Friday, September 6, 2019

LORONG SENI BANDAR SEREMBAN

Lama dah tak update blog.. lama juga tak berjalan rasanya...asyik cerita pasal negara luar ajekan. Tapi kali ni akak nak kongsi dengan pembaca semua tentang Bandar Seremban.

Sejak umur 5 tahun akak dan keluarga menetap di Seremban. Kalau dulu bandar Seremban tak sesak macam sekarang. Tapi jika anda ke bandar Seremban sebenarnya masih ada bangunan -bangunan lama yang masih kukuh dan ada kedai-kedai lama di era tahun 80an masih beroperasi.

Jangan terkejut ye kalau ke Bandar Seremban sekarang. Bukan sahaja dah penuh sesak dengan kenderaan tapi dah ada satu tarikan baru yang akak jumpa. Seremban dah ada New attraction untuk pelancong..
 Jom poie somban........................



Bandar Seremban dah ada Art Street...yahoooo...hasil seni 2 pemuda. Oleh kerana akak memang pencinta seni jadi tak sanggup nak merosakkan gambar dengan berdiri di sebelahnya.. cukup dengan memerhati dan menghayati maksud yang tersirat dan tersurat lakaran seni tersebut.. Jom layan ...

Dimana kedudukan Art Street ni ?.





berjalanlah di lorong-lorong jalan dan jika anda terlihat petak empat segi yang berlukis macam gambar di atas..masuk lorong kecil tersebut..pasti ada pelbagai lukisan .


 sabar je..motor ni ada di setiap gambar...saja di abadikan oleh cameraman 

























  ni salah seorang pelukis 







Akak pasti bilakalian datang nanti..lagi banyak lukisan yang dah siap.... syabas kepada yang merancang dan yang melukis...

Diharapkan semua yang berkunjung menghargai hasil seni ini... menjaga dan tidak merosakkannya.......

Friday, August 16, 2019

BELI TIKET PENERBANGAN LEBIH MURAH DENGAN BIG PAY CARD

Salam
lama tak update blog ni..
Tahu kah anda? kalau kaki travel macam akak ni seboleh bolehnya nak cari sumber-sumber yang boleh mengurangkan kos pengaliran wang tunai yang banyak sebelum atau ketika travel. Akak rasa anda juga begitu kan. Ini bukan credit card tau....anda kena masukkan duit anda dalam   kad ni..
lambang nye...

Ok. Baru-baru ni akak berjinak -jinak dengan Big Pay Card. tak mahal pun nak apply RM10 aje. tapi akak rasa sangat bebaloi apabila

1. Mudah sangat guna bila nak shopping janji ada perkataan mastercard.

2. Boleh guna di oversea bila nak shopping curency duit juga pertukaran tak setinggi  kita tukar di money changer...lebih murah tau

3. Dapat point.. yang ni paling akak suka sebabnya.... point boleh tukar untuk pembelian tiket penerbangan Air Asia

4.Bila nak beli tiket air asia.. selalunya kita akan kena bayar charge card debit atau Credit card. Tapi bila pakai Big Pay card kita tak di kenakan apa apa extra charge. untung kan.

5. Duit RM10 tu tetap ada dalam akaun kita...

Baru- baru ni akak beli tiket penerbangan ke Ho Chi Min just bayar RM 49 sebabnya point Big Pay akak di campurkan dalam Big Point Royalti. so apa lagi

setiap kali nak beli cara online .bayaran flight, bayaran tempahan hotel atau shopping online...sure akak akan guna card Big Pay.

Macamana nak dapatkan card big pay ni

BAGAIMANA ????

1. Download big pay app melalui anroid or ios di handfon anda tau....

2. Lepastu masukkan informasi anda dan masukkan


http://bigpay.link/referrals




Referral code:



EREOI0MMEH

untuk dapatkan percuma RM 10 secara automatik

4. Lengkapkan keseluruhan pendaftaran dan masukkan duit  sebanyak RM 10  dan secara automatik selepas anda aktifkan card  .. Duit sedia ada dalam Big Pay anda ialah RM 20.00


5. Kad  Big Pay akan sampai pada alamat pos yang anda daftar dalam tempoh 2 minggu.


6. Bila kad dah ada di tangan anda  aktifkan kad tersebut dengan cara pergi ke app yang anda dah downdload dalam handfon anda. Mesti ingat no password anda tau..masa nak buka tu dan masukkan activate pin yang di berikan bersama Kad tersebut. Mudah sangat.







7. Bila dah selesai cara automatik anda akan nampak acount Big Pay anda dah ada RM20.00.

Bagaimana nak isi duit dalam kad Big Pay

1. Tekan pada + TOP UP..

2. Akan keluar perkataan How Much.. isikan jumlah yang anda nak top up.. tekan next..maka akan keluarlah link bank anda....so anda boleh tansfer duit melalui mana-mana online banking yang anda dah daftar...dan ikut sahaja arahan seterusnya.....

3. Tunggu beberapa minit... maka jumlah duit dalam Big Pay anda akan bertambah...

Bagaimana nak guna untuk pembayaran online?

 Senang aje
kalau nak beli tiket air asia.. di bahagian pembayaran.. klik pada perkataan Big Pay.. pastu masukkan no card Big Pay anda.. selebihnya sama prosedur nya....macam buat bayaran online yg biasa di lakukan. Anda bukan sahaja dah jimat duit dengan tidak menambah apa-apa charge pada pembelian tiket ... anda juga dapat point untuk kegunaan BIG Point Member Air Asia...

Akak juga pernah beli tiket flight vietnamairline menggunakan kad ini.. tiada masalah..dan tetap dapat point dan point tu akak akan guna kemudiah hari jika ada nak beli tiket melalui airasia


Apa fikir lagi ..jom buat card ni ...tekan link di bawah aje...

http://bigpay.link/referrals

jangan lupa masukkan  Referral code:

EREOI0MMEH


Berani itu penting............................

Wednesday, January 9, 2019

PANDUAN TRAVEL KE KOREA TANPA TOUR GUIDE

Salam sejahtera
kebelakangan ini ramai yang bertanya akak macamana nak ke negara K-POP tanpa tour guide. Actually akak banyak poskan cara pada penulisan blog yang lepas. Klik link di bawah ye untuk tahu

PERCUTIAN SEKELUARGA KE KOREA- MAC

PERCUTIAN KELUARGA KE KOREA HARI KE 2

PERCUTIAN KELUARGA KE KOREA HARI 3 DAN SETERUSNYA

AUTURM DI SEOUL BERSAMA KAWAN -KAWAN

JEJU, KOREA

JEJU ISLAND , KOREA HARI KE 2 - AUTURM

BUSAN KE SEOUL- WINTER

SEOUL 2015- WINTER


17 Oktober 2018 yang lepas akak bersama best friend Puan Sri Rahayu  ke Seoul. Kali ni semata-mata memenuhi janji akak pada kawan ni yang mana apabila beliau bersara akak akan jalan-jalan korea bersamanya. Orangnya masih muda tapi rezeki bersara awal...Tauke Shena Medi spa...

Perjalanan akak kali ni menaiki penerbangan Malaysia airline. Alhamdulillah..keindahan Auturm di Seoul ni tak dapat nak akak gambarkan. berkali-kali pergi pon tak juga puas -puas ye.......

Kali ini akak menginap di K Seoul Guest House yang akak booking melalui Agoda. Guest house ini di kendalikan oleh Mrs Kim. seorang yang sangat baik . Bilik agak kecil tetapi sangat bersih. Tiada lif agak terkejut juga sebab kali ni akak bawa beg agak besar. Kitchen di sediakan di tingkat 3.. comel aje ..memang akak suka dengan guest house ni...yang bestnya anda boleh pakai Hanbok free....satu lagi selesai daftar Mrs Kim akan bagi pinjam sejadah. katanya ada guest from Malaysia pesan ..jika ada muslim Guest serahkan Sejadah untuk kegunaan mereka. Mrs Kim ni kelebihannya ialah beliau pandai berbahasa Inggeris.
Guest house ini terletak 10 minit berjalan kaki daripada Seoul Station. Lokasinya amat strategik kerana berhampiran dengan LOTTE shopping mall dan 5 minit jalan kaki untuk mendapatkan bas  pergi balik ke Incheon Airport.

Bagaimana nak ke K Seoul Guest House daripada Incheon Airport?

Menaiki subway METRO atau AREX.
Subway Metro kos dalam 1250 won ambil masa dalam 1 jam dan banyak tempat berhenti.
AREX- beli tiket di mesin ambil line 1 (biru tua) perjalanan singkat tetapi kos 4900 won sehala.

Turun train di Seoul Station dan keluar melalui EXIT 15.
Belok Kanan dan terus jalan sehingga jumpa shopping LOTTE Mall entrance dan jalan lagi dalam 2 minit jumpa trafic light dan melintas.
selesai melintas belok ke kanan dan jalan terus dalam 3 minit dan akan jumpa 1 lorong kecil bersebelahan farmasi. masuk lorong tu sampailah guest house.

Cara paling mudah nak ke K Seoul Guest House pada akak ialah menaiki Incheon Airport Transit Bus . Kos agak tinggi tapi memang tak payah nak susah-susah mengheret Beg.
15,000 Won seorang.


Makan malam bersama Mrs Kim Owner yang sangat baik hati. Beliau masakan kami nasi dan makan kimchi organik . Di hostel ini ada di sediakan dapur untuk memasak dan mesin basuh untuk basuh baju. Macam biasa akak akan bawa kelengkapan pinggan dan cawan serta sudu dannnnn... periuk serbaguna akak sendiri, Yang hanya akak pakai daripada dapur ini ialah....dapur gas memasak aje. kenapa bawak peralatan sendiri?..malas nak samak peralatan mereka....






Ahjusi ni baik hati belanja kami naik bas pastu ajar akak macamana nak g Seoul Station..akak buat- buat macam tak pernah pergi kos nak jaga hati ahjusi ni....

Gwanjang Market...shopping kain .....



                                                       Mampu tengok.....makan tak sanggup..




                                                         Organik Kimchi...





Bagaimana nak pergi ke satu-satu tempat perlancongan di Seoul.. sila baca ye penulisan yang sebelumya....

bye...............








COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...