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...